Friday, June 10, 2011

Rahsia Mimpi anda.......




Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertaqwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-36 yang bersidang pada 15 Dec 1994 telah membincangkan Mimpi Dari Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa :
  1. Mimpi seorang nabi dan rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar. 
  2. Mimpi orang ramai di zaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus di zaman semasa Baginda masih hidup.
  3. Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasulullah S.A.W.
  4. Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketiga ialah mimpi khabar gembira dari Allah S.W.T. Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak. Mimpi orang awam bukan hujah terhadap satu hukum atau berita atau satu kenyataan.

Berikut adalah tafsir mimpi dalam Islam yang berkaitan Peristiwa atau Kejadian
  1. Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
  2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
  3. Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
  4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
  5. Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
  6. Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
  7. Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
  8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
  9. Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain
  11. Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
  12. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
  13. Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala
  14. Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
  15. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
  16. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
  17. Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat
  18. Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
  19. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
  20. Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
  21. Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan
  22. Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
  23. Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.
  24. Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
  25. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
  26. Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
  27. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
  28. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
  29. Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
  30. Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
  31. Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
  32. Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita
  33. Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
  34. Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
  35. Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
  36. Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
  37. Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
  38. Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar
  39. Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
  40. Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
  41. Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
  42. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
  43. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
  44. Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
  45. Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
  46. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
  47. Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
  48. Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
  49. Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
  50. Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  51. Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
  52. Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah SWT
  53. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
  54. Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
  55. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.

Thursday, June 9, 2011

Piramid Tersembunyi di dasar lautan JEPUN



 PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN
Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel
Writter : MistisFiles Editor/Photo : MacJay.Net
[Kali terakhir disunting pada 30/4/2011. Turut disertakan beberapa informasi baru.]

Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah  : mata, batu dan air.
Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.
Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.
Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa lagi. 

MISTERI GEN BANGSA MELAYU

Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.

Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf? Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.

Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!

Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama. 

MELAYU - THE LOST TRIBE
Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.

Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba.

'The Lost Tribe' adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang. Juga Bumi Mala. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Prof Ralph Olssen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, yakni anak kepada Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf mempunyai dua orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum Satanic-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof, ajaran wahyu dari kitab Taurat. Pada istilah hari ini, mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.

Imbauan : Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :-
ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,
Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat. 
Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran HiMalaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.

Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini.Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.
Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari : 
  • UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting) 
  • TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor) 
  • TIMUR (funan, okinawa, sulu,)  
  • SELATAN (sumatera, riau, jawa)
Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :
"Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut."
-Nostradamus
Dibawah ini saya sertakan sebuah video dokumentari penemuan piramid misteri di Yonaguni, Jepun :

Dibawah ini pula adalah beberapa buah gambar yang telah berjaya dirakamkan oleh Gary Hagland (underwater photographer), Tom Holden (videographer) dan "C" Hagland (underwater videographer) :
-klik untuk besarkan-

Wednesday, June 8, 2011

Dialog parlimen 25/10/1978 : tentang freemanson


Hari Rabu 25hb Oktober, 1978

PENYATA RASMI PARLIMEN
PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN RAKYAT

House of Representatives

PARLIMEN KELIMA
Fifth Parliament

PENGGAL PERTAMA
First Session

FREEMASON

Perdana Menteri (Dato: Tuan Yang di-Pertua, saya faham. Benarkan saya menjawab Sungguhpun ada asal usul berkaitan dengan Nabi Allah Sulaiman, apabila Ahli Yang Berhormat membangkitkan samada ada hubungan dengan Zionism dalam hubungan sekarang ahli-ahli Freemason tak ada bukti yang menunjukkan mereka yang ada sekarang ini ada hubungan dengan kumpulan Zionism itu.

4. Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bertanya kepada Perdana Menteri menyatakan secara lengkap:

(a) apakah jenayah yang dilakukan oleh seorang ahli Freemason, yang memerlukan ia bertaubat dan menjauhkan diri
dari kumpulan itu; dan

(b) samada pihak yang berkenaan baru saja sedar berkenaan dengan jenayah-jenayah itu setelah selesai kajian dibuat
oleh Bahagian Ugama di Jabatan Perdana Menteri. Jika kesedaran itu telah lama diketahui mengapa baru sekarang orang ramai dinasihatkan supaya bertaubat dan menjauhkan diri dari pertubuhan itu.

Perdana Menteri:

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan (a), seseorang Islam yang memasuki pertubuhan Freemason akan melibatkan dirinya dalam perkara-perkara yang boleh merosakkan akidahnya sebagai orang Islam. Oleh yang demikian, ia adalah melakukan amalan yang menyalahi ajaran ugama Islam.

Mengenai soalan (b), Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada bulan Ogos tahun ini telah melantik sebuah
jawatankuasa untuk mengkaji tentang kegiatan-kegiatan Freemason. Setelah menjalankan kajiannya, Jawatankuasa itu berpendapat bahawa kegiatan Freemason pada keseluruhannya adalah bertentangan dengan akidah Islam. Selepas ada pengesahan dari Jawatankuasa itu, maka barulah orang-orang Islam dinasihatkan supaya menjauhkan diri dari pertubuhan itu, atau sekiranya telah melibatkan diri supaya menarik diri dan bertaubat.

