Friday, November 2, 2012

Kuasa Kedua The Wizard of History







Lamanya saya berehat.Tension tak?Hmmm...dalam isu yang lepas saya telah menjelaskan kepentingan jurus READ BETWEEN THE LINE.Melalui kuasa Read Between The Line,saya dapat membaca banyak maksud tersirat dari pelbagai sumber bertulis.Anda mahu tahu apa bendanya yang memang banyak kena Read Between The Line?Hikayat-hikayat Melayu.Contohnya dalam Hikayat Merong Mahawangsa,diceritakan kisah Merong Mahawangsa yang membawa putera Rom bertemu puteri China.Dalam penemuan arkeologi sememangnya ditemui syiling-syiling dari Empayar Rom di Oc-eo,Vietnam dan di semenanjung sendiri (contohnya di Johor).Tugas Merong sebagai nakhoda kapal pengangkut barangan dan penumpang menceritakan profesion orang Melayu yang 'glamour' pada masa silam.Dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal,Raja Bedurai Putih adalah perlambangan kepada kuasa Eropah.'Bedurai' adalah dari 'wizurai' dan ini diambil dari kata 'viceroy' bermaksud 'wakil raja'.Dalam Sulalatus Salatin,juga memang kaya dengan maksud tersirat.Watak 'Raja Suran' yang menyerang negarakota-negarakota Melayu adalah satu fenomena yang biasa di semenanjung,contohnya serangan Srivijaya,Rajendra Chola dan serangan Tambralingga (kemudiannya bergelar Sri Dharmaraja),dan juga apabila kuasa British dan Belanda datang,juga melambangkan serangan kepada semua negeri-negeri Melayu.Dalam konteks ini,saya cenderung kepada Srivijaya dan Tambralingga,kerana kedua-duanya adalah kerajaan Melayu,sementelah Raja Suran dinyatakan moyang kepada raja-raja Melayu.

Ok,sekarang saya dedahkan kuasa kedua saya.Kuasa kedua saya ini memang berbisa dan menunjukkan kehebatannya di saat-saat saya buntu memikirkan kes-kes sejarah yang tiada kronologi atau terputus kronologinya (sanad terputus bak kata ustaz Hadis).Kuasa kedua ini adalah 'magik' paling berguna ketika saya di luarnegara mengkaji rekod-rekod para emperor,raja-raja,pengembara,conquistador,pegawai kolonial,artisan,penulis riwayat dan sebagainya.

Kuasa Kedua saya ialah...
















"Cross-Reference"


The past is really almost as much a work of the imagination as the future.
-Jessamyn West



Katakan anda terjumpa perkataan 'leverage' dalam buku ekonomi.Kemudian anda terjumpa perkataan yang sama ketika menonton filem Pirates The Caribbean:The World's End.Kemudian seorang rakan anda yang terkenal dalam bidang tukaran wang asing (forex) menyebut perkataan yang sama ketika lepak-lepak di warung.Kemudian anda terjumpa perkataan yang sama juga dalam satu manual perkakasan rumah.Apakah maksud semua ini?

Anda baru sahaja membuat 'cross-reference'.

Cross-reference atau rujuk-silang adalah satu kemahiran biasanya ada untuk menyiasat sesuatu perkara.Penyiasatan jenis ini berpaksikan mencari persamaan dua atau lebih perkara berdasarkan satu atau beberapa kata kunci.Kata kunci ini digunakan untuk mencari perkaitan dua atau lebih perkara tersebut.Dalam dunia jaringan web,hiperlink adalah satu perkakas rujuk-silang,dimana para pelayar web dapat mengklik pautan dalam satu-satu artikel dan merujuk-silang ke artikel atau dokumen lain.

Saya banyak menggunakan kemahiran ini apabila mula diberi tugasan dalam satu-satu topik.Kemudian apabila membuat sedikit kajian dan bacaan,saya mula mencari-cari katakunci yang sesuai untuk dirujuksilang ke dokumen lain.Dalam hal ini amat penting ditekankan bahawa memiliki koleksi pengetahuan yang tinggi dan luas pembacaan adalah modal terbesar memudahkan kuasa kedua saya ini dimanfaatkan sepenuhnya.

Salah satu contoh kejayaan 'cross-reference' adalah ketika para ahli linguistik mahu mengkasifikasikan kumpulan bahasa-bahasa di dunia.Sebagai contoh,dengan berpandukan catatan pengembara dan pengkaji sejarah,para ahli linguistik mampu membuat deduksi persamaan bahasa-bahasa yang dikategorikan sebagai Indo-European.

