Wednesday, December 7, 2011

Catatan SriKandi 9





Catatan Srikandi IX





"Follow your heart,Srikandi..."







Subuh tadi setelah selesai menyiapkan tugasan saya,tanpa saya sedari saya terlelap di depan komputer riba saya.Di luar hujan renyai-renyai.Dalam keadaan amat mengantuk itu saya tiba-tiba teringatkan satu peristiwa yang menyentuh hati saya ketika lawatan ke Thailand 2 tahun lepas.Suasana sejuk subuh itu mengingatkan apa yang saya rasai di sebuah tanah perkuburan di Thailand.

Dua tahun yang begitu memenatkan.Dua tahun setelah pengembaraan saya ke Eropah.Minat saya terhadap sejarah Melayu memungkinkan segala-galanya.Kehadiran saya dalam satu seminar sejarah di sebuah universiti luar negara menarik minat sekumpulan think tank negara yang bergerak secara persendirian.Ada sesuatu yang saya miliki yang membuatkan mereka mendekati saya.

Sejarah Malay city-states adalah penuh misteri.Dari negarakota-negarakota Melayu inilah munculnya 9 negeri-negeri Melayu di dalam Malaysia pada hari ini yang mempunyai raja masing-masing.Negarakota-negarakota Melayu inilah nenek moyang kepada semua negeri-negeri Melayu ini.Dalam catatan Khmer ia disebut sebagai 'Malayang' yang bermaksud 'negeri Malayu'.Sehingga ada direkodkan bahawa raja Angkor pernah berurusan dengan seorang pemerintah Malayang di kawasan yang dikenalpasti oleh pengkaji Kemboja sebagai Battambang pada hari ini.Dari sekian banyak 'Malayang' ini yang bertaburan dari Singapura,semenanjung hingga ke Segenting Kra menembusi Thailand dan Kemboja pada hari ini,kini tinggal 9 negeri dan 1 negeri yang kini menjadi Negara Brunei Darussalam,mempunyai kedaulatannya sendiri.Saya belum menulis tentang negeri-negeri Melayu di Kepulauan Indonesia,terutamanya di Sumatera.Maka dari sekian banyak warisan Malay city-statesini,hanya 10 negeri yang benar-benar berkuasa mewarisi kedaulatan empayar dapunta dan maharaja sejak kira-kira 2000 tahun yang silam.

Sistem beraja Melayu adalah antara yang paling tua dengan Kesultanan Kedah antara kesultanan tertua di dunia.Kita di Malaysia mungkin tidak tahu menahu tentang adakah orang Melayu pernah menjalankan perdagangan maritim pada abad pertama Masehi,namun rekod tentang aktiviti kita pada masa lampau memang 'meriah' di luar negara.Terutamanya dalam rekod-rekod imperial China.Raja-raja Melayu purba bijak menghantar duta-duta ke negara China,dengan pengetahuan bahawa di istana China memang terdapat tukang tulis yang akan merekodkan aktiviti istana dan akan disambung walaupun berpindah dari dinasti ke dinasti.Jadi tindakan ini bukan sebagai tanda mereka lemah atau tanda sebuah penyerahan (submission) tetapi cara untuk merekodkan kewujudan mereka,kewujudan tamadun Melayu,kewujudan keturunan kita di masa lampau supaya generasi Melayu era nuklear dan teknologi maklumat pada hari ini tidak berasa rendah diri malah bersemangat untuk terus maju ke depan.

Siapa yang tahu tentang kesahihan kerajaan Langkasuka?Nama Langkasuka memang popular dalam kesusasteraan Melayu (Hikayat Merong Mahawangsa contohnya) dan Jawa (Kakawin Negarakertagama),namun orang yang dungu dan pesimis di kalangan kita menganggap Langkasuka adalah dongeng atau kerajaan khayalan.Namun apabila ditemui dalam rekod era Dinasti Liang (abad ke-6) Masehi yang mengatakan terdapat sebuah kerajaan bernama 'Lang-ya-xiu' terletak di semenanjung,maka nama Langkasuka tadi yang tercatat dalam hikayat-hikayat Melayu tiba-tiba menjadi sensasi dan trivia!

