Thursday, August 25, 2011

11-9-1991 kemudian 11-9-2001 dan apa pula rancangan AS pada 11-9-2011?



Tanggal 11-9-1991 @ September 11, 1991 , Bekas Presiden George H.W. Bush (ayah kepada bekas presiden George W. Bush) telah mengumumkan 'New World Order'.

10 tahun kemudian iaitu pada 11-9-2001 @ September 11, 2001 , kononnya serangan pengganas ke atas bangunan World Trade Center dan The Pentagon.



 

Apa pula rancangan mereka pada 11-9-2011 @ September 11, 2011 ini ya, selepas sepuluh tahun berlalu pula?

Tahun 1991 adalah ketika pemerintahan George H.W. Bush. Tahun 2001 adalah ketika pemerintahan George W. Bush. Dan tahun 2011 ini adalah ketika pemerintahan Barack Obama. Emm.. xtau la apa akan berlaku ya...

Wednesday, August 24, 2011

Rahsia di sebalik tubuh manusia

Allah s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana telah mencipta manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dan di sebalik ciptaan ini, tersimpan banyak rahsia dan hikmah yang tidak diketahui manusia. Rahsia-rahsia yang akan dipaparkan di bawah ini pun hanyalah sebahagian kecil saja darinya. Yang Maha Mengetahui segala rahsia hanyalah Allah Ta'ala.
Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita terukir simbol dan tulisan arab, dan lebih tepat lagi, ada nama Allah dan simbol-simbol yang berkaitan dengan Islam padanya. Mengapa tangan kita ada lima jari? Mengapa batang leher kita dijadikan tegak oleh Allah? Mengapakah dalam solat mengandungi perbuatan berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud?  Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah pada diri manusia yang jarang disedari.
Nama Allah pada 5 jari tangan
Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.

name of Allah 19

Bilangan nama-nama Allah pada tapak tangan
Jika kita balikkan pula tangan, dan melihat ke telapaknya, maka di situ kita akan lihat urat-urat yang akan membentuk tulisan nombor dalam Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di telapak tangan kiri dan 18 di telapak tangan kanan. Jika dicampur kedua nombor tersebut, jumlahnya ialah 99. 
Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagai Asma-ul Husna (Nama-nama yang baik). 

name of Allah 20

Jari tangan manusia yang normal ada 5. Begitulah simboliknya kepada solat wajib yang Muslim mesti tunaikan dalam sehari iaitu solat 5 waktu yang terdiri dari Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Saluran udara pada paru-paru membentuk kalimah Tauhid
Ahli sains telah menemui bahawa saluran-saluran udara di dalam paru-paru manusia membentuk kalimah 'La ilaha illallah' (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam tulisan Arab. Lihat gambar di bawah, bentuk saluran udara itu betul-betul jelas mengeja kalimah Tauhid itu.

Foto oleh: Dr Syed Ashrafuddin, Jeddah, Saudi Arabia



Perbuatan-perbuatan dalam solat adalah simbol bagi nama Nabi

Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif (ا), ruku' melambangkan huruf Ha (ح), sujud melambangkan huruf Mim (م), dan duduk (د) melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir.









احمد  =  ا + ح + م + د  =  Ahmad

Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu nama lain bagi Nabi Muhammad s.a.w. Dan mengikut sejarah, ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu dengan nama Ahmad, tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib memberikannya nama Muhammad.
Walaubagaimana pun, Ahmad dan Muhammad di dalam bahasa Arab maksudnya sama saja, iaitu 'Yang Terpuji'.
"Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: "Hai bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)" ...... " (Surah As-Shaaf : Ayat 6)

Bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.
Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?
Otak manusia pun dalam keadaan seperti orang sujud



"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?"  (Surah Fusshilat : Ayat 53)


Nama Allah ketika angkat jari telunjuk pada duduk tasyahhud dalam solat

Pada duduk tahiyyat akhir dalam solat, adalah sunat kita mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah. Jari telunjuk diangkat menandakan Tuhan yang Esa.  Dan perhatikan dalam gambar di bawah, pada urat-urat jari itu akan membentuk kalimah Allah dalam Bahasa Arab, subhanAllah.




"Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu." (Surah Al Infithaar : Ayat 6-8)

Tuesday, August 23, 2011

Yakjuj dan Makjuj siri.2

 
Yakjuj dan Makjuj adalah dua bangsa manusia yang akan muncul ketika dunia hampir kiamat untuk melakukan kejahatan dan kerosakan dasyat di muka bumi ini. Bangsa-bangsa ini dikatakan telah wujud sejak ribuan tahun lalu tetapi mereka dikurung di suatu lokasi rahsia oleh seorang pemerintah silam iaitu Zulkarnain. Sejak dikurung di lokasi tersebut, mereka terus hidup dari satu keturunan hingga ke keturunan yang lain sehinggalah tibanya waktu pembebasan mereka iaitu menjelang hari kiamat.

Sejak kewujudan bangsa-bangsa tersebut di ketahui umum, pengkaji terus-menerus mencari jawapan kepada pelbagai persoalan mengenai kehidupan mereka serta lokasi misteri yang mengurungi bangsa tersebut. Siapa sangka di sebalik kemajuan ketamadunan yang menghasilkan banyak bandar-bandar besar dibina di seluruh dunia, masih wujud bangsa misteri di satu lokasi yang menjadi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj dan lokasi itu telah pun berjaya dijumpai pada hari ini bersama benteng atau temboknya.

Sifat dan ciri-ciri bangsa Yakjuj dan Makjuj bukanlah seperti mana yang di gempar-gempurkan oleh masyarakat barat (contohnya seperti illutrasi di atas). Sebagai orang Islam kita wajib mengkajinya berlandaskan Al-Quran dan Hadis.


Dalil Al Quran mengenai Yakjuj dan Makjuj

Kewujudan Yakjuj dan Makjuj adalah suatu yang pasti dan wajib diimani oleh seluruh umat Islam berdasarkan tanda-tanda besar sebelum tibanya hari kiamat. Kewujudan bangsa ini diceritakan sendiri oleh Allah swt menerusi firman-Nya di dalam kitab suci Al-Quran. Antaranya, menerusi surah al-kahfi, ayat ke-92 hingga 98, Allah swt berfirman:

Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka (Zulkarnain) tidak dapat memahami perkataan.
Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" 
Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya". Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".

Derbent Wall merupakan salah satu tembok yang menghalang Yakjuj Makjuj daripada keluar ke daerah lain. Ia bukanlah dibina oleh Zulkarnain tetapi ia dapat membantu memperkukuhkan lagi pertahanan terhadap serangan Yakjuj Makjuj.

Setelah dikurung oleh Zulkarnain, Allah swt menceritakan pula mengenai kebangkitan bangsa Yakjuj dan Makjuj, pada hari-hari terakhir dunia sebelum kiamat. Yakjuj dan Makjuj akan turun ke dunia melalui puncak-puncak gunung tinggi. Menerusi surah al-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97, Allah swt berfirman:

(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri".


Tembok Yakjuj Dan Makjuj Telah Terbuka

("…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…"; al-Kahfi:97) Ayat ini telah menyatakan bahawa mereka tidak dapat menebuk tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut dan tiada sesiapa pun yang mampu menebuk tembok itu melainkan apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.

Sebaliknya, di dalam satu hadis pula ada menceritakan iaitu Nabi bangkit dari tidur (dalam satu riwayat yang lain, Nabi masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi), lalu berkata, "Celakalah Arab kerana kejahatan telah hampir. Yakjuj dan Makjuj telah menembusi tembok seluas ini!" Nabi mengisyaratkan lubang dengan menemukan ibu jari dan jari telunjuk.

Cuba kita perhatikan, hadis diatas ini telah menyatakan bahawa tembok itu "telah pun ditembusi" tetapi bagaimana pula dengan ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj "tidak dapat menebuknya"? Makna terhadap 
ayat 97 surah al-Kahfi ini adalah, t
iada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu menebuk tembok tersebut kecuali dengan keizinan Allah swt manakala makna hadis diatas pula adalah, Allah swt telah pun melepaskan mereka dan mereka telah pun berjaya menebuk tembok tersebut melalui keizinan Allah swt. Kesimpulannya ialah, bangsa Yakjuj dan Makjuj sudah lama terlepas keluar ke dunia luar! (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).


Bencana Di Sebalik Gunung

Puncak gunung yang dikatakan sebagai tempat Yakjuj Makjuj akan turun di akhir zaman nanti adalah di pergunungan Caucasus dan juga banjaran-banjaran tinggi di sekitar Mongolia, Kazakhstan dan juga Russia Selatan contohnya seperti banjaran Himalaya, Tien Shan, Elbruz, dan lain-lain. Banjaran-banjaran yang tinggi itu merupakan tembok semula jadi ciptaan Allah swt sebagai penghalang daripada ancaman dashyat Yakjuj dan Makjuj dan selebihnya pula adalah tembok-tembok ciptaan manusia sendiri iaitu Tembok Besi Iskandar Zulkarnain di Fergana, Tembok Besar China, Gerbang Besi Tiemen Kuan, Tembok Derbend di Gunung Caucasus, Tembok Gorgan di Iran Utara dan Tembok Kota Zeng Zhou (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).

