Legenda Kaundinya dan Soma
Di dalam ATBM VIII "The Land of The Gods" telah diselitkan sejarah kewujudan sebuah kerajaan purba Funan.Funan adalah sebuah kerajaan yang wujud di Indochina dan pengaruhnya mencapai seluruh Kemboja,sebahagian Vietnam di kanan dan Thailand di kiri dan sehingga negeri-negeri Melayu utara semenanjung.Tidak diketahui sejak bilakah kerajaan Funan ini sudah wujud tetapi ia dikesan dalam rekod China seawal 1 Masehi lagi!Funan juga dikesan menjalankan perdagangan dengan negara-negara luar sejauh Empayar Rom berdasarkan bukti-bukti arkeologi.'Fu-nan' (Fou-Nan) adalah sebutan dalam lidah orang China di masa itu.Orang Khmer menyebutkan sebagai Nakhor Phnom dan Dai-Viet menyebutnya sebagai Phu Nam.Funan atau Phnom ini bermaksud 'gunung' dalam bahasa Melayu Standard di mana ia adalah perubahan beribu tahun dari kata asalnya 'gnom'(Melayu Kuno).'Funan' ini juga adalah saduran dari kata 'penan' yang bermaksud 'puak gunung' (perhatikan kaum Penan yang dikategorikan sebagai Dayak darat manakala Iban sebagai Dayak laut).
Keselarian kata yang membawa maksud 'gunung' ini antara orang Khmer dan Melayu ini adalah kerana pada zaman dahulu orang-orang Melayu,Mon dan Khmer mempunyai hubungan erat di Indochina.'Gunung' adalah salah satu katakunci tabut rahsia Melayu.Perhatikan bagaimana pengasas Kerajaan Khmer mempunyai hubungan terahsia dengan keluarga dinasti Sailendra di Tanah Jawa.Saudara?Anak angkat?Sepupu?Gabenor?Pegawai?Kita tidak tahu setepatnya.'Sailendra' adalah bermaksud 'raja gunung'.Pengkaji Khmer dan sesetengah pengkaji Barat menolak teori yang mengatakan keluarga raja Funan melarikan diri ke Tanah Jawa dan mendirikan dinasti Sailendra di sana.Namun fikirkan ini,raja-raja Khmer dan orang Khmer sendiri bermati-matian mengaku bahawa mereka adalah pewaris Funan padahal mengapa Jayavarman II diberitakan 'baru pulang dari Jawa'?Aha...prasasti dari kuil purba Khmer itu tidak dapat disorok kerana ia adalah satu-satunya catatan tentang Jayavarman II yang dijumpai setakat ini.
Jadi siapakah sebenarnya orang Funan ini?Adakah orang Mon-Khmer atau Malayo-Polynesian?
Orang Khmer mengaku Funan adalah 'hak' mutlak mereka padahal tiada pun prasasti Khmer yang menyebutkan tentang Funan ini.Ukiran di Angkor Wat dan Bayon hanya mencatatkan kewujudan kerajaan Champa,satu rumpun dengan Malayo-Polynesian.Jadi kita perlukan sumber luar dahulu,terutamanya sumber China yang mula-mula menyedarkan kita tentang kewujudan Funan ini.
Rekod China yang direkodkan seawal abad ketiga Masehi mencatatkan satu legenda tentang 'orang suci' yang datang ke Kemboja dan mengahwini puteri tempatan.Seorang pegawai China bernama Rang Tai telah tiba ke Funan pada abad ke-10 Masehi dan mempelajari kisah tentang Brahmin yang mengahwini seorang puteri bernama Ye Ye (ada versi lain menjadi Liu-Ye).Kata 'Ye Ye' ini diterjemah secara harafiah kepada bahasa Inggeris menjadi 'Daun Kelapa' padahal sebenarnya ia bermaksud 'bahagian serat kelapa/tumbuhan yang panjang' atau dalam istilah hikayat Melayunya 'MAYANG MENGURAI'.Jadi dari sini kita tahu nama gelaran puteri ini iaitu Puteri Mayang Mengurai,merujuk kepada kecantikan rambutnya yang panjang bak mayang mengurai.
Dalam legenda yang dicatat oleh pegawai dari China itu ialah bagaimana Puteri Ye Ye cuba menyerang perahu atau kapal yang dinaiki oleh Brahmin itu tetapi kemudiannya Brahmin itu dapat menewaskan puteri tersebut lalu kehandalan Brahmin itu (dinyatakan Brahmin itu menggunakan kesaktiannya) telah menawan hati Puteri Ye Ye.Mereka pun berkahwin dan dikatakan warisan dari keturunan mereka melahirkan raja-raja Funan.Mula-mula kita mesti faham petunjuk dalam legenda ini.Terdapat dua watak utama dalam legenda ini yang dikongsi oleh orang Cham dan Mon-Khmer.
Pertamanya watak 'orang suci' atau Brahmin yang datang dari negeri luar.Kemudian watak Ye Ye/Liu Ye iaitu puteri tempatan yang menjadi raja atau pemimpin negeri.
Jika kita faham plot legenda ini betul-betul,kita akan dapat melihat kod-kod rahsia di hampir semua legenda Melayu Purba;juga menggunakan plot cerita yang sama!
