Friday, November 2, 2012

Gaya Bersyukur Di Akhir Zaman



Ditujukan Kepada Umat Islam Yang Fasih Berbahasa Melayu.
Artikel ditulis oleh:
Penjaga BLUE LIGHT Akhir Zaman

Allah Maha Kuasa...
Tidak Mengira Ruang & Masa...
Makhluk Tiada Kuasa Apa-Apa...
Walau Di Mana Jua... 
Setiap hari manusia dilimpahi nikmat Allah Yang Maha Pemurah.
Setiap hari manusia bergelumang dengan pemberian demi pemberian dari Allah Yang Maha Pengasih.
Cuba sebutkan nikmat Allah paling hebat pada diri tuan-tuan.
Apa dia?
Kereta Honda Hybrid ?
Set Sony Blue Ray Player Home Theatre System ?
iPhone 4G berkelajuan 833MHz ?
Telefon Android boleh tunjuk kiblat ?
Motosikal berkuasa tinggi Ducati 1098 S Tricolore ?
2 tiket percutian mengelilingi Eropah dan bonus berbulan madu ?
Isteri secantik Diana Danielle dilengkapi suara semerdu Ella ?
Ooo...
itu kurang tepat tuan-tuan...
Itu juga nikmat pemberian Allah,
namun nikmat yang paling hebat pada diri saya dan tuan-tuan...
ialah nafas yang saya dan tuan-tuan sedut tiap-tiap hari.

Dengan nafas yang dipinjam oleh Allah s.w.t itulah,
tuan-tuan dapat makan nasi goreng USA sambil menonton TV siaran Olimpik,
dan kemudian tidur di tilam empuk di sisi bantal busuk masing-masing.
Dengan nafas yang dipinjam Tuhan itulah,
tuan-tuan dapat pergi kerja,
membeli-belah,
melancong,
beribadat dan berehat.
Dengan nafas yang dipinjam Allah itu juga,
sesetengah makhluk Tuhan pergi ke disko,
minum arak,
berpegangan tangan bukan muhrim dan berzina.
Dengan nafas yang dipinjam Allah itu juga,
ada orang gunakan ia untuk makan rasuah,
menipu rakyat bawahan,
pecah amanah,
dan menggunakan hasil negara untuk mengisi perut sendiri.

Nikmat Allah tidak terkira banyaknya tuan-tuan...
Setiap kali tuan-tuan kelip mata itu juga satu nikmat.
Apa akan jadi jika tuan-tuan semua terjegil biji mata 24jam.
Seksanya jika tiba-tiba mata kita masuk habuk.
Tidak boleh pejam mata.
Mahu tidur pun mata terjegil macam burung hantu.
Hidung kita pun dicipta Tuhan dalam kedudukan yang penuh nikmat dan rahmat.
Apa akan jadi kalau lubang hidung saya dan tuan-tuan ke atas ?
Aha...
jika hujan kelam-kabutlah cari tempat berteduh,
kalau tidak lemaslah air masuk hidung kalau tuan-tuan tidak tutup dengan tangan.
Cuba lihat bagaimana hikmahnya Allah cipta diri kita.
Kuku kita boleh memanjang.
Bulu ketiak kita pun boleh panjang.
Tetapi mengapa gigi kita tidak boleh panjang-panjang  ?
Bulu kening kita duduk macam itu saja.
Cuba kalau gigi kita memanjang macam kuku kita.
Sampai masa,
kena potong.
Alamat kena cari 'cutter' besilah.
Doktor gigi akan kaya raya kerana buat khidmat potong gigi setiap hari.
Jika ada yang malas potong gigi,
giginya akan panjang macam drakula.
Nak makan pun susah.
Pontianak Harum Sundal Malam dan Siang pun akan lari ketakutan lihat gigi kita.
Apa akan jadi kalau bulu kening kita memanjang macam janggut atau bulu ketiak kita ?
Alamat bertambah tugas kita.
Kalau malas potong bulu kening,
bulu kening akan panjang sehingga tutup mata.
Pereka fesyen dari Paris dan Tokyo akan membuat pelbagai fesyen bulu kening yang pelik-pelik.
Remaja-remaja Jepun akan menggayakan trend-trend terbaru bulu kening,
yang di'punk'kan atau diwarnakan di sana-sini.
Lisa Surihani akan mendandan bulu keningnya untuk dimuatkan dalam majalah Mangga.
Kan haru namanya itu ya maulana sekalian.