Contohnya surat Thomas Stephens,seorang mubaligh Jesuit kepada abangnya yang menyatakan persamaan bahasa Konkani,bahasa pertuturan di Goa,India dengan bahasa Greek.Namun sebelum itu, Filippo Sassetti,seorang pedagang Itali telah menyatakan hubungan bahasa-bahasa Eropah dengan Sanskrit.Dalam tulisannya tahun 1585,dia menyatakan persamaan itu seperti deva/dio "God", sarpa/serpe "serpent", sapta/sette "seven", asta/otto "eight", nava/nove "nine" (dimana perkataan pertama ialah dalam bahasa Sanskrit,kedua Itali dan seterusnya Inggeris).

Kita maklum bahasa Sanskrit bukanlah bahasa yang benar-benar 'indigenous' India,banyak catatan mengatakan bahawa ia dibawa oleh kaum Aryan bersama-sama kepercayaan dewa-dewi Hindu.Kambojas,Yavanas,Pahlavas dan Hunas sebagai contoh adalah bangsa-bangsa asing yang sering menyerang perbatasan India.Sanskrit adalah 'parent language' dengan Avestan,bahasa keagamaan Majusi,agama Iran Purba.Sanskrit memang berbeza dengan Hindi atau Tamil,bahasa pertuturan umum India,dengan mengenepikan faktor pengaruh bahasa Sanskrit ke atas bahasa-bahasa India.Sanskrit adalah asli bahasa kaum Arya,iaitu nama yang diberi kepada bangsa Iran Purba.Perkataan 'arya' itu sendiri muncul dalam Inskripsi Behistun berusia abad ke-6 Sebelum Masehi di Kermanshah di Iran.Ia dipahat atas arahan Darius The Great.



Berdasarkan teknik 'cross-reference' melalui pelbagai sumber para ahli linguistik menyimpulkan bahawa terdapat hubungan unik antara bahasa Sanskrit dan bahasa-bahasa Eropah.Katakuncinya ialah bahasa Avesta.Kita memahami bahawa bahasa-bahasa di India dipengaruhi Sanskrit,sebagai 'wakil' kepada kumpulan bahasa Iran Purba.Tetapi bagaimana dengan bahasa-bahasa Eropah?Nampak di sini bahawa orang-orang Eropah Purba juga mengalami pengaruh dari bahasa Avestan.Jadi kita boleh simpulkan bahawa kawasan sekitar Iran dan Asia Barat pernah menjadi 'single home' manusia pada masa dahulu,atau pusat aktiviti manusia.Bagaimana dunia sebelah Timur?

Bagaimana dengan bahasa Cina dan Melayu?Apabila kajian Genome mendapati bahawa pergerakan manusia di Timur Jauh sebenarnya dari selatan ke utara,ini menunjukkan segala teori mengarut bahawa kebanyakan manusia bergerak dari China ke tempat lain adalah SEPENUHNYA SALAH sama sekali.Dan ini membenarkan perlahan-lahan akan Teori Sundaland dan Mu,yang mana kebanyakan orang tidak mempercayainya.Bayangkan Asia Tenggara adalah 'cradle of civilisation'.Sebab itu ramai pengkaji antropologi Barat angkat tangan apabila ingin mengkaji orang Melayu dan kelompok Austronesia.Kita adalah 'the ancient & mysterious nation' yang masih 'survive'.



Pompeii misalnya muncul dalam dua surat Pliny The Younger,seorang penulis dan majistret Empayar Rom kepada rakannya Tacitus,seorang ahli sejarah.Surat-suratnya yang disebut 'Epistles' ini adalah khazanah paling berharga menyebutkan tentang penyaksian letupan gunung berapi Vesuvius,di mana Pliny menyebutkan secara terperinci keadaan letupan itu dan ini memacu keinginan serta keyakinan ahli sejarah dan arkeologi untuk menggali kota Pompeii yang hilang itu.Jika tidak kerana 'cross-reference' Pliny dan beberapa riwayat para penulis sejarah Rom maka mungkin sehingga ke hari ini Pompeii masih tertimbus di dalam tanah.

Petra,sebelum diwar-warkan oleh pengembara Sweden,Johann Ludwig Burckhardt adalah kota yang hilang kerana terletak di celah-celah gunung.Sebahagian kota juga tertimbus,seperti The Great Temple of Petra.Namun semasa tinggal sekitar 2 tahun di negara-negara Arab,Burckhardt telah mendengar pelbagai sumber,sama ada dari cerita-cerita hikayat,catatan pengembara sehingga kepada sumber-sumber bertulis mengenai 'kota kaum Arab purba' yang hilang.Ketika itu,pandangan masyarakat Barat tentang orang Arab adalah seperti era Jahiliah dahulu,iaitu kaum yang tidak punya apa-apa,sementelah telah beratus tahun keruntuhan empayar-empayar Islam di bawah pentadbiran raja-raja Arab serta kekhalifahan telah berpindah kepada bangsa Turki.Jika bukan sebab sejarah Islam,orang Arab tidak punya apa-apa catatan tamadun agung sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.Ramai tertawa dan mengejek apabila diceritakan tentang kaum Arab purba yang memahat kota di gunung-gunung batu.Namun Burckhardt tidak mempedulikan semua itu,apabila percaya sumber-sumber berita tentang kota itu adalah benar.