Malah dalam rekod Dinasti Liang tadi mengatakan bahawa kerajaan purba ini telah wujud sejak abad pertama Masehi lagi!

Bila ada anak-anak Melayu yang buta sejarah (saya lebih maksudkan mereka yang berpelajaran,ada yang menjadi pemimpin politik) mempertikaikan sejarah bangsa mereka sendiri,adakah mereka akan percaya apabila saya suakan hikayat-hikayat Melayu sebagai bukti kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu silam?Sudah tentu tidak.Pendidikan luar negara mereka mengatakan bangsa mereka sebagai 'barbarian' dan 'uncivilized'.Mereka pula mengatakan sejarah Melayu adalah mitos dan dongeng.Namun apabila saya ketuk kepala-kepala mereka dengan rekod-rekod imperial China ini seperti Book of Song,Book of Liang,Book of Wei,Book of Sui dan lagi dan lagi maka adakah mereka akan tersedar?Adakah mahu saya hentak kepala mereka dengan batu-batu bersurat atau prasasti itu?Mahukah saya rebus semua catatan-catatan pengembara China seperti Chi Tu Gou Ji,Chan Chun,Pei Su dan Chao Ju Kua kemudian memaksa semua 'cendekiawan-cendekiawan' (atau cendawan) ini menelan air rebusan tadi panas-panas??

Kebodohan sesetengah dari kita adalah kerana terlalu selesa menjadi pekak,bodoh dan bisu di dalam tempurung yang dibuat khas ketika era kolonial untuk kita.Tak kiralah kita berpendidikan dalam atau luar negara,namun kalau sudah terjajah pemikiran,maka yang keluar dari mulut dan tangan yang menaip adalah ekspresi minda yang terjajah dan terkongkong dengan 'inferiority complex'.

Salah satu ciri pemikiran terjajah ialah sibuk mengaitkan Hang Tuah dengan orang Cina,mengaitkan orang Melayu berasal dari India dan Yunnan di China dan mengatakan bahasa Melayu berasal dari Sanskrit.

Bahasa Inggeris yang pekat dengan istilah Jerman Kuno dan mempunyai hubungan dengan Sanskrit tidak pula sibuk-sibuk dikatakan berasal dari Sanskrit.Pernah tak belajar lingustik tentang kelompok bahasa yang dinamakan Indo-European?Kalau anda belajar tentang kelompok bahasa ini anda mungkin terkejut apabila mengetahui bahawa bahasa-bahasa Eropah mempunyai kaitan dengan bahasa Sanskrit.Rekod pertama tentang kaitan antara Sanskrit dengan bahasa-bahasa Eropah ialah catatan Filippo Sassetti,seorang pedagang Itali yang mengatakan terdapat banyak perkataan Sanskrit yang punya perkaitan dengan bahasa Itali seperti deva/dio (God),sarpa/serpe (serpent), sapta/sette (seven).

Kita ambil contoh perkataan ibu dalam bahasa Inggeris ialah 'mother'.Old English disebut 'modor'.Dalam Sanskrit disebut sebagai 'mater',bahasa Iran disebut 'matar' manakala bahasa Celtic disebut 'mathir'.What the hell of this?

Sebab itu bahasa Inggeris dikelompokkan dalam satu kategori linguistik yang sama dengan Sanskrit.Ini BARULAH BETUL dikatakan English berasal dari Sanskrit atau Sanskrit berasal dari English.TETAPI BAHASA MELAYU BERADA DALAM KELASNYA YANG TERSENDIRI.Bahasa Melayu berada dalam kelompok Malayo-Polynesia dan berada dalam kelompok besar Austronesia apabila ditemui bahasa pribumi Taiwan mirip bahasa-bahasa Nusantara.