Cuba lihat diri tuan-tuan,
betapa sempurna diri tuan-tuan Allah ciptakan.
Cukup sifat.
Ada orang yang lahir-lahir buta matanya.
Ada yang cacat tiada tangan dan kaki.
Ada yang lahir-lahir 2 kepala 1 badan.
Ada bayi lahir sebelah buah pinggang mati.
Ada yang terpaksa minta derma hati.
Nikmat Allah itu tuan-tuan...
kalau dikumpulkan seluruh air laut di dunia ini untuk dijadikan dakwat,
tidak cukup untuk menuliskan semuanya.
Kalau dikumpulkan semua pokok-pokok di dunia ini,
supaya dijadikan batang pena bagi menuliskan segala nikmat Allah itu,
nescaya habis semuanya sebelum sempat menuliskan semua nikmat Allah itu.
Subhanallahhh...
Allah jadikan diri kita sebaik-baik ciptaan...
tuan-tuan.

///////////////////////////////////////////////////////
Firman Allah dalam surah at-Tin ayat 4,
"Sesungguhnya Kami...
telah menciptakan manusia...
dalam bentuk yang sebaik-baiknya".
///////////////////////////////////////////////////////

Namun ada orang yang tidak puas dengan dirinya.
Dia rasa Tuhan tidak cukup bagus ciptakan dirinya.
Jadi dia buat tatu dan lukis macam-macam gambar pada tubuh badannya.
Ada yang tindik muka,
tangan,
perut dan macam-macam lagi tabiat pelik manusia,
yang tidak puas hati dengan dirinya yang sebaik-baik ciptaan.
Ada yang sambung rambut.
Ada yang suntik silikon,
suntik botox sampai hampir-hampir jadi mutan macam dalam filem X-Men.
Ada yang tukar jantina.
Yang lelaki jadi perempuan,
yang perempuan jadi lelaki.
Yang tidak sepatutnya digincu,
digincu.
Yang tak sepatutnya dicat,
dicat sampai berwarna-warni macam badut sarkas.
Padahal,
semua itu yang dihias sedemikian rupa,
bakal menjadi santapan istimewa segala cacing dan ulat di dalam kubur.
Jika tidak ulat dan cacing,
pasti segala bakteria di bumi Allah ini akan melupuskan daging-daging mereka.
Tidak bersisa.
Yang perlu di'tatu' dan dicantikkan bukan tubuh badan wahai maulana semua...

Yang perlu diperelokkan,
ditacap-tacap dan dicantikkan ialah AKHLAK dan IMAN kita.
Apa doa melihat cermin ya maulana sekalian ?
Siapa tahu angkat kaki !!!
Ya..ya..
"Segala Puji Hanyalah Milik Allah,
Ya Allah Sebagaimana Engkau Telah Membaguskan Kejadianku,
Maka Baguskanlah Akhlaq ku"
Inilah yang perlu ditacap-tacap tuan-tuan.
Mitsubishi Evo tuan-tuan tak payah tacap pun tidak mengapa.
Ini AKHLAK tuan-tuan yang perlu diperelokkan,
bikin baik punya !!!
Bagi Allah sayang pada kita.
Bagi Allah redha pada kita.
Baru kelass gitu.
Iman tuan-tuan kalau tak cantik,
lembu dan kambing pun menggelengkan kepala.
Kenapa tuan-tuan ?
Kita makan,
kambing pun makan.
Kita minum,
kambing pun minum.
Kita tidur,
kambing pun tidur.
Tapi bila azan maghrib,
kita masih mengunyah lagi,
masih selamba dek lagi macam kambing.
Kambing pun naik hairan.
Apa beza aku dengan manusia ?

Sebab itu kita kena tahu bersyukur tuan-tuan...
sebab bab bersyukur ini kalau nak huraikan kelebihannya tidak cukup 44 malam tuan-tuan.
Bersyukur inilah antara asbab punca rezeki yang amat ampuh tuan-tuan.
Bersyukur ini kalau nak tahu adalah kunci kekayaan dan hidup mewah.
Kenape ?
Tak percayeee ?