Mula-mula kita lihat rekod dari orang Cham (Champa).Di dalam inskripsi batu bersurat yang bertarikh 657 Masehi (abad ke-5) yang dijumpai di tapak bersejarah My Son di Vietnam ada mencatatkan legenda Brahmin dan Ye Ye ini di mana mereka dikenali sebagai Kaundinya dan Soma.Sebenarnya dalam inskripsi itu tidak menyatakan nama sebenar puteri ini tetapi setepatnya menghuraikan sebagai 'anak perempuan kepada Soma' di mana Soma itu adalah seorang 'Raja Naga'.
Bagaimana dengan dari sebelah Khmer?Mereka mempunyai legenda yang sama namun lebih kuat sebagai cerita rakyat yang popular di kalangan masyarakat mereka.Orang suci itu dikenali sebagai Preah Thaong dan Ye Ye sebagai Neang Neak dalam versi Khmer.Oleh kerana orang Khmer telah mendominasi Kemboja pada hari ini dan berkuasa menuliskan sejarah mereka dengan lebih meluas maka para pengkaji moden lebih cenderung menyangka Funan adalah kerajaan orang Khmer.Tetapi hakikat sebenarnya bukan sahaja para pengkaji Khmer,malah cendekiawan Barat juga pada hari ini masih berdebat tentang siapakah orang Funan ini.Ini kerana kekurangan bukti dan prasasti menyebabkan identiti orang Funan ini masih samar-samar.Sebahagian cendekiawan Barat seperti D.G.E Hall cenderung mendakwa orang Funan adalah dari keturunan Melayu sebagaimana orang Cham.Tetapi ada juga pengkaji seperti Micheal Vickery yang mengatakan Funan adalah Khmer.*Lihat kostum orang Mon ini yang bercampur-aduk dan perhatikan gadis sebelah kiri sekali memakai kain songket seperti lagak seorang srikandi Melayu.
Mari kita lihat siapakah yang lebih mempunyai 'autoriti' dengan warisan Funan berdasarkan apa yang mereka ada tentang kisah Funan ini.Orang Khmer mempunyai cerita rakyat sahaja,namun orang Cham punya prasasti bertulis tentang legenda ini!Kini dikatakan dijumpai inskripsi Khmer yang mengandungi cerita orang suci dan puteri ini,namun isi inskripsi itu hanya menyambung motif yang ada dalam prasasti Cham;di mana di dalam inskripsi Khmer itu menyatakan bahawa bahawa pemerintah-pemerintah mereka adalah berasal dari Sri Kaundinya dan anak perempuan Soma.Mengapa inskripsi itu hanya menurut motif cerita dalam rekod orang Cham?KERANA REKOD KHMER ITU BERUSIA ABAD KE 10 MASEHI MANAKALA REKOD CHAM SEAWAL ABAD KE 5 MASEHI.Terima kasih kepada orang Cham kerana bijak dan rajin menuliskan rekod-rekod.Sebab itu antara usaha untuk memadamkan sejarah sesuatu bangsa ialah RAMPAS,MUSNAHKAN ATAU SOROKKAN REKOD-REKOD INI!
*Kompleks My Son di Vietnam
Nasib baik prasasti Cham dijumpai di Vietnam,jika pengkaji Khmer menjumpainya di Kemboja silap haribulan batu bersurat itu mungkin dipecahkan.Dan dengan ini mereka lebih selesa mendakwa Funan benar-benar orang Khmer.
Legenda ini menjadi cerita rakyat (folklore) dalam masyarakat Khmer sementara oleh kerana orang Cham tidak bernegara pada hari ini apabila sebahagian mereka menjadi rakyat Kemboja dan selebihnya menjadi rakyat Vietnam maka legenda ini semakin dilupakan.Sementara orang Khmer semakin bercerita ke sana sini tentang legenda cinta Kaundinya dan puteri Soma,orang Cham semakin tidak mengendahkan cerita PENTING ini.Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup kerana para pengkaji Vietnam telah menjumpai prasasti tentang Kaundinya dan Soma di My Son yang merupakan tapak purbakala orang Cham di Vietnam.Mengapa orang Cham punya cerita ini lebih awal dari versi orang Khmer?
INI KERANA KERAJAAN CHAMPA SEMPAT SEZAMAN DENGAN ERA FUNAN.