Tembok semula jadi di utara dunia
Tembok-tembok inilah yang dikatakan telah menyekat serangan Yakjuj dan Makjuj  terhadap penduduk terdekat suatu ketika dahulu. Selain dari kisah sejarah Tembok Besi Zulkarnain, pernahkah anda meneliti sejarah mengenai tujuan pembinaan Tembok Besar China? (sila klik). Sejarah telah mencatatkan bahawa puak-puak nomad Mongol (diyakini sebagai suku kaum Yakjuj) dan puak-puak nomad Turkik (diyakini sebagai kaum Makjuj) telah lama mengganggu dan menyerang ketenteraman penduduk di China lalu Tembok Besar China dibina bagi menghalang kaum Yakjuj dan Makjuj daripada mencoroboh masuk! Perhatian, Tembok Besar China bukanlah tembok yang dibina oleh Zulkarnain. Sesetengah pengkaji Islam menyatakan bahawa Tembok Besi Zulkarnain diyakini berada di Tasik Toktogul di sekitar banjaran Tien Shan, di Fergana (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).

Salah satu tembok buatan manusia iaitu Tembok Besar China. Tembok Besar China bukanlah Tembok Besi Zulkarnain tetapi ia juga dapat digunakan untuk memperkukuhkan lagi pertahan di Asia Tengah.
Dalam surah Al-Kahfi ayat ke-90 ada menyatakan bahawa Zulkarnain tiba ‘di tempat terbitnya matahari’ yang mana lokasinya adalah di Timur bumi. Yakjuj dan Makjuj berasal dari bangsa Tartar, Khazar dan juga Mongol iaitu di sekitar selatan Russia, Mongolia serta Kazakhstan. Sesetengah ulama' juga ada menceritakan bahawa bangsa itu telah lama dikurung di kawasan Asia Tengah. Mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, ciri-ciri suku kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan seperti orang Asia Tengah iaitu berkulit kuning, bermuka bulat, dan tidak ubah seperti bangsa Scythian Asiatik (Mongol = Yakjuj) dan Scythian Eropah (Russia Selatan = Makjuj). Hipotesis yang paling kuat buat masa ini telah menyatakan bahawa memang mereka la bangsa itu (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt)

Ciri-ciri suku kaum Makjuj ( sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas)
Ciri-ciri suku kaum Makjuj (sila klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas)

Jika kita mengatakan bahawa bangsa Yakjuj dan Makjuj itu hanya hidup di dalam tanah dan sentiasa mengoreknya sehingga ke hari ini adalah tidak logik sama sekali kerana amat mustahil jika sesorang manusia dapat hidup di dalam tanah tanpa berbekalkan udara dan makanan yang mencukupi juga tanpa cahaya matahari! Tembok yang telah menjadi penghalang terhadap suku kaum Yakjuj dan Makjuj daripada keluar telah lama dikorek dan dihancurkan oleh mereka. Kini mereka hanya menunggu masa sahaja untuk melakukan keganasan dan kemusnahan di penghujung dunia kelak!


Khayalan masyarakat barat mengenai bangsa Yakjuj dan Makjuj. Kaum Mole hanyalah  kisah dongeng semata-mata!


p/s : dulu2 masa kecik2..sy pun percaya pada benda mole people nie.. adeehh... hehe...

Sunday, August 21, 2011

Ada Lambang Bendera Israel pada duit syiling Malaysia..??







Kalau betul la duit syiling ini yg akan keluar nanti... xtau la nk ckp pe... nampak nya mmg nyata lagi bersuluh pengaruh yahudi  mmg dah merebak kt malaysia ni... orang yahudi mmg tak dibenarkan menjejak kaki di Malaysia.. tp syarikat... pengaruh dan cara yahudi dibenarkan... ish3....Malah org yahudi boleh menjejak kan kaki di Malaysia ini atas dasar nama SUKAN...