//////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: 
Demi sesungguhnya Jika kamu bersyukur...
nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu !!!
Dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar,
sesungguhnya azabKu amatlah keras !!!”.
//////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Nah...
sekarang kita tahu Allah menjamin dalam AlQuran,
bahawa dengan bersyukur,
Allah akan tambah lagi dan lagi dan lagi.
Allah akan tambah nikmatnya lagi dengan bersyukur.
JIka kita miskin,
Allah akan jadikan kita kaya.
Kalau kita kaya,
Allah bikin kita jadi tambah kaya...
tambah kaya...
Masya Allah !!!

Bagaimana?
Bagitahu aku macam mana nak jadi kaya dengan bersyukur ???
Aku bosan hidup miskin.
Aku bosan jadi kuli batak orang lain.
Aku sendiri pun tak cukup makan,
macam mana nak bagi anak bini aku makan.
Takkanlah aku nak bagi anak bini aku makan siput babi macam dalam rancangan Bersama mu TV3 tuh.

Sabar...
ya maulana.
Nak tahu rahsia mesti sabar.
Nak kaya pun kena sabar.
Sabar itu juga cara untuk jadi kaya.
Kekayaan pun tidak datang sekelip atau 2 kelip mata.
Berkelip-kelip mata pun tak dapat ya tuan-tuan.

Kau jangan buat loyar buruk.
Beritahu aku cepat!

Bagaimana mahu kaya jika sikap tuan tidak mahu sabar ?
Lihat Bill Gates yang pendapatannya 300juta sebulan.
Adakah dia kaya dengan 2-3 kelip mata ?
Berapa lama Donald Trump bina empayar hartanahnya ?
Tak payah pergi jauh tuan,
lihat Mustapha Kamal tauke MK Land,
berapa lama dia bertatih bina kekayaan?

Baiklah aku mahu sabar sekarang.
Cuma tolong beritahu aku macam mana nak kaya dengan hanya bersyukur pada Tuhan.
Aku cuma bosan makan megi tiap-tiap hari.
Sekarang ini pun megi aku sudah kembang.

Megi yang kembang juga adalah nikmat Allah ya sheikh ya maulana.
JIka tuan tidak tahu bersyukur dengan sekeping megi,
bagaimana tuan mahu bersyukur,
dengan sepinggan nasi kandar Mamak Deluxe berlaukkan ayam madu,
papadom,
sayur kobis,
dengan campuran mayonis,
kentang putar yang lazat dan air tembikai susu lemak manis ?
Belajar bersyukur pada perkara yang kecil-kecil dahulu tuan,
baru kita layak dapat berkat bersyukur pada perkara-perkara yang besar-besar.
Sekeping megi itu tuan,
jika kita tahu erti bersyukur padanya,
Allah akan catitkan kesyukuran kita itu,
dan kelak Allah akan balas 10 kali ganda malahan berkali-kali ganda ya tuan.
Subhanallah !!!

Ya..
ya..
aku bersyukur dapat makan megi kembang.
Jangan cakap lagi,
beritahu sahaja bagaimana aku mahu bersyukur,
supaya dapat keluar dari kemiskinan tegar aku ini.

Tuan sudah pun buat tadi.
Maknanya jika kita tahu erti syukur walaupun sekecil-kecil nikmat Allah,
maka kita layak dapat kelebihan berkat rahmat Allah Yang Maha Kaya.
Bersyukur ini macam main pinball tuan,
tidak kira apa jua kita bersyukur pun,
tetap dapat markah.
Dapat minum air kosong,
alhamdulillah...
dapat duduk bawah payung masa hujan,
alhamdulillah...
dapat duduk dalam tren yang sesak,
alhamdulillah...
tapi jangan pula bila tengok punggung wanita masa dalam LRT,
kita ucap alhamdulillah...

Kenapa pulak ?
Bukan itu juga rezeki namanya?