Kerajaan Champa ketika itu sangat maju,hasil hubungannya dengan Funan dan orang Champa lah yang mewarisi segala ilmu pengetahuan Funan.Lihat suasana peperangan di antara Cham dan Khmer yang diukir oleh pengukir Khmer sendiri di Bayon.*Relief di Bayon menunjukkan askar Cham (memakai helmet dan membawa perisai) sedang bertempur dengan askar Khmer
Perhatikan kostum askar Cham berbanding askar Khmer.Askar Cham punya jaket perang dan helmet (topi besi?) serta perisai panjang.Askar Khmer hanya memakai kain selempang yang diikat-ikat ke tubuh mereka yang tidak berbaju dan seolah-olah memakai cawat sahaja.LIHAT,ORANG LUAR MENAFSIRKAN ORANG MELAYU AMAT MAJU DAN BERPELAJARAN namun hari ini ada orang Melayu memikirkan bangsanya dahulu adalah bangsa hutan dan gua.Mengapa orang luar menilai Melayu dalam sejarah mereka dengan begitu hebat dan maju?Dan mengapa orang Melayu Malaysia menilai bangsanya begitu rendah dan menyedihkan?Sehingga ada anak-anak Melayu yang terkekeh ketawa melihat gambaran Orang Melayu Patani yang memiliki pistol,meriam dan istinggar oleh pembuat filem Thailand (rujuk filem Queen of Langkasuka).Perhatikan sekali lagi ukiran ini.Ini bukan diukir oleh orang Cham atau orang Kedah TAPI ORANG KHMER SENDIRI DI ZAMAN KERAJAAN ANGKOR ERA JAYAVARMAN VII DI AWAL ABAD KE 13 MASEHI!!
Orang Cham ketika itu masih berbisa kerajaan mereka.
Sebab itu mereka berjaya menakluk Angkor Wat,menyebabkan raja Khmer lari membina Angkor Thom di tempat lain.Kenapa orang Cham ini beriya-riya hendak menakluk Angkor Wat?Sebab ia ibukota Khmer?Kenapa Angkor Wat masih terpelihara sehingga ke hari ini?Mengapa kota-kota lain dimusnahkan oleh pihak yang menang berperang di mana-mana sahaja tetapi ANEHNYA ORANG CHAM INI MENINGGALKAN SAHAJA ANGKOR WAT DALAM KEADAAN ELOK SELEPAS MENAKLUKNYA?
Kerana di Angkor Wat terdapat warisan Kemelayuan Funan atau RELIK yang diambil oleh orang Cham,sebagai mengingati saudara mereka yang hilang!Memusnahkan Angkor Wat bermakna SAMA SAHAJA DENGAN MEMUSNAHKAN WARISAN FUNAN DAN RAHSIA KEMELAYUAN.
Sekali lagi,terima kasih orang Cham...anda adalah contoh warisan Melayu yang bijak...kalaulah Dai-Viet tidak menjadi barbarian menjarah kerajaan anda,hari ini andalah model Kemelayuan yang agung.
*Pakaian orang Mon.Orang Mon mempunyai hubungan dengan orang Khmer berdasarkan kelompok bahasa mereka.Perhatikan bagaimana orang Tai yang datang kemudian mencedok budaya orang Mon dan Khmer serta satu lagi budaya,iaitu 'Srivichai'
Funan kemudiannya ditakluk oleh Chenla,satu kerajaan di utara Kemboja yang asalnya ialah negara naungan Funan.Penaklukan Chenla ini bukanlah serangan ketenteraan namun lebih cenderung kepada teknikal sosial dan politik,di mana raja Chenla telah berkahwin dengan puteri Funan dan sekaligus seluruh Funan di bawah pemerintahan Chenla.Ketika itu Funan sudah lemah kerana keruntuhan rangkaian perdagangan antara Empayar Rom,India dan China.
Menariknya Chenla ini memang tidak dinafikan oleh para pengkaji ADALAH KERAJAAN ORANG KHMER.
Chenla memang tidak diragukan adalah warisan Khmer tetapi bukan Funan,kerana warisan Funan ini telah dikaji oleh ramai cendekiawan dan mereka menyimpulkan bahawa budaya Funan adalah 'campuran kombinasi gaya Dvaravati dan Malayu' di mana Dvaravati adalah kerajaan purba orang Mon dan Malayu adalah kerajaan purba orang Melayu Nusantara yang dikesan ciri-cirinya muncul di sekitar utara semenanjung dan Sumatera.
Jadi jika orang Khmer mengatakan raja-raja mereka adalah warisan Funan;INI MUNGKIN BENAR.KERANA DARAH CHENLA TELAH BERCAMPUR DENGAN DARAH FUNAN menghasilkan warisan pemerintahan rakyat Kemboja pada hari ini.
Namun untuk mengatakan bahawa Funan sahaja adalah benar-benar dari orang Khmer,INI ADALAH FAKTA YANG SALAH.Funan adalah dari keturunan MALAYO-POLYNESIAN.Hanya orang Cham tahu cerita sebenar tentang saudara mereka ini.Mereka pernah berkerajaan bersama-sama dan ketika Funan menjadi empayar,Champa tetap selesa menduduki pantai-pantai Vietnam tanpa ditakluk oleh Funan.Legenda Funan ada dalam manuskrip Cham dan diletakkan di tapak yang dipandang suci oleh orang Cham Kuno iaitu di My Son di Vietnam pada hari ini,di mana My Son adalah kompleks kuil,istana dan monumen suci orang Cham Kuno (sebelum kedatangan Islam).Bayangkan jika terdapat hikayat Melayu yang mengagungkan Shih Huang Ti membina Tembok Besar China dan karya itu setaraf dengan Hikayat Hang Tuah dan Sulatus Salatin?Bukankah ini sesuatu yang janggal?Jadi apa motif batu bersurat yang mencatatkan legenda Brahmin dan puteri Mayang Mengurai di tempat suci (sacred or holy place) Champa?ADA RAHSIA DI SINI.