Tuan Yang di-Pertua, molek juga saya mengambil kesempatan ini memberi keputusan-keputusan Jawatankuasa yang saya sebutkan itu. Berdasarkan kepada kajian yang teliti dan mendalam oleh Jawatankuasa itu mengenai Freemason, maka keputusannya adalah seperti berikut:

(1) Freemasonry adalah suatu kepercayaan yang berdasarkan ketuhanan.

(2) Ugama bagi Freemasonry adalah hak peribadi.

(3) Freemasonry tidak mengakui nama sebarang Tuhan tetapi mempercayai adanya suatu Kuasa iaitu Supreme Being.

(4) Konsep ketuhanan Freemasonry adalah berdasarkan konsep rubu-riak, iaitu mempercayai adanya Tuhan tetapi tidak mengikut syariat mana-mana ugama.

(5) Amalan dalam Freemasonry terbahagi dua. Pertamanya amalan upacara (ritual) dan kedua, amalan kemasyarakatan
di antara ahli-ahli. Amalan upacara mengikut mereka adalah amalan berpunca dari adat-istiadat di zaman Nabi Allah Sulaiman seperti sewaktu bersumpah dengan berkaki ayam, menyinsing kaki seluar sebelah kanan, meletakan seutas tali di leher, menghunus pedang ke dada dan sebagainya. Amalan sosial ialah memberi pertolongan kepada ahli-ahlinya sahaja dengan menggunakan code rahsia atau pertolongan kepada sebarang pertubuhan yang difikirkan sesuai oleh mereka. Freemasonry juga mengadakan upacara perjumpaan yang berkala diantara ahli-ahlinya untuk meyakinkan ahli-ahlinya bahawa ajaran Freemasonry adalah yang paling tinggi mengatasi segala ajaran ugama.

(6) Matlamat Freemasonry mewujudkan satu fahaman yang dapat mengatasi segala konsep ugama yang bertujuan membentuk kekuasaan sejagat tanpa ugama yang tertentu.

Dengan berdasarkan kesimpulan di atas maka Jawatankuasa itu berpendapat bahawa Freemasonry pada keseluruhannya bertentangan dengan akidah Islam.

Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat:

Oleh kerana memandangkan bahawa Freemason itu begitu bahaya dan menyentuh akidah Islam, maka apakah satu cara bertaubat yang perlu diberikan kepada orang ramai supaya orang ramai sedar bahawa dengan cara bertaubat ini sahajalah ia akan bersih daripada dosa yang begitu besar?

Yang kedua, bagaimanakah pandangan Kerajaan bahawa terdapat di antara pemimpin-pemimpin tanahair kita khususnya
pemimpin-pemimpin setengah-setengah badan dakwah yang menjadi ahli Freemason.

Perdana Menteri:

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan pertama, Kerajaan telah menerangkan pendapat Jawatankuasa
ini dan mana-mana ahli samada orang-orang dalam Kerajaan ataupun di luar Kerajaan, dengan keterangan yang diberi oleh Jawatankuasa yang saya sebutkan tadi iaitu pertubuhan Freemason itu adalah bersalahan dengan akidah ugama kita, maka itulah diminta kalau belum tercebur di dalamnya supaya jangan tercebur dan jika telah tercebur
di dalamnya hendaklah bertaubat dan cara bertaubat itu kita mengikutlah cara yang biasa kita bertaubat.

Datuk Haji Abu Bakar bin Umar:

Soalan tambahan. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengharamkan dari segi undangundang terhadap pertubuhan Freemason yang ada di dalam negara kita sekarang?

Perdana Menteri:

Tuan Yang di-Pertua,masalah itu pun dikaji juga daripada segi undang-undang dan didapati tidak ada sebab-sebab yang boleh mengharamkan pertubuhan seperti ini, kerana yang dikatakan salah ini ialah salah daripada segi merosakkan akidah bagi orang Islam, tetapi bagi yang bukan Islam dia tidak menjadi soal dan tidak ada kelihatan sebab-sebab yang kita boleh mengharamkan dari segi undangundang pertubuhan ini.

Tuan Haji Mohd. Idris bin Haji Ibrahim:

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya hendak bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam kajian Jawatankuasa Bahagian Ugama mengenai masalah Freemason ini, dapatkah atau tidak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjelaskan:

Pertama, sejauh manakah pengaruh Freemason ini wujud di dalam negara kita?

Kedua, berapa banyakkah orang-orang atau berapa ramaikah orang-orang yang betul-betul terlibat dalam gerakan
Freemason ini?

Perdana Menteri:

Tuan Yang di-Pertua, Freemason sudah wujud di negara kita selama 150 tahun mulai di Pulau Pinang dan tak ada bukti-bukti yang menunjukkan iaitu dengan tertubuhnya pertubuhan itu ia mengancam negara kita samada dari segi sosial ataupun keselamatan. Itulah yang saya katakan tadi tak ada sebab yang kita boleh mengharamkan pertubuhan itu dari segi undang-undang.