Itu bukan rezeki ya maulana !!!
Masya Allah apa nak jadi dengan maulana ini !!!
Itu bukan rezeki,
itu peluang nak dapat dosa !!!
Bila terpandang perkara-perkara macam itu,
alihkan pandangan atau tutup mata sahaja dan beristighfar.
Ini juga cara kita bersyukur dengan kedua biji mata kita.
Nanti Allah tambah lagi nikmat...
lagi dan lagi dan lagi...

Alhamdulillah aku faham sekarang,
jadi ada tak cara lain nak bersyukur ini ?

Bersyukur ini banyak cara kita boleh buat tuan-tuan.
Bukan sekadar mengucapkan alhamdulillah...
jika kita banyak harta,
cara paling baik untuk bersyukur dengan harta kita ialah berzakat.
Dah tunaikan zakat,
kita boleh bersedekah pula.
Tahukah tuan-tuan,
dengan bersedekah,
harta kita akan bertambah dan bertambah ?
Masya Allah tuan...
ini RAHSIA BESAR tuan...
bersedekah dapat menambahkan kekayaan.
Dalam ilmu metafizik Barat juga mengakui prinsip ini.
Apa dia tuan-tuan ?
"Rahsia menerima ialah dengan memberi" 

Jadi belajarlah memberi,
kata pakar motivasi Barat.
Lihat majoriti hartawan Barat.
Trend mereka ialah selepas berjaya menjadi jutawan,
mereka akan buka yayasan.
Mereka akan buat tabung derma,
kempen derma.
Bill Gates,
Rockefeller,
Donald Trump dan sebagainya bukan sahaja menjadi hartawan yang berjaya,
mereka juga adalah penderma yang budiman.
Ini berbeza dengan orang kita ya maulana...
makin kaya makin telan harta orang lain.
Makin kaya bukan semakin jadi budiman...
jadi semakin pembelit.
Itu sebab bisnes semua lingkup.
Semua tak jalan.
Bengkrapsi.
Tambah pula masing-masing ada Phd,
lagi haru dibuatnya ya maulana sekalian.

Kenapa bersedekah tidak menjadikan harta kita berkurang ?
malah semakin bertambah dan bertambah ?
Dalam Hadis yang diriwayat At-Tabrani Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya sedekah itu...
tidak akan mengurangi harta seseorang”.

Lihat tuan-tuan.
Nabi kata sedekah itu tidak langsung mengurangkan harta kita.
Kita mungkin nampak berkurang,
TETAPI HAKIKATNYA TIDAK.
Allah yang merupakan PEMILIK PERBENDAHARAAN KEKAYAAN.
 juga menjamin orang yang bersedekah:
////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Al Baqarah ayat 261 :
"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya
di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan 7 tangkai,
pada tiap-tiap tangkai 100 biji.
Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki.
Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Inilah rahsia hukum metafizik Barat iaitu...
"“to give in order to get” .
Kata Joe Vitale,
seorang pakar motivasi dan 'spiritual marketing',
hukum ini adalah sesuatu yang universal,
dan bertindak dengan cara yang tidak diketahui dan aneh.
Memanglah dengan memberi itu membawa kepada pemberian yang mencurah-curah,
sebab ALLAH SENDIRI YANG MENCIPTA HUKUM ALAM INI.
Orang Barat percaya dan mereka berjaya.
Kita kurang percaya,
maka kita gagal.
DALAM AGAMA ITU ADA KEJAYAAN.
YAKINLAH TUAN-TUAN.
YAKINLAH SEPENUH HATI.

Tapi dalam poket aku ada 5 ringgit je.
Aku orang miskin.
Tak payah lah bersedekah.
Aku nak cara lain jadi kaya.

Orang miskinlah kena banyak bersedekah ya maulana.
Sebab orang miskin kurang harta.
Nak dapat banyak kena beri banyak.
Nak jadi kaya kena bagi kekayaan.
Itu prinsipnya ya maulana.
Buat sahaja.
Nanti Allah kasi mudah.
Misalnya dalam poket ada 5 ringgit,
berilah seringgit pada surau atau masjid.
4 ringgit boleh beli nasi lemak dan air bungkus sebagai contoh.
Kan mudah.
Nak bagi semua pun tidak mengapa.
Tapi kena tawakal kuatlah.
Bersyukur juga boleh dilakukan dengan menambahkan amal ibadat tuan-tuan.
Jika dahulu malas bersolat,
kini rajin-rajinlah pergi ke masjid.
Jika dahulu malas nak buka Al-Quran,
kini usahalah baca 2-3 mukasurat sehari.
Lagi tambah amal ibadat,
lagi Allah sayang.
Lagi Allah sayang...
nah minta apa saja ya maulana...
nak rumah...
nak kereta...
nak bini cantik...
panjatkan saja doa tuan-tuan...
pasti Allah kabulkan.