Ketika Funan berkuasa,orang Khmer baru berhijrah ke Indochina dan menubuhkan kerajaan Chenla.Chenla adalah kerajaan pertama orang Khmer.Chenla adalah Khmer,Khmer adalah Chenla.Menariknya,para pengkaji bersepakat menyimpulkan bahawa kerajaan Chenla ini telah menyerap budaya dan kostum Funan ini ke dalam budaya orang Khmer.Jadi tidak hairanlah jika orang Khmer bermati-matian mempertahankan bahawa Funan adalah dalam kelompok Khmer kerana jika dikatakan bahawa Funan itu adalah sekelompok dengan Cham atau Malayo-Polynesian atau ringkasnya warisan Kemelayuan,maka ini sudah tentu kurang selesa dan perlu dielakkan dalam penulisan sejarah orang Khmer.Sejarah Chenla menyerap seluruh peradaban Funan adalah fakta sejarah yang tidak boleh dipertikaikan.Namun bagaimana Chenla boleh dipastikan sungguh-sungguh bercirikan Khmer manakala Funan sehingga ke hari ini masih diperdebatkan identitinya?Padahal Chenla pernah dinaungi oleh Funan?Tiadakah prasasti Chenla yang menyatakan Funan adalah benar-benar kerajaan orang Khmer,seperti dirinya?Ya,memang tiada.TIADA PRASASTI CHENLA YANG BERKONGSI SUKA-DUKA FUNAN.
YANG ADA ADALAH PRASASTI CHAM,YANG MELETAKKAN LEGENDA FUNAN SEBAGAI SESUATU YANG AMAT DIHORMATI,SESUATU YANG AMAT DIKENANG.
Orang Suci Dan Tempat Menyimpan Rahsia
Siapakah orang suci itu?Dalam teks tertua yang menceritakan legenda orang suci yang berkahwin dengan puteri tempatan ini,menyatakan nama orang suci ini adalah BRAHMA.Ini adalah nama dalam bahasa Sanskrit.Variasi nama ini menjadi 'Brahmin' iaitu telah diterjemahkan sebagai golongan pendeta Vedic.Brahma adalah tatabahasa Sanskrit yang diadaptasi dari struktur bahasa Aryan Purba.Kata 'Brahma' berasal dari kata 'ABRAHM' di mana dalam struktur Sanskrit huruf 'a' dihadapan telah dipindahkan ke hujung perkataan.Jadi kata asalnya kemungkinan besar adalah 'Abrahama' namun loghat Sanskrit menyebutkan kata ini dengan menghilangkan 'a' dipangkal kata dan lama kelamaan meringkaskan kata 'Brahama' ini menjadi 'Brahma'.
(Ingat,Sanskrit adalah sekelompok dalam kelompok bahasa Indo-European sekelas dengan bahasa Inggeris,jadi Abraham,Abrahama dan Brahma adalah struktur yang saling berkait.Ini berlainan dengan bahasa Semitik seperti Aramaik,Ibrani dan Arab,contohnya Arab menyebutnya sebagai 'Ibrahim',perhatikan sebutan pada pangkal kata 'i' berbeza dengan 'a' yang dilafazkan dalam bahasa Inggeris yang satu 'keturunan' dengan bahasa Aryan dan Sanskrit)
Dan ini telah disahkan oleh pakar bahasa Sanskrit dan pandit-pandit Hindu.
Anda nampak rahsia ini?
Sampai di sini,jika kita telah ada 'visi' sebagai DARAH KEMELAYUAN,kita akan mengenal siapakah moyang kita ini,walaupun cuba menyorok dalam pelbagai legenda dan nama.Hanya mereka yang punya 'darah naga' sahaja akan menyelinap intuisi yang menyentap.
Hanya yang benar-benar mengalir 'darah naga' di dalam pembuluh darahnya sahaja akan dapat menghidu misteri susurgalurnya yang sebenar.
Yang tidak mempunyainya walaupun mengaku bangsa Naga,bangsa Ular,bangsa Harimau,bangsa Singa mahupun bangsa Monyet dan Beruk...akan terkeliru dan menjadi pencacai kepada sejarah orang lain yang sama ada yang fantasi atau realiti.Tidak sampai seminit seluruh nama bangsa dan jatidirinya menjadi sakibaki dan sisa kekotoran sejarah orang lain yang bukan pun dari rumpunnya.