Selama tinggal di Syria,Burckhardt mengunjungi Palmyra,Damsyik,Lebanon dan membuat beberapa perjalanan kembara lainnya di wilayah tersebut.Salah satu perjalanan,di Jordan sekarang,dia akhirnya berjaya menemui kompleks peninggalan yang menakjubkan;Al Khazneh di Petra yang tidak ditemui selama lebih 1000 tahun.Penemuan ini kemudiannya telah berjaya mendedahkan sejarah kaum Arab purba itu;yang dipanggil Nabatean.Kaum ini adalah Arab asli dan mereka juga menyembah tiga Tuhan Arab Jahiliah yang popular Al-Lata,Al-Manat dan Al-Uzza.Ini telah mengubah pandangan ahli sejarah tentang bangsa Arab.Selepas kejatuhan Nabatean ke tangan Rom pada tahun 106 masehi,orang Arab telah jatuh ketamaduannya.Kaum Nabatean juga telah pupus perlahan-lahan apabila mula memeluk agama Kristian dan menukar bahasa dan tulisan mereka kepada tulisan Greek dan berbahasa Latin Rom.

Cuba anda bayangkan,tentang kewujudan Pan-Pan,Chih-Tu dan kota bertembok tinggi dan dua pintu gerbang (Langkasuka) seperti yang muncul dalam rekod imperial China.Sebagaimana orang Barat terkejut bagaimana orang Arab Nabatean boleh membina Petra walaupun tanpa 'quote' yang jelas dari mana-mana riwayat,tamadun kita diriwayatkan DENGAN JELAS oleh dinasti-dinasti imperial China.Bijak tak moyang kita hantar duta ke Maharaja China?Memang hari ini kita tak nampak peninggalan kota-kota kerajaan city-states kita,tapi dakwat tukang tulis istana Maharaja China masih pekat lagi.Biar kota dan istana kita hancur rata jadi padang jarak padang tekukur,namun transaksi bisnes maritim kita selamat tersimpan dalam rekod dinasti China.Alhamdulillah,emperor-emperor China zaman dahulu tidak dijangkiti penyakit Ultrakiasu,jika tidak mungkin segala bukti tamadun maritim kita dipadamkan atau sengaja tidak dicatatkan kerana kedengkian yang tidak berkesudahan.

Saya sudah bercerita tentang Srivijaya,dan empayar ini muncul dalam sejarah dunia hanya disebabkan oleh beratus-ratus 'cross-reference' dari Arab,Parsi,India,China dan kaum-kaum di Asia Tenggara termasuk suku-suku Austronesia sendiri.Memang ada bukti fizikal seperti Borobudur dan candi-candi di Thailand serta berpuluh-puluh prasasti,namun nak mengaitkan dengan nama satu empayar maritim yang pernah mendominasi transaksi perdagangan antara Barat dan Timur adalah amat payah.Orang Arab menggelarnya Sriboja,Parsi pula memanggilnya Sribuza atau Bhoga,rekod Pali dan Sinhala sebagai Javaka,belum lagi masuk rekod China dengan pelbagai nama mengikut dinasti-dinasti yang memerintah.

Saya menemui sejarah tua bangsa Melayu di tanah besar (semenanjung hingga Indochina) juga berdasarkan 'cross-reference'.Saya menemui rekod Khmer tentang nama 'Malayu' paling tua tercatat dalam Prasasti Han-chey berusia abad ke-6 Masehi,era kejatuhan Funan.'Malayu iva Malayam raja' adalah sebaris ayat sakti yang benar-benar mengagumkan saya,mengapa Bhavavarman II,raja Khmer dari dinasti Chenla menggelarkan dirinya 'Raja Mala dari Malayu'.

Saya rasa cukup setakat ini sahaja,nanti saya berceloteh pula pasal kuasa ketiga saya.Ini lebih menarik sebab melibatkan dera keenam.Saya telah beritahu dalam 4 kuasa saya yang mahu didedahkan,dua bersifat konkrit dan dua bersifat psikologi.

Harap bersabar ya.

Sebelum tu,saya dah ada fanpage saya sendiri,ada badge kat sidebarsebelah.Di blog RiwayatMelayu pun ada.Jengukla ramai-ramai.'Like' sekali.Nak 'hate' pun boleh,kalau bolehla...

:D


Info ~Srikandi
The History of Thy Beloved

No comments:

Post a Comment