///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Surah Al-Baqarah ayat 186:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai-Ku...
maka beritahu kepada mereka:
Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka.
Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku.
Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku.
dengan mematuhi perintah-Ku.
dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku.
supaya mereka menjadi baik serta betul".
///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Nah...
tuan-tuan,
jika kita sahut seruan Allah,
pasti Dia akan beri perhatian-Nya pada kita.
Sebab apa tuan-tuan ?
Sebab dengan menyahut perintah Allah,
maknanya kita sudah bersyukur...
dengan NAFAS DAN NYAWA yang Allah kurniakan pada kita.
Kita hargai nafas kita yang dok sedut tetiap hari.
Nyawa yang Allah bagi ini,
bukannya untuk tambah maksiat...
tapi untuk tambah mendekatkan diri pada Allah Azza Wa Jalla.

Jadi ya maulana sekalian...
apa pelajaran kita hari ini?
Bagaimana nak berterima kasih...
dengan segala pemberian nikmat yang Tuhan bagi ini ?
Bagaimana nak tambah keberkatan dalam hidup kita ?
Bagaimana nak keluar dari kemiskinan dan menuju kepada kekayaan ?
Bagaimana nak jadi kaya...
bertambah kaya ?
Bagaimana nak bagi semua doa kita dimakbulkan Tuhan ?
Iaitu dengan BERSYUKUR KEPADA-NYA

Ya Allah...
daku kurang bersyukur kepada MU ya Allah...
banyak sungguh nikmat yang Engkau berikan kepadaku.
Tapi daku selalu lupakan Engkau...
Segala puji-pujian hanya untukmu Ya Allah...
ALHAMDULILLAH.... 

Semua Artikel Kami,
Kami Lepaskan Dengan Kalimah Wallahualam.
(Hanya Allah Yang Lebih Mengetahui)
=========================================
BUT YET MANY OF YOU ALWAYS DENY !!!
=========================================

Takkan Islam Hilang Di Dunia
Takkan Ahlul Bait Hilang Di Dunia
Takkan Raja2 Beriman Hilang Di Dunia
Takkan Dinar Hilang Di Dunia
Takkan Khalifah Hilang Di Dunia
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

Kuasa Ketiga The Wizard of History






Tengah hari tadi,salah seorang informer saya (psy-ops dalam kerajaan) telah memberitahu tapak ketiga 'piramid' di tengah hutan rimba di negara kita.Tahukah anda,terdapat banyak lagi hutan-hutan rimba di negara kita yang tidak pernah disentuh manusia,sekurang-kurangnya terdapat selang masa 1000 tahun selepas manusia terakhir meninggalkannya dan ia menjadi hutan rimba.Terdapat runtuhan kota yang dinaiki tanah atau terimbus dan menjadi sebahagian bukit-bukau?Ini hanya terjadi kepada tinggalan di tempat-tempat beriklim khatulistiwa dengan jangka masa tapak melebihi 1000 tahun.Apa yang mendukacitakan,'industri' arkeologi Malaysia adalah di tahap pemalas dan pesimis dan ini membantu untuk membantutkan revolusi kronologi pensejarahan kita.Maka alhasilnya,balik-balik Melaka...Melaka...Melaka padahal kita ada sejarah Malay city-statessebelum itu yang menjalankan perdagangan sejauh Trojan dan Hittites,melangkaui Empayar Rom dan Sassanid!

Untuk menghidu aktiviti moyang-moyang kita yang diiktiraf dunia sebagai 'skilled oceanographer',kita perlu menggali banyak rahsia yang tertanam di dalam selat paling tersibuk di dunia,Selat Melaka.Untuk mengetahui apakah yang urusan perdagangan antara 'Tarshish' dan Israel Raya,kita perlukan lebih dari sekadar ahli arkeologi.