Tabut as-Sakinah siri.2


Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 248 :
Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman”.
Pengkaji Barat dan Yahudi telah lama tercari-cari lokasi tabut yang hilang ini. Jika pembaca pernah menonton filem arahan pengarah Steven Spielberg (berbangsa Yahudi), Indiana Jones Raiders Of The Lost Ark, mungkin pembaca akan mendapat sedikit gambaran berkenaan Tabut as-Sakinah ini. Namun, kandungan Ark of Covenant dalam filem buatan tangan Yahudi Zionis ini tidak boleh sama sekali diambil sebagai pengetahuan atau kepercayaan. Filem terbitan George Lucas (juga Yahudi) ini secara tidak langsung membuktikan bahawa Yahudi sudah lama  tercari-cari atau setidak-tidaknya berminat dengan khazanah yang tidak ternilai ini. Bagi pembaca yang belum tahu berkenaan Tabut as-Sakinah bolehlah rujuk di sini [artikel ini sempat diulangsiar sebelum blog Holywar Efairy dinyahkan oleh pihak ketiga]. 

KANDUNGAN TABUT AS-SAKINAH
Apakah sebenarnya yang terdapat di dalam Tabut as-Sakinah ini? Dari sisipan ayat Al-Quran di atas, di dalam tabut ini mungkin terdapat sesuatu yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Musa a.s semasa Nabi Musa a.s ‘bertemu’ Allah SWT di Bukit Sinai.
Di dalam Kitab Keluaran (Exodus) juga ada disebutkan tentang hal ini.

Berfirmanlah Tuhan kepada Musa :

"Tuliskanlah segala firman ini, sebab berdasarkan firman ini telah Kuadakan perjanjian dengan engkau dan dengan Israel.” 34:27

Dan Musa ada di sana bersama-sama dengan Tuhan, selama empat puluh hari empat puluh malam lamanya, tidak makan roti dan tidak minum air, dan ia menuliskan pada loh itu segala perkataan perjanjian, yakni Kesepuluh Firman. 34:28

Ketika Musa turun dari gunung Sinai–kedua loh hukum Allah ada di tangan Musa ketika ia turun dari gunung itu - tidaklah ia tahu, bahwa kulit mukanya bercahaya oleh karena ia telah berbicara dengan Tuhan. 34:29

Diambilnyalah loh hukum Allah dan ditaruhnya ke dalam tabut, dikenakannyalah kayu pengusung pada tabut itu dan diletakkannya tutup pendamaian di atas tabut itu. 40:20

Dibawanyalah tabut itu ke dalam Kemah Suci, digantungkannyalah tabir penudung dan dipasangnya sebagai penudung di depan tabut hukum Allah - seperti yang diperintahkan Tuhan kepada Musa. 40:21

Berdasarkan ayat-ayat ini, apa yang boleh dikatakan terkandung di dalam tabut ini adalah dua loh yang tertulis di atasnya 10 Perjanjian. 10 Perjanjian ini ditulis oleh Nabi Musa as atas perintah Tuhan ketika Nabi Musa as ‘bertemu’ dengan Tuhan di Bukit Tursina (Sinai). 

BENARKAH TABUT AS-SAKINAH DI NUSANTARA?

Tabut as-Sakinah dikatakan tersimpan dibeberapa buah lokasi. Di antaranya ialah Nusantara, Jerusalem, Ethiopia, Zimbabwe, Mesir, Gunung Nebo/Nabu di tebing sungai Jordan, Perancis, England, Ireland dan beberapa lokasi lagi. Di antara kesemua lokasi ini, teori yang mengatakan bahawa tabut tersimpan di Nusantara adalah yang paling lemah. Kebanyakan pihak yang berpegang pada teori ini berpaksi pada beberapa sebab utama :

1. Tabut as-Sakinah ini dikatakan telah hilang dalam perjalanan ke tanah canaan (The Promised Land). Jika dilihat daripada sudut 'Zion Bumi Mala' teori ini mengatakan bahawa The Promised Land itu sebenarnya adalah hujung dunia yakni Nusantara.

2. Mengambil fakta daripada 'cakap-cakap' bahawa Tabut as-Sakinah tersembunyi di Indonesia yang sering dibincangkan di alam siber.