Namun orang Melayu dengan warisan KeMelayuannya yang agung tidak perlu mengaku sama sekali sama ada mereka dari bangsa haiwan-haiwan di atas.Mereka adalah dari bangsa Manusia yang punya jatidiri dan identiti sendiri.Bukan dari Xian,bukan dari Yunnan...bukan dan bukan.Berfikirlah 10 kali sebelum mengaku anda berasal dari Yunnan kerana sejarah anda tidaklah sefantasi itu jika anda benar-benar berdarah Melayu.Tai,Viet,Burma dan Mon-Khmer telah dibuktikan secara linguistik dipengaruhi budaya dan gaya Sino-Tibetan seperti Kantonis dan Mandarin,TETAPI BUKAN BAHASA MELAYU YANG MISTERI INI.Sebab itu pakar bahasa mengelaskan bahasa Melayu menjadi satu kelas dunia yang tersendiri.Bahasa Melayu adalah salah satu kelas bahasa utama dunia iaitu istilah saintifiknya sebagai MALAYO-POLYNESIAN.Kini ia disebut sebagai Austronesian kerana pengkaji mendapati bahasa asli Taiwan iaitu dipanggil bahasa Formosan rupa-rupanya termasuk dalam laras bahasa Melayu!Adakah orang Melayu Nusantara ini telah belayar hingga ke Taiwan?SUDAH PASTI YA!DAN BUKAN ITU SAHAJA MALAH MEREKA PERNAH SAMPAI KE JEPUN!!
Satu puak Asli Jepun yang ditemui di sebuah kawasan tasik telah dikaji oleh para penyelidik Jepun dan Barat dan mereka mendapati terdapat beberapa perkataan mereka yang sama dengan bahasa Melayu seperti 'mata' dan 'batu'.Dan ingat sebelum migrasi bangsa Yamato (bangsa asas Nippon atau Jepun moden pada hari ini) ke pulau-pulau Jepun,para penyelidik sudah dapat 'menghidu' gaya budaya bangsa asal kepulauan Jepun yang menyerupai kaum-kaum Malayo-Polynesian.
Satu daripada puak asli Jepun yang dikenali ialah puak Ainu.Puak Ainu ini amat misteri kewujudannya.Sebelum ini ramai pengkaji menyangka mereka adalah dari keturunan Eropah,namun kajian genetik mendapati mereka mempunyai kaitan dengan puak-puak Eskimo dan Alaska.Dan jika mengkaji tentang orang Eskimo,hanya dua bangsa di dunia ini diketahui mempunyai 'penyakit' genetik LATAH,iaitu Melayu dan Eskimo!
Dari Afrika (Madagaskar) hingga ke Tanah Kanaan dan Babilon,ke India,Sri Lanka hingga ke Taiwan dan mencapai Jepun.Dari sini ke pulau-pulau Pasifik sejauh Hawaii dan mencapai pantai Amerika (?).Sebab itu anak kapal Magellan terpaksa 'memaksa' Hitam a.k.a Enrique menjadi kapten mereka supaya membawa mereka pulang ke Sepanyol.Jika Hitam tidak bersetuju,sudah pasti anak-anak kapal Sepanyol yang masih tersadai ini turut dibunuh oleh Humabon dan Lapu-Lapu;puak-puak Malayo-Polynesian Filipina yang tengah mabuk darah ketika itu yang sebelum itu telah membunuh Magellan.Hitam telah memandu kapal-kapal Magellan pulang ke Eropah merentasi Lautan Pasifik dan Benua Amerika.Begitu indahnya masa silam orang Melayu.Begitu gigih mereka pada ketika itu.Jauh perjalanan luas pemandangan.Moyang kita rupanya minat mengembara dan belayar.Ombak laut dan lambaian pohon nyiur bagaikan kanvas bisu yang melukiskan pahit manis sejarah kehidupan mereka.
'Darah naga' hanyalah istilah raja-raja sahaja.Darah ULAR BESAR atau NAGA ini tercantum dalam peribahasa lama Melayu,"Tidakkan hilang bisa ular yang menyusur akar".
Orang yang benar-benar Melayu tidak akan hilang bisa Kemelayuannya walaupun merentasi waktu beribu tahun.Mereka tidak akan tiba-tiba berubah menjadi Siam,Cina atau kaum lain secara tiba-tiba,kecuali menjadi seperti 'Tipah Tertipu' yang diperdaya oleh orang lain yang ada agenda sendiri.Mereka yang tidak punya kesedaran identiti ini akan hilang bisa Melayunya bersalin kulit menjadi Siam-Islam,Siam Perut Hijau,Cina Yunnan,Cina Xian atau apa sahaja termasuk menjadi 'Mat Salleh'.
Berbalik kepada kisah orang suci tadi,kita tahu sebahagian rahsia dia.Kita tahu kisah cintanya.Tidak perlu malu dan segan dengan anak cucu.Anak cucu akan korek rahsia moyang habis-habisan!
Mari kita siasat.Dalam hikayat raja-raja Melayu dalam Sulatus Salatin,ada diceritakan tentang keturunan raja-raja Melayu yang berasal dari Sang Sapurba,satu watak agung dalam sejarah Melayu yang berasal dari kisah tiga orang putera luar yang bertemu dengan dua orang gadis petani iaitu Wan Empuk dan Wan Malini.Dua putera raja itu akhirnya berkahwin dengan Wan Empuk dan Wan Malini manakala yang bongsu yang bernama Nila Utama yang bergelar Sang Sapurba (versi A.Samad Ahmad mengatakan Nila Pahlawan bergelar Sang Sapurba) berkahwin dengan Wan Sendari iaitu anak kepada Demang Lebar Daun,penguasa tempatan.Kita tinggalkan pihak di sebelah Demang Lebar Daun,Wan Empuk-Wan Malini dan Wan Sendari (perhatikan pangkal nama Wan ini telah digunakan di Sumatera,kaji kaitannya dengan keturunan Wan di Perak dan Kelantan hari ini).Ini adalah keturunan Nusantara asli.Yang ingin kita sentuh ialah 'raja-raja' luar itu.