Kita perlukan seorang yang boleh menarik petunjuk-petunjuk untuk memimpin kepada rahsia Matahari dan King Solomon's Mines.

Dia yang mempunyai kuasa ketiga...




"Trigger"



The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams
-Eleanor Roosevelt




Saya ingat lagi,ketika di dalam dorm pada suatu petang di sebuah sekolah berasrama terkenal di negeri Perak (?),saya teringatkan kata-kata ibu tentang cerita kapal hantu di Beruas.Kapal hantu ini akan muncul setiap pagi dan petang.Saya tidak tahu adakah benar atau tidak cerita ini.Kemudian ibu memberitahu kapal itu kepunyaan satu kerajaan orang dahulukala atau mungkin kerajaan bunian di Beruas.Saya mendengar begitu asyik tentang cerita ibu.

Apabila saya meningkat remaja,saya telah terbaca di dalam perpustakaan sekolah tentang satu kerajaan yang hilang di Perak,Kerajaan Beruas.Apa yang menarik,kota dan istana kerajaan ini dikatakan diperbuat dari kulit kerang!Seekor kucing mengambil masa 3 bulan untuk berlari di atas atap mengelilingi kota itu.Sehingga kini masih ada timbunan kulit kerang di sana.Saya teringat Majalah 3 ada membuat liputan khas mengenai perkara ini.Apabila saya membaca sebuah eksklopedia tentang Angkor Wat,saya tertanya,jika pembinanya ada keturunan Melayu.Kemudian seorang rakan saya,Nari (jika anda peminat Catatan Srikandi,anda tahu dia ini),tentang salasilah Suryavarman II yang merupakan cicit Suryavarman I,raja Melayu yang memerintah Empayar Khmer.Kemudian saya memikirkan tentang Gunung Ledang yang digelar Mount Ophir oleh orang Barat zaman-berzaman.Dalam satu seminar tidak lama selepas itu,saya diberikan satu jurnal antarabangsa tentang aktiviti arkeologi di Johor tentang penemuan manik-manik sezaman dengan kerajaan Israel Raya (era Nabi Sulaiman a.s) dan Hittites (pernah sezaman dengan Nabi Ibrahim a.s)!





Semua ini membangkitkan satu estim diri tentang 'bakat' yang ada pada diri saya,sebagai seorang pengkaji separa profesional.Bahawa,setiap hipotesis saya,lambat laun akan menjadi kenyataan.Apabila saya bercakap tentang kerajaan dan empayar Melayu sebelum Melaka seawal 2009,kemudian berduyun-duyun artikel di internet dan majalah serta suratkhabar memberitahu hal ini.Kemudian kerajaan mahu merombak silibus subjek Sejarah di sekolah.Ini adalah kenangan manis buat saya apabila usaha NGO saya,punk_historian berjaya melobi kerajaan secara 'indirect persona'.Kuasa ketiga inilah muncul secara 'deria keenam' dalam diri saya,dan ia membantu bukan sepanjang masa namun pada masa-masa tertentu.Anda masih ingat artikel saya tentang seorang dalam kerajaan 'Man in Black' yang menunjukkan foto kota purba dalam satu artikel Catatan Srikandi?Selepas itu cerita tentang piramid di Malaysia semakin hangat.Sehingga dalam satu artikel luar negara,menjelaskan budaya piramid ada di Malaysia selain di Amerika Selatan dan China!Tahukah anda tentang fail-fail kolonial zaman penjajahan dahulu yang dilabel 'confidential','secret' dan 'unexplained' dalam pejabat Gabenor Negeri-negeri Selat?Di mana semua fail ini?Di London.Dan hanya pelajar sejarah bertahap doctorate sahaja yang dibenarkan akses kepada 'sejarah X-File' kita yang direkod kemas di sana.Tahukah anda ketika era penjajahan,sekitar 200 tahun itu,berapa ramai pakar arkeologi,sarjana,pengembara bertahap 'Indiana Jones',ahli sejarah malah pencari harta karun menyelinap di negara kita,lebih tepat lagi di Tanah Melayu ketika itu?Mereka bertebaran di hutan-hutan,bersama-sama para pegawai kolonial,mencari apa yang dikatakan The Lost Civilization yang sebenarnya tertulis dalam catatan pengembara sebelum itu dan di dalam 'Hebrew Scriptures'.Apakah perjanjian antara British dan Tunku Abdul Rahman di London?Apakah perjanjian raja-raja Melayu dan British?Mengapa British tidak menghapuskan sistem beraja Melayu?