3. Ada pihak yang salah tafsir maklumat yang diterjemahkan oleh Google Translate. Mereka cuba copy dan kemudian paste-kan pada Google Translate maklumat berkenaan Tabut as-Sakinah ini dari Wikipedia. Umum sudah mengetahui 'kehebatan' Google Translate dalam menterjemahkan maksud sesuatu dokumen. Betapa hebatnya terjemahan Google ini, hinggakan bahasa Inggeris yang masih boleh difahami oleh si pembaca, apabila diterjemah ke dalam bahasa ibunda, terus hilang kebolehfahamannya. Dibawah ini saya sediakan satu contoh : 
“The ETHIOPHIAN Orthodox Church claims to possess the Ark of the Covenant or tabot in Axum. The object is now kept under guard in a treasury near the Church of Our Lady Mary of Zion, and used occasionally in ritual processions.[6] But versions of the Aksum tabot are kept in every ETHIOPHIAN church, each with its own dedication to a particular saint, most popularly Mary, George and Michael[7].”

“The Kebra Nagast is ETHIOPHIA’S greatest national document, composed to legitimise the new royal line established in 1270 by claiming its descent from Menelik I, the son of King Solomon and the Queen of Sheba, and contains a reference to the Ark of the Covenant being brought to ETHIOPHIA by Menelik. However, recent scholarship suggests that that reference is a later interpolation: many important manuscripts later than the thirteenth century make no reference to it, and it only became a core element of ETHIOPHIAN beliefs in the seventeenth century. It has been plausibly suggested that the claim that the Aksum tabot is the real Ark of the Covenant results from misunderstandings between the ETHIOPHIANS and their Portuguese allies following the defeat of Arab invasions in the sixteenth century – misunderstandings which were gratefully exploited and developed by the ETHIOPHIAN church[7].” (wikipedia)

Apabila anda menggunakan Google Translate untuk melakukan terjemahan, ia akan jadi seperti dibawah :
“Gereja Ortodoks ETHIOPHIA yang klaim untuk memiliki Ark dari Perjanjian atau tabot di Axum. Objek sekarang disimpan di bawah penjagaan di dekat perbendaharaan Jemaat kami Lady Maria Sion, dan kadang-kadang digunakan dalam upacara processions. [6] Tetapi versi dari Aksum tabot disimpan di setiap ETHIOPHIA gereja, masing-masing dengan dedikasi sendiri ke santo tertentu, paling terkenal dan populer dengan Maria, dan George Michael [7].”

“Yang Kebra Nagast terbesar di INDONESIA adalah dokumen nasional, yang terdiri untuk legitimise royal baris baru didirikan di 1270 oleh para mengklaim keturunan dari Menelik I, putra Raja Sulaiman dan Ratu dari Sheba, dan berisi referensi ke Ark dari Perjanjian yang dibawa ke INDONESIA oleh Menelik. Namun, baru-baru ini menunjukkan bahwa beasiswa merupakan referensi yang kemudian interpolasi: banyak penting Mushaf lebih lambat dari tiga abad tidak membuat referensi untuk itu, dan hanya menjadi unsur inti dari ETHIOPHIA kepercayaan di abad ketujuh. Ia telah plausibly mengemukakan bahwa klaim bahwa Aksum tabot adalah nyata Ark dari Perjanjian hasil dari kesalahpahaman antara ETHIOPHIANS Portugis dan sekutu mereka mengikuti kekalahan di Arab invasi pada abad keenambelas - kesalahpahaman terima kasih yang dieksploitasi dan dikembangkan oleh ETHIOPHIA gereja [7].”

Kita lihat terjemahannya :

ETHIOPHIAN menjadi ETHIOPHIA
ETHIOPHIA’S menjadi INDONESIA?
ETHIOPHIA menjadi INDONESIA?
EUTHOPHIANS menjadi EUTHOPIANS


Nah, masalahnya terletak pada ‘tetapan' Google Translate. Google Translate atau lebih tepat lagi individu yang memprogamkannya tersalah dalam menterjemahkan ETHIOPHIA’S dan ETHIOPHIA hinggakan  ia menjadi INDONESIA. Ethiopia adalah Habsyah. Dari mana datangnya Indonesia? Sedarkah anda jika anda cuba membuat terjemahan dari bahasa Arab atau Inggeris ke dalam bahasa Melayu, kadangkala ia akan diterjemah ke dalam bahasa Indonesia. Saya pasti ada pihak yang mungkin sedikit taksub dengan 'kehebatan/kebangkitan sebelah Timur' akan terus membuat andaian bahawa Tabut as-Sakinah memang berada di Nusantara. 