Pengaruh Sanskrit dalam bahasa Melayu adalah kerana interaksi antarabangsa BUKAN kerana bahasa Melayu berasal dari Sanskrit.Anda mungkin terkejut bukan sahaja terdapat pengaruh bahasa Sanskrit malah istilah Phoenicia,Ibrani (ancient Hebrew) dan Mesir Kuno (ancient Egypt) masih tertinggal dalam bahasa Melayu!

Ini bermaksud terdapat interaksi antarabangsa antara bangsa Melayu dengan bangsa-bangsa purba di dunia.Di antara istilah-istilah pengaruh asing ini terdapat istilah-istilah yang bukan berasal dari mana-mana namun mempunyai keunikan dan keasliannya yang tersendiri.Dan ini meletakkan kelas bahasa Melayu dalam kelompoknya yang sendiri,dari Madagaskar hingga Polynesia.

"Siti,saya ingin nyatakan kepada kamu,apa yang kamu lihat nanti adalah rahsia negara saya.Kamu boleh tulis sedikit tentangnya,tetapi bukan semua," Pong berkata saya ketika saya di depan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand 2 tahun yang lalu.




Saya mengangguk perlahan,sambil merenung ke arah Phaya Tani (Seri Patani),sebuah meriam besar peninggalan kerajaan Patani.Tanpa saya sedari saya melangkah meninggalkan Pong dan menuju ke arah meriam besar itu.Saya mengusap-ngusap meriam besar itu.Tiba-tiba saya merasakan seolah-olah saya sebagai seorang pemerintah sebuah kerajaan.Sebagai Yang Mulia Ratu Biru.Saya merasakan saya sedang memeriksa meriam besar itu yang dibuat atas arahan saya untuk menghadapi ancaman luar.Ah,ini pengaruh filem Queens of Langkasuka,detik hati kecil saya.Air mata saya menitis.

"Siti!Mari...kita masuk ke dalam..." Pong memanggil saya.

Di dalam bangunan Kementerian Pertahanan Thailand,saya ditanya beberapa soalan.Adakalanya saya di'backup' oleh Pong yang akan menerangkan secara terperinci dalam bahasa Thai jika pegawai yang menemuduga saya tidak berpuashati.Kemudian saya dan Pong pun dijemput menaiki sebuah kenderaan pacuan 4 roda yang bercermin gelap.Bayangkan adakah saya selesa sebagai seorang gadis Melayu bersama-sama lelaki-lelaki Thai yang sudah pasti tidak saya percayai (walaupun saya kenal Pong,namun dia itu pun 'bermasalah') di dalam kenderaan bercermin gelap?Akhirnya saya menaiki kenderaan itu bersama seorang pegawai wanita (setelah dimohon,dan di'backup' oleh Pong).

Anda tahu ke mana saya akan dibawa?

Saya akan dibawa melawat satu tapak makam diraja berusia kira-kira 700 tahun.Makam diraja purba itu digazetkan sebagai pemakaman raja-raja kerabat Sukhotai dan Lavo,namun Pong berbisik kepada saya bahawa dia sangsi melihat beberapa batu nisan makan yang berbentuk teratai dan tulisan kuno yang menyatakan perkara sebaliknya.Saya berfikir,kenapa tiba-tiba keluar perkataan Sukhotai?Itu kerajaan di utara.Lavo?Itu kerajaan di tengah Thailand.Kalau disebut Ayutthaya saya boleh terima lagi.

Kenderaan pacuan 4roda itu merentas kawasan pedalaman di selatan Thai,tepatnya di Surat Thani Province.Bergegar-gegar kenderaan itu merempuh jalan yang berbukit-bukit.Namun saya tidak tahu berada di mana.Cermin gelap menghalang pemandangan,manakala saya diberikan tempat duduk di tepi pintu kereta dengan pegawai wanita di tengah dan Pong di hujung sebelah lagi.