Mengapa Queen Elizabeth II mengiktiraf raja Melayu dan setaraf dengannya dan sebenarnya dalam konteks teknikal,negara kita bukan 'annexed' tetapi 'protectorate' oleh British.Biasanya wilayah yang tidak beraja (atau rajanya digulingkan/dibunuh) akan diletakkan terus di bawah pentadbiran British atau 'crown colony' dimana,Queen adalah berhak ke atas wilayah itu.Contohnya seperti British India.Ini adalah contoh wilayah yang 'annexed' atau 'conquered'.Negeri-negeri Selat pula lain,ia diletakkan dibawah gabenor tersendiri,iaitu Gabenor Negeri-negeri Selat.Tetapi negeri-negeri Melayu diletakkan dibawah satu pentadbiran lain dan pentadbiran ini berurusan dengan Sultan-sultan.Dengan kata lain,secara teknikal kita tidak dijajah secara terus tetapi 'dinaungi' (perkara ini pernah jadi isu dahulu).Terdapat satu mitos dalam 'Hebrew Scriptures' itu yang menceritakan tentang 'the gold of Kings' yang disimpan di 'Tarshish'.Adakah anda tahu simpanan raja-raja Melayu?Bahawa ada satu 'key' dalam simpanan mereka dan ini sangat dikehendaki oleh British?

Sejak berabad-abad lamanya,kunci kepada kekayaan Tarshish dan Ophir telah dipindahkan dari satu generasi ke generasi.Kerajaan-kerajaan dunia telah mengambil emas dari lombong-lombong mereka dan ini dicatatkan dalam Injil dan Taurat.Kedudukan lombong-lombong emas ini hanya diketahui oleh para pedagang yang menjadi orang tengah antara pengimport dan pengeksport.Sehingga tempat itu dinamakan 'Suvarnabhumi' dan 'Aurea Khersonese'.Bukan sahaja para arkeologi dan pengembara,malah ahli sihir juga mahukan rahsia dari tempat itu.Bagaimana seorang pengasas fahaman Neo-Pagan di Barat,Wicca,satu kultus sihir moden mendapat ideanya apabila melihat sebilah keris,dan menulis satu jurnal tentang senjata mistik itu.

Jika sesiapa tahu dimanakah Tarshish dan Ophir,maka dia boleh membina empayar seperti yang dilakukan King Solomon.Dan British mahukan ini.



Tahukah anda,Portugis dan Belanda tidak banyak mengaut untung dari penjajahan mereka di Asia Tenggara,ya...dari perdagangan dan hasil bumi mungkin.British mungkin mengaut hasil dari bijih timah dan perladangan selepas memanfaatkan Selat Melaka.Namun,perkara yang di sebaliknya ialah 'the gold of kings'.Ia berbentuk jongkong dan kini telah dicairkan di dalam akaun antarabangsa.Itulah yang dihebohkan oleh orang-orang Sulu.Namun masalah yang dihadapi mereka ialah kaum kerabat sultan yang tamak,belum dicampur oleh individu-individu yang mahu tumpang sekaki.Dan sudah pasti penjajah mereka sebelum itu,Sepanyol dan Amerika mempermainkan mereka.