Jika kita hayati keturunan Sang Sapurba ini,mungkin kita akan amat-amat keliru dengan campuran keturunan yang pelbagai seperti yang didakwa oleh Krisyna Pendita,Nila Pahlawan dan Nila Utama itu.Perhatikan petikan dari Sulalatus Salatin dalam Cetera Kedua:
"Adapun nama kami dan bangsa kami bukannya daripada bangsa jin dan peri.Bahwa kami ini bangsa manusia;asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain,nisab kami daripada Raja Nursyirwan Adil,raja masyrik dan maghrib,dan pancar kami daripada Raja Sulaiman alahissalam..."
Jika kita selidiki,Zulkarnain adalah gelaran kepada kepada Raja Cyrus The Great dan ada yang merujuk kepada Alexander The Great.Dalam Sulatus Salatin diceritakan Raja Iskandar telah menakluk Raja Kinda Hindi.Dalam sejarah penaklukan Alexander The Great,kita tahu bahawa raja itu pernah menyerang utara India.Namun Cyrus The Great juga pernah menawan wilayah India seperti Gandhara (di Pakistan kini).Raja Nursyirwan Adil kemungkinan raja-raja Parsi.Salah seorang anak raja Suran dirajakan di Amdan Nagara dan ini merupakan nama Melayu kepada Hamadan di Iran kini.
Raja Suran adalah keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.Raja Suran ini seringkali disamakan dengan Raja Chola yang menyerang pelabuhan-pelabuhan Srivijaya.Raja Zulkarnain ini pula dikatakan berbangsa Rum dari negeri Makaduniah (Makaduniya adalah Macedon di Greek sekarang).Terdapat kepincangan maklumat dari segi kronologi sejarah dan genetik di sini.Dan ini membuka tembelang sebenar para penyelenggara teks-teks Sulalatus Salatin yang terdiri dari para orientalis Inggeris.
Jadi adakah Raja Chola ini berketurunan dari Alexander The Great?Ini adalah amat menghairankan dan setengah melucukan kerana kita tahu Raja Rajendra Chola adalah dari dinasti pemerintah selatan India.Chola adalah dari puak Dravidian.Pengaruh Hellenestik atau Seleucid dari Empayar Alexander ini tidak sampai sejauh selatan India.Pengaruhnya cuma negeri-negeri utara India,Afghanistan dan Iran.Selepas itu ada pula nama Raja Sulaiman alahissalam.Ini sudah tentu Nabi Sulaiman a.s yang juga Raja Israel Raya (961-922 Sebelum Masehi) yang mewarisi penyatuan Israel dan Judah oleh bapanya Daud a.s.Sulaiman a.s adalah anak kepada Daud a.s dan Bathsheba.Mereka adalah keturunan Bani Israel.
Jadi bagaimana ini?Nampaknya Sang Sapurba ini punya darah campuran Hindi,Greek,Parsi dan Yahudi (bani Israel)!Benarkah begitu?Kita perlu meneliti semua petunjuk ini satu persatu.Jangan pula jadi sesetengah pihak yang mendakwa Zulkarnain itu berbangsa Siam dari Xian di China pula.Siam adalah etnik baru wujud sebagaimana Tai ketika migrasi mereka ke Indochina.Terma 'Siam' ini dipopularkan oleh kerajaan Ayutthaya.Sebelum kewujudan Ayutthaya,tiada etnik Siam ini.Siam adalah Ayutthaya,Ayutthaya adalah Siam.Siam adalah istilah sosio-politik kepada Ayutthaya dan negeri-negeri naungannya.Siam juga lebih kepada nama dinasti Ayutthaya,sebab itu dinasti yang merampas Ayutthaya membuang nama Siam ini dan menggantikan kepada Thai sebagai contoh 'Thailand'.Jangan terperangkap dengan dalih bahawa sejarah kita kononnya khayalan dan terpaksa menerima sejarah orang lain yang juga rupanya sengaja direka-reka malah bertahap superkhayalan.KITA KENA BERHENTI SEJENAK DAN KAJI DAHULU.FIKIR DAHULU.Jangan gelojoh terburu-buru menjadi pencacai sejarah orang lain.Sulalatus Salatin telah disunting oleh orientalis seperti Shallabear,Winsted,Dulaurier dan Maxwell.Tidak dinafikan mereka telah 'menambahbaik' kitab purba orang Melayu ini.Antara penambahbaikan mereka ialah kata 'Makaduniah'.Ini terjadi ketika proses suntingan, mereka menyangka Raja Zulkarnain yang menyerang India itu mungkin Alexander The Great dari Macedon.Jadi dinyatakan Raja Iskandar Zulkarnain dari Makaduniah.Walhal Cyrus The Great pernah menyerang sehingga ke Gandhara dan dari sini mereka menyebarkan budaya,bahasa dan tulisan Aryan seperti Brahmi dan kesusasteraan Sanskrit ke Benua India (Sulalatus Salatin menyebutnya sebagai Benua Keling).Ada istilah 'Rum' dalam kitab ini.Sebenarnya orang Melayu dahulukala menyebutkan sama ada budaya keParsian,Hellenistik (Greek) atau budaya Empayar Rom sebagai 'RUM' sahaja.Jadi kita boleh buang 'Greek' dari senarai keturunan campuran Sang Sapurba.Tinggal Parsi,Hindi dan Yahudi.Parsi dan Hindi adalah petunjuk kepada budaya Vedic.Ingat,dalam ATBM II,kita telah belajar tentang kaitan nama Mala-Yu dengan budaya Avestan-Vedic.Suffix -Yu adalah tambahan bagi kesusasteraan Avestan-Assyria kepada cara berfikir atau jenis budaya.Bangsa Media (Ingat kisah Nabi Syuaib dan kaum Madyan?),salah satu bangsa asas bangsa Iran telah digelar sebagai 'Mada-Yu' dalam kesusasteraan Avestan-Assyria dari kata asal 'Mada'.Perkataan 'Mala' itu sendiri ada dalam kosakata bahasa Ibrani (Ancient Hebrew)!Dalam Ibrani,'Mala' bermaksud 'memenuhi','menyelesaikan' atau 'mengabulkan'.Bukan itu sahaja,terdapat Mala lelaki (Male of Mala) dan Mala perempuan (female of Mala).Jantina perempuan bagi Mala dinamakan Malayah (Meleah) dalam Ibrani Kuno!