Saya teringatkan kata-kata Pong,pemuda Thailand yang pernah menyimpan perasaan terhadap saya,"Siti,apa yang saya lihat di dalam arkib negara saya amat mengejutkan.Apabila saya membaca sebahagian manuskrip,saya asyik teringatkan wajah kamu.Tak tahu kenapa".

"Saya telah dibawa melihat satu makam diraja yang amat cantik.Ia terletak sepi di dalam hutan rimba.Pada mulanya saya tidak perasan apa-apa yang luarbiasa,namun saya terjumpa satu batu nisan yang ditulis dalam tulisan Cham atau Mon Kuno yang membuat saya bertambah rindu kepada kamu".

Saya bertanya,"Jadi makam siapakah itu?"

Pong tersenyum penuh muslihat,"Mari bersama saya,saya akan tunjukkan sesuatu..."

Saya menerima pelawaan Pong ketika program pertukaran pelajar sebuah universiti di Bangkok.Ketika itu Pong telah menjadi pegawai pelatih di salah sebuah arkib negaranya.Saya terus menghubunginya sebaik sahaja tiba di Bangkok.

Ketika di perjalanan,saya perasan suasana semakin gelap dan sejuk.Tiba-tiba saya berasa seram.Pong bertanya sesuatu kepada pegawai wanita.Kemudian Pong berkata perlahan,"cuaca mendung".Saya merasa hairan.Bagaimana Pong boleh perasan apa yang saya rasa.Mungkin dia perasan saya semakin memeluk tubuh menahan sejuk.Ah,mata keranjang.Rupanya dia senyap-senyap memerhatikan saya.Kenapa dia tidak memerhatikan sahaja pegawai wanita disebelahnya.

Setelah perjalanan yang amat memenatkan dengan hanya berhenti rehat sebanyak 3 kali,akhirnya saya sampai di destinasi.Ketika pintu dibuka,saya melihat satu pintu gerbang yang amat tua;tiangnya sudah kehitam-hitaman diseputi lumut dan daki.Dekorasi pintu gerbang itu kelihatan campuran Thai dan Khmer;ya sudah pasti berasal dari gaya Melayu Segenting Kra (Isthmian Malay).

Pong berbisik,"mengikut sejarah tempatan,pintu gerbang ini dibina pada abad ke-16,oleh seorang Lorddi daerah ini atas arahan raja Ayutthaya...mari,kita masuk ke dalam.."


Saya dan Pong merentasi pintu gerbang dan berjalan melintasi pohon-pohon rimbun.Namun latarbelakangnya hutan rimba yang gelap menakutkan saya.Macam dalam filem-filem bergenre noir atau melancholic.Saya akhirnya melihat makam pertama dengan hiasan binaan di atas makam yang kaya dengan seni pertukangan ukiran batu yang halus.Saya meneliti makam aneh tersebut.Mungkin pemiliknya adalah raja atau bangsawan yang dihormati.Binaan itu dengan keadaan permukaannya dari batu granit gunung yang dipotong,diselamuti daki dan lumut yang berselupar di celah-celah ukiran menyebabkan seolah-olah ukiran gaya Gothic dan Elizabethan di Eropah yang penuh misteri.

"Selamat datang ke makam diraja Grahi!" Pong tiba-tiba berkata.Saya menoleh ke arah Pong.Apakah benar kata-katanya?

Saya memandang Pong,"Benarkah kata-katamu itu,Pong?Dari mana kamu tahu?"

Pong tersenyum melihat wajah ingin tahu saya."Dari batu nisan merah di hujung sana...ada mencatatkan rahsia yang amat penting tentang tempat ini.Sebab itu tempat ini tidak ada dalam kalendar pelancongan negara saya.Sebab itu juga,kamu tidak dibenarkan untuk mengetahui jalan ke tempat ini".