'The Gold of Kings'....dan setakat ini,raja-raja Melayu di semenanjung bijak menyimpan rahsia dan mematahkan rancangan British,walaupun dalam beberapa kes,mereka telah mengeluarkan beberapa peruntukan dari akaun ini.Dalam 9 orang Sultan,sekurang-kurangnya dua orang yang mewarisinya.Kenapa saya sentuh perkara ini?Sebab sejak artikel King Solomon's Mines keluar di MistisFiles dua tahun lepas,terdapat banyak artikel dan jurnal muncul selepas itu,juga hit di forum-forum tempatan.Saya telah diberikan sebuah artikel tentang mitos The Gold of Kings,kononnya rahsia kerajaan King Solomon membiayai Temple of Solomon.Rahsianya,nama tempat itu identik dalam peta-peta pengembara,tidak berubah berabad-abad lamanya.Apabila orang British pertama 'menemui' Gunung Ledang bersama beberapa penunjuk jalan Melayu,dia menyebut 'this is Mount Ophir'....sebabnya gunung ini adalah 'landmark' penting kepada Ophir dan Tarshish.Ada satu manuskrip pengembara Sepanyol yang kononnya telah berjaya menemui jalan ke Ophir.Pengembara ini juga mencatatkan bahawa bahasa orang-orang di Ophir menyerupai bahasa Yahudi (Hebrew) merujuk kepada bahasa era Srivijaya (Old Malay).



Bertuahnya,saya mempunyai petunjuk kepada 'kunci' itu.Kunci yang sekian lama dimimpikan oleh British dan House of Hanover.

Kuasa saya yang ketiga ini,'trigger' adalah satu bentuk psikologi-kuantum yang merupakan subjek yang dikategorikan dalam paranormal dalam bidang fenomena sosial.Contohnya,jika banyak tabloid menyiarkan berita rogol,keganasan,rompakan atau sebagainya,maka statistik jenayah semakin meningkat.Dalam ilmu spekulator saham atau matawang,ada yang sanggup mengupah wartawan dan syarikat akhbar untuk mewujudkan 'aliran fenomena'.Namun terdapat satu subjek dalam manipulasi kuasa 'trigger' ini,ini dinamakan 'backdoor'.Contoh 'backdoor' ialah mitos atau hikayat tentang kota yang hilang,harta karun tersembunyi atau rahsia terpendam.Siapa yang mampu 'read between the lines' terhadap 'backdoor' ini maka ia dapat menterjemahkan mitos tadi kepada susunan fakta dan petunjuk.



Contohnya hikayat Iliad yang menceritakan tentang Trojan War.Wujudkan Troy pada hari ini?Tidak.Sehingga cerita ini dianggap mitos,Helen of Troy,kisah dua city-states berperang kerana berebutkan seorang wanita cantik.Namun,apabila ahli geologi John C. Kraft dari University of Delaware dan John V. Luce dari Trinity College, Dublin telah mencadangkan tapak terjadinya Perang Trojan itu,maka banyak pihak membuka mata,bahawa hikayat Iliad ada 'something'.Begitu juga dengan Beowulf,satu hikayat setaraf dengan Hikayat Hang Tuah,Beowulf adalah hikayat tentang keperwiraan raja-raja Angles.Angles adalah suku Jerman Kuno yang berhijrah ke England sekarang.Nama 'English','England','Anglo',atau 'Anglia' berasal dari suku ini yang kemudiannya berubah menjadi satu bangsa baru,orang Inggeris.Mereka berasal dari satu wilayah kecil di Jerman sekarang iaitu Angeln.Hikayat adalah 'backdoor' untuk mengetahui rahsia silam.Sebabnya,cara 'frontdoor' seperti kajian,carigali dan sebagainya adalah lambat dan memakan kos yang tinggi.Saya teringat tulisan Raimy Che Ross,

"As with folklore elsewhere,the links between fact and fiction in these tales are tenuous at best.Having no explanation for the existence of these ancient ruins or intriguing natural landmark,popular myths were adapted to rationalize their presence and new one embroidered to enhance them".

Setiap 'backdoor' mempunyai kunci-kuncinya.Salah satunya ialah 'trigger'.I'm will trig which door i want to open...and...open sesame!

Saya rasa cukup di sini sahaja pasal kuasa ketiga.Kuasa keempat saya akan buka selepas habis siri The Origin of The Sea Dragon.Nak cepat baca ATBM kan?

1.Read Between The Lines
2.Cross-reference
3.Trigger
4.Channeling
5.XXXXX
6.XXXXX
7.XXXXX

info ~Srikandi
'Mala Malayu iva Malayam Raja'