Mari kita susun kembali semua 'puzzle' ini!
Tiga bangsa campuran Sang Sapurba,yang datang ke Nusantara dan mengahwini Wan Sendari,anak Demang Lebar Daun.
1-Hindi
2-Parsi
3-Bani Israel
Hindi dan Parsi adalah katakunci kepada budaya Vedic di mana terdapat ajaran Veda dan Avesta.Bahasa Sanskrit (bahasa suci ajaran Veda) adalah saduran dari bahasa Avesta dan Agatha (ajaran Zoroester Aryan).Ajaran Veda ini mengandungi tinggalan agama Ibrahim (Ingat,agama berhala Hindu amat jauh dan berbeza dari makna-makna tersirat dalam ajaran Veda yang suci dari tangan-tangan penyembah berhala).Brahma adalah Ibrahim dan Saras (juga digelar Saraswati di mana 'wati' adalah suffix) adalah Siti Sarah!Ini dijelaskan oleh sarjana Sanskrit iaitu Vidyarthy (seorang maulana muslim yang pakar dalam kitab Veda) dan beliau pernah berdebat dengan golongan elit Brahmin Hindu yang bergelar Pandit dari aliran Brahma Samaj tentang rahsia kitab-kitab Veda ini.Akhirnya para Pandit ini meminta maulana ini meneruskan penggalian rahsia Veda yang mereka sendiri tidak tahu selama ini!!
Jadi ini membawa kita kepada bayang-bayang Ibrahim a.s!Jadi apa kaitan dengan Bani Israel?
Nabi Ibrahim a.s digelar Bapa Kepada Segala Bangsa.Nabi Ibrahim menurunkan tiga bangsa;Bani Israel (The House of Israel),Bani Ismail (The House of Ishmael) dan bangsa misteri ini,Bani Jawi (The House of Jawi).Inilah pembayang kepada bangsa-bangsa dalam perlambangan Sang Sapurba!
Dalam hikayat Melayu ini kita dapati Sang Sapurba telah mengahwini puteri tempatan,Wan Sendari.Raja Suran pula mengahwini Dara Segangga,seorang kerabat diraja Gangga Negara (kerajaan ini dikesan terdapat di sekitar Dinding dan Beruas dan melangkaui pengaruhnya sejauh Bidor di Perak) dan Onang Kiu,seorang puteri kerajaan purba orang Mon (Gelanggi adalah nama Melayu bagi Klang Kio,sebuah kota orang Mon.Ada pendapat mengatakan ia terdapat di Johor.Namun ada bukti mengatakan ia terletak di Pahang).Tinggalan saki-baki orang Mon ini adalah puak-puak Orang Asli seperti Senoi dan Jahai.Ingat,ini bukan kerajaan Siam Ayutthaya atau Tai Ramkhamhaeng.Ini adalah kerajaan purba orang Mon.Orang Mon dan Melayu hidup secara harmoni pada zaman purba,jauh sebelum kewujudan kaum Tai versi Ramkhamhaeng dan Siam versi Ayutthaya.Perhatikan kostum orang Mon yang mirip Melayu.Mereka ibarat 'Baba dan Nyonya' pada zaman purbakala.Mereka pandai menyerap budaya Malayo-Polynesian.