Saya berjalan di celah-celah kuburan sepi.Batu nisan semua kuburan ini begitu aneh,ada yang berbentuk stupa Buddha dan patung-patung.Ada yang berbentuk batu empat segi dengan tulisan Siam di atasnya.

"Kesemua pemilik batu-batu nisan di kawasan ini adalah penganut Buddha.Batu nisan paling awal dipercayai berusia abad ke 12 Masehi.Tetapi saya mengesan batu nisan bukan penganut Buddha di tempat lain," Pong menjelaskan.

Saya memerhatikan nisan merah yang dikatakan menyimpan rahsia besar.Ukirannya sederhana,macam ukiran kelopak bunga yang terdapat di tembok pintu Bantey Srei di Kemboja.Ukiran bunga seroja yang tengah kembang.Suasana sekeliling semakin gelap,ditengah kesamaran cahaya mentari pagi.Kawasan lereng tanah tinggi itu diselimuti kedinginan dan kabus.

Saya mengusap tulisan pada batu nisan.Ini tulisan Kawi Kuno,detik hati saya."Ada usaha penterjemahan?" saya bertanya.

Pong seperti biasa tersenyum penuh muslihat.

Saya memandang batu nisan merah itu kembali.Saya cuba menafsir apakah tulisan itu mahu memberitahu.



Di sini bersemadi
empat belas keluarga
yang mati dibunuh
oleh puak utara
pada 15 haribulan tahun Saka 1221


Saya menoleh ke arah Pong.Saya membaca lagi tulisan Kawi itu,sambil menunggu kalau-kalau Pong mahu menterjemahkan untuk saya.Tapi Pong mendiamkan diri sambil pura-pura memerhatikan ukiran pada sebuah pondok batu.

"Pong!..." saya menjerit perlahan,memaksa Pong bersuara.

Saya menunggu dengan sabar.Saya seolah-olah mendengar Pong ketawa di dalam hatinya.


Dari pemegang keluarga Grahi dan Srimala
Empunya hak pada Sri Dharmaraja


Tiba-tiba saya merasa seram sejuk.Itulah suasana dingin yang aneh yang begitu menyentap perasaan saya.Apa yang saya ketahui tentang Sri Dharmaraja tercantum di sini.Jelas bahawa kerajaan Grahi yang disebut dalam riwayat imperial China sebagai Kio-lo-hi adalah kerajaan berkerabat dengan Tambralinga atau Sri Dharmaraja.


Ada beberapa tulisan lagi di bawahnya.Nampaknya Pong mengatakan 'makam diraja Grahi' berdasarkan tulisan pada batu nisan merah ini.Saya menoleh ke arah Pong.Pong masih buat tidak faham.Dia lebih suka melihat wajah saya dalam keadaan ingin tahu dan tertekan.

"What?" Pong hampir mahu tergelak.

Saya masih merenung Pong dengan tajam.

"Ok..ok...yang seterusnya ialah rahsia sulit.Saya telah mengangkat sumpah di hadapan pegawai bahawa tidak mendedahkan beberapa perenggan.I'm sorry..."

Saya menjadi marah."Apa yang kerajaan kamu mahu sembunyikan?Apa yang raja kamu takut?Saya benar-benar hairan dengan negara kamu..."

"Err..bukan begitu Siti..." Pong tersengih-sengih.

"...kalau tidak apa?!Beratus tahun kerajaan kamu memusnahkan bukti,menyembunyikan dan memutarbelit sejarah.Kamu boleh memupuskan orang Mon dari mukabumi dan memutarbelit sejarah Angkor dan Khmer tetapi bukan kami,faham!" saya separuh menjerit.

Pong memandang sekeliling dengan perasaan bimbang."Jangan bising Cik Siti....nanti pegawai tentera akan menahan kita.Saya bertanggungjawab atas keselamatan kamu di sini sebab saya yang bawa kamu ke sini.Jangan susahkan saya,lebih-lebih lagi diri Siti sendiri..."