PENAFIAN LOKASI TABUT DI ETHIOPIA DAN KEBARANGKALIAN DI JERUSALEM 
Banyak juga pengkaji yang menolak kewujudan tabut di Ethiophia. Kisah itu tidak lain sekadar dongengan para penganut Kristian Ortodok di Ethiophia untuk menaikkan saham mereka. Secara peribadi, saya juga tidak menyokong dakwaan ini atas beberapa sebab:

1. Hanya Bani Levi yang dibenarkan menyentuh dan membawa tabut. Setahu kita keturunan Nabi Harun ini tidak pergi ke Sabak ataupun Ethiophia. Bagaimana Raja Menelik membawanya pulang? 

2. Jika benar ada beberapa pendeta Bani Levi datang ke Sabak bersama-sama Raja Menelik I, mengapa keturunan mereka iaitu para paderi di Ethiophia hari ini berkulit gelap belaka?

3. Tabut dipercayai penuh keramat dan kekuasaan oleh Bani Israil. Mustahil mudah-mudah saja mereka akan melepaskan tabut ke tangan bangsa asing. Tambahan pula Zionis (memerintah Israel kini) menganggap bahawa semua bangsa selain Yahudi seperti binatang)

4. Tabut sudah ada tempat paling sesuai iaitu bait suci Haikal Sulaiman. Apa manfaatnya dibawa keluar daripada tempat itu? 

5. Agama mereka yang mendakwa bahawa keturunan Menelik sudah menjadi agama Kristian Ortodoks ataupun sekurang-kurangnya 'berbau Kristian'. Walhal Tabut as-Sakinah bergelumang dengan agama Yahudi. Hal ini memungkinkan segala cerita yang dikisahkan di Axum dan sekitarnya itu datangnya selepas kelahiran agama Kristian, bukannya sejak zaman Nabi Sulaiman.
Bangsa Yahudi pada hari ini seperti tidak ambil pusing dengan teori yang mengatakan bahawa tabut berada di Ethiophia. Tidakkah pembaca berasa pelik? Walhal tabut ini telah menjadi salah satu tujuan hidup mereka. Mereka percaya tabut bakal membawa mereka untuk menguasai dunia dan menewaskan umat Islam. Di sini nampaklah bahawa, Yahudi pada hari ini memang tahu Tabut as-Sakinah sebenarnya tidak berada di Ethiopia Jika tidak, pastilah ejen-ejen sulit Israel sudah lama menceroboh bangunan di Axum, Ethiophia (Habsyah) itu. Satu-satunya tempat yang menjadi impian bangsa Yahudi-Zionis (Israel) adalah tanah Palestin atau lebih tepat lagi Masjid Al-Aqsa. Kita tahu bahawa Yahudi sedang bersiap sedia untuk membina Haikal Sulaiman (Solomon's Temple) di atas tapak runtuhan Masjid al-Aqsa. 
Sebagai umat Nabi Muhammad SAW yakni umat akhir zaman, apa yang penting ialah supaya kita berpegang teguh pada sabda Baginda : 

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku." (HR Imam Muslim dari Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan lain-lain. Kisah yg mutawatir dan disaksikan lebih dari 100,000 jema’ah Haji)


trima kasih kpd saudara macjay.net ttg info.

Monday, August 8, 2011

Yakjuj dan Makjuj siri.1

yakjuj-makjuj.jpgYakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.
Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?
Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu:
Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:
Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.
Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;-
Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.
Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”
Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).
Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.
Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,
Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).
Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.
Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim)

Friday, August 5, 2011

8 Jenis Makanan Terbaik Dunia


1. Delima



Fiman Allah: " Dan (Kami jadikan) kebun - kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya.." Surah Al- An'am ayat 99



2. Kismis



Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: " Sebaik - baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut"



3. Kurma



Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. "Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu"



4. Habbatus Sauda'



Sabda Rasulullah: "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda' ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as - saam (mati)" Hadith Riwayat Hadith dan Muslim



5. Za'faran



Sayidina Ali pernah menyatakan: " Sesiapa mengambil sebahagian za'faran dan su' di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir "



6. Madu



Firman Allah: " Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam - macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia" Surah An - Nahl ayat 68 - 69



7. Zaitun



Firman Allah: " Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari Bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan" Surah Al Mukminin ayat 20



8. Buah Tiin



Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

Thursday, August 4, 2011

Penemuan Kaum Ad umat Nabi Hud AS





Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.





Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.




Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.




Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.




Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?


a
































Penemuan Arkeologi di Kota Iram



Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.


Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20.


Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?


Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.
Thomas memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.


Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.


Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.


Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.


Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".


Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?
Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran . Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran:


Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)























thnks to zharif alimin