*Kanak-kanak Mon dengan pakaian tradisi mereka
Terlanjur bercakap tentang puak-puak Orang Asli di Malaysia,kita kena faham terdapat dua kategori dalam masyarakat Orang Asli berdasarkan bahasa mereka.Pertamanya kategori Aborogine Malay,di mana bahasa mereka lebih dekat dengan bahasa-bahasa Malayo-Polynesian.Contohnya Jakun,Temuan,Orang Kanaq,Orang Kuala dan Seletar.Kedua,kategori Aslian,di mana bahasa mereka lebih dekat dengan laras bahasa Mon-Khmer.Puak-puak Orang Asli dalam kelompok ini ialah seperti Temiar,Senoi,Jahai,Mah Meri,Semang dan Jahut.Jadi FIKIRKAN,BAGAIMANA BAHASA ORANG SENOI DAN TEMIAR INI MEMPUNYAI PERSAMAAN DENGAN KELOMPOK BAHASA MON-KHMER?
Jawapannya,mereka pernah datang sejauh tanah semenanjung ini.Bukan sekadar di Indochina sahaja (kini majoriti orang Mon terdapat di Burma dan ada yang menetap di luar negara).Namun nasib baik orang Jakun dan Temuan berbahasa Malayo-Polynesian,nanti jika semua Orang Asli Malaysia berbahasa Mon-Khmer,sudah tentu para Rasis-Komunis-Chauvinis akan mengatakan orang Melayu benar-benar pendatang dan merampas Malaysia dari tangan orang Mon.Jadi tugas Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang amat penting ialah menjaga orang Jakun,Temuan,Seletar dan seumpamanya sebagai bukti terdapatnya aborigine Melayu yang punya hubungan linguistik dan budaya dengan Melayu-Melayu lain yang lebih terbuka sifatnya seperti Kedah,Johor,Jawa,Minang,Bugis dan sebagainya.Jadi mereka tidak boleh 'menghalau' orang Melayu begitu sahaja dan mendakwa bumiputra sebenar ialah Orang Asli.Orang Jakun ini nak campak mana?Sebab itu dakwaan mereka ini bersifat rasis dan tidak berpelajaran.
Orang Han dan Monggol boleh menghalau orang Tai dan Dai-Viet dari wilayah-wilayah mereka sehingga berebutkan tanah-tanah yang asalnya milik kaum-kaum Malayo-Polynesian.Tetapi mereka tidak boleh menghalau orang Melayu begitu sahaja dari bumi tanah tumpah darah ini pada hari ini.Ideologi komunis mereka tidak boleh terpakai di sini.Jika golongan komunis ini masih berkokok,baik buang mereka semua ini ke Thailand dan merasa di'Thai'kan oleh Raja Thai yang memang menyimpan dendam dengan orang Han yang menghalau kaum mereka dahulu dari wilayah Xian,tempat asal etnik Tai.
Kini ada kelompok yang mendakwa diri mereka sebagai Siam Ayutthaya ingin pula menghalau orang Melayu ke daerah Xian dan Yunnan.Orang yang masih berdegil membanggakan keturunan dan menghina orang Melayu yang baik hati memberikan tempat tinggal kepada mereka ini patut dicampak ke halaman istana Raja Thai.Silap haribulan Raja Thai (yang tengah berusaha menjaga sejarah fantasi mereka dari terbongkar) ini akan mengarahkan agar mereka ini dipijak-pijak oleh gajah diraja.Ketika ini barulah terkocoh-kocoh mahu bersyukur kepada Ilahi dan terbayangkan saudara-saudara Melayu mereka yang asyik mengalah dengan telatah mereka dan setia mendengar luahan hati mereka diburu Raja Thai pada waktu silam.
Lihat rahsia ini.
Sang Sapurba dan Raja Suran dikatakan datang dari luar dan ada kaitan dengan budaya Vedic.Kedua-dua mereka menjalinkan perkahwinan dengan puteri-puteri Nusantara.
Semak kembali kisah Kaundinya dan Soma!
Kedua-duanya,orang Malayo-Polynesian dan Mon-Khmer punya legenda orang suci dari luar yang mengahwini puteri tempatan.
Dan hikayat-hikayat Melayu menyebutkan kisah yang sama!Bentuk yang sama!'Pattern' yang sama!
APA MAKSUD SEMUA INI??
Biar kami beritahu rahsia ini.Semua kaum-kaum terawal di Nusantara punya legenda atau kisah rakyat tentang perkahwinan orang luar dan puteri tempatan,dan anehnya kesemua mereka punya plot cerita yang sama seterusnya;mengaku hasil dari perkahwinan ini melahirkan keturunan raja-raja mereka!!!
Jadi apakah sebenarnya yang ingin diberitahu oleh legenda ini??SEBENARNYA MEREKA SEDANG BERCERITA TENTANG PERKAHWINAN IBRAHIM a.s DAN SITI KETURAH DALAM PELBAGAI VERSI CERITA RAKYAT!!
Jadi bukti seterusnya ada tersimpan di tangan Bani Israel,dirakam dan dikenang-kenang di dalam kitab-kitab purba mereka!
"Abraham took another wife, whose name was Keturah.She bore him Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak and Shuah.Jokshan was the father of Sheba and Dedan; the descendants of Dedan were the Asshurites, the Letushites and the Leummites.The sons of Midian were Ephah, Epher, Hanoch, Abida and Eldaah. All these were descendants of Keturah."
(Genesis 25:1-4)
"Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to the land of the east"
(Genesis 25:5-6)

No comments:
Post a Comment