Berkenaan dengan bilangan orang-orang yang terlibat iaitu orang-orang Islam, saya tak dapatlah memberi butirnya dan saya berkehendakkan notis.

Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat:

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kalau tak silap saya dalam bulan Julai yang lepas, satu jawapan diberi oleh pihak Kerajaan bahawa Freemason ini tidak ada hubungannya dengan Zionism tetapi daripada jawapan yang kita dengar hari ini timbul nama Nabi Allah Sulaiman yang dengan sendirinya ada hubungan dengan Yahudi. Soalnya manakah di antara satu jawapan yang boleh dipegang?

Tuan Yang di-Pertua:

Yang terbaru sekali, yang dahulu itu belum selesai lagi penyiasatan oleh Jawatankuasa yang berkenaan.

Perdana Menteri:

Tuan Yang di-Pertua, saya faham. Benarkan saya menjawab Sungguhpun ada asal usul berkaitan dengan Nabi Allah Sulaiman, apabila Ahli Yang Berhormat membangkitkan samada ada hubungan dengan Zionism dalam hubungan sekarang ahli-ahli Freemason tak ada bukti yang menunjukkan mereka yang ada sekarang ini ada hubungan dengan kumpulan Zionism itu.

Datuk Haji Abu Bakar bin Umar:

Soalan tambahan. Dalam kajian Jawatankuasa berkenaan Freemason ini dapatkah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menerangkan kepada Dewan ini kenapakah kalau kita tengok senarai ahli-ahli Freemason itu keseluruhannya terdiri daripada orang-orang besar, gajinya mahal ataupun negarawan pun ada dan tidak ada pula termasuk orang-orang yang kecil-kecil macam saya.

Tuan Yang di-Pertua:

Ini kecil badankah atau kecil apa?

Datuk Haji Abu Bakar bin Umar:

Pangkatnya besar. Kenapakah orang-orang yang mempunyai kedudukannya yang tinggi dalam masyarakat dan dalam mencari ahli tak mahu pula mengambil ahli yang tidak ada kedudukan dalam masyarakat.

Perdana Menteri:

Itu wallahualam bissawab (Ketawa).

Tuan Haji Mohd. Idris bin Haji Ibrahim:

Soalan tambahan. Saya hendak bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengikut kajian kita tahu Freemason telah wujud dalam negara kita lebih dari 100 tahun, setakat pengetahuan dalam kajian, adakah pergerakan ini pernah mengancam keselamatan negara dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua:

Sudah dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi.

Tuan Mohd. Nakhai bin Haji Ahmad:

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Oleh kerana di dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menasihatkan angkatan muda supaya jangan mudah terpengaruh dengan fahaman asing yang menyekat kebebasan, tidakkah menerusi pergerakan Freemason ini dapat dijadikan oleh setengah golongan sebagai saluran untuk menyebarkan fahaman asing yang berbahaya itu? Kedua, tidakkah Kerajaan mencurigai bahawa dengan mempengaruhi orang-orang atasan sebagai anggotanya, ini boleh menimbulkan ataupun boleh mempengaruhi dan dapat dijadikan saluran untuk mempengaruhi pentadbiran dan dasar-dasar dalam negeri walaupun dengan secara tidak langsung.

Perdana Menteri:

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan pertama, saya katakan tak ada bukti yang menunjukkan iaitu pertubuhan ini ada pengaruhnya dan boleh mendakyah atau influence dasar luar atau polisi luar negeri di dalam negara kita.

Berkenaan dengan ahli-ahlinya, kita juga tak ada bukti yang menunjukkan ahli-ahli ini adalah terpengaruh sampai boleh terkeluar daripada tanggungjawab dan taat setianya kepada negara kita ketika dia menjalankan tugasnya. Bukti-buktinya tidak ada. Jikalau ada, tentu tindakan akan diambil atas seseorang itu, bukan atas pertubuhan itu.

Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat:

Bolehkah pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersetuju dengan saya bahawa bila seseorang berkeyakinan bahawa tidak ada Tuhan yang bernama Allah bahkan Tuhan itu begitu sahaja—self-free, maka kita berkeyakinan ini boleh mempengaruhi hidupnya dan hidup orang yang di bawahnya dengan cara menyiarkan fahaman atheist
atau fahaman ilhak, free thinker dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua:

Ini soalan Tauhid. Mengikut Standing Order 23 (i) tak bolehlah tanya fikiran. Saya bacakan:

"Sesuatu pertanyaan tidak boleh dikeluarkan dengan tujuan hendak mendapatkan buah fikiran "
dan panjang lagi. Saya bacakan setakat itu.

Puan Shariffah Dorah binti Mohammed:

Soalan tambahan. Bolehkah Yang Amat Berhormat. Perdana Menteri menerangkan bahawa adakah benar Lions Club dan Rotary Club ini di mana tempat kegiatan Freemason ini berselindung?
Tuan Yang di-Pertua: "Ini sudah terkeluar daripada Freemason. Rotary Club dan Lions Club sudah berlainan."

Tuan Yang di-Pertua:

Ini sudah terkeluar daripada Freemason. Rotary Club dan Lions Club sudah berlainan.