Mendung berarak lesu.Puncak gunung diselimuti kabus.Suasana semakin gelap.Nisan-nisan kaku dan patung-patung aneh nampak begitu gothic dan menyeramkan.

"Beritahu saya kubur-kubur orang Islam tu!" saya separuh mengugut.Saya terpaksa kerana serik dengan perangai Pong yang suka bermain-main.

"...Massaman graves?Mana ada?Ini semua perkuburan penganut Buddha.." Pong berdolak-dalik.

"Saya tahu...sebab kamu ada terlepas cakap,ada kubur bukan penganut Buddha di sini.."

"Oh ya...tapi tak semestinya Muslim kan?" Pong tersengih-sengih mengejek.

"Takkanlah orang Kristian!!" saya menjerit geram.

Saya sudah berasa bosan dengan Pong.Hujan mula rintik-rintik,menitis ke permukaan tiang tua yang berukiran aneh.Saya pun berlari menuju ke satu arah.Pong menjerit mahu menahan saya.Dia mengejar saya.Kemudian dia berhenti apabila melihat saya duduk bersimpuh di atas sebuah kawasan perkuburan yang terasing.Kesemuanya terdapat kira-kira 10 buah kubur dengan batu nisan berukiran sederhana.Terdapat beberapa kubur yang mempunyai rekabentuk batu nisan Aceh.Saya merenung batu nisan itu,yang masih bertulisan Kawi atau Cham.

"Ini yang kamu semua mahu sembunyikan...." saya mengeluh perlahan.

"Tempat ini dibina oleh Raja Siam dari abad ke 16 hingga ke 18.Dipercayai raja Siam yang memulakan tradisi ini mendapat galakan dari salah seorang gundiknya yang berasal dari selatan Thai.Itu yang saya tahu Siti...selebihnya...." Pong berhenti di situ.

"...siapa mereka di bawah ini...adakah mereka dibunuh?Kenapa mereka dibunuh?" saya mengomel sendirian sambil bersimpuh di atas tanah kubur tanpa memandang Pong yang berdiri menghadap saya.

"Mereka mungkin kerabat diraja Grahi yang memeluk Islam atau rakyat Patani..."

Saya menangis tersedu-sedu di depan batu nisan.

"Kita tidak boleh berbuat apa-apa...sejarah ditulis oleh mereka yang menang..."

Saya tiba-tiba berdiri dan menghadap Pong.Pong begitu terkejut dan panik dengan keadaan saya.Saya memandang wajah Pong dengan penuh dendam.Saya melangkah ke depan,dan Pong serta-merta bergerak ke belakang dengan riak muka ketakutan.

"Hei Siti,wajah awak macam Megan Fox dalam Jennifer's Body..." Pong cuba untuk ketawa.

Malam itu kawasan pergunungan benar-benar sepi.Keadaan menjadi semakin dingin.Darah di bawah makam sudah lama kering beribu-ribu tahun dahulu.Tiada lagi kabus malam.Kegelapan adalah syaitan yang menghisap darah si pengecut.

Apabila saya merenung ke luar tingkap dalam subuh pagi yang dingin semalam,saya melihat rintik-rintik hujan;mengingatkan saya pada air yang membasahi ukiran pada dinding tiang.Ukiran itu penuh motif bunga-bungaan.Bunga Melur dan Bunga Kemboja.

Apabila saya membaca komen yang menghina dan memakihamun saya semata-mata saya berkeras mempertahankan sejarah,saya kembali berasa sedih.Walaupun di alam maya saya membalas komen dengan tegas dan agak kasar,namun sebagai wanita perasaan saya begitu halus.Air mata saya menitis.Bagaimana saya mahu menyelamatkan bangsa ini dari pupus dan hilang tanahair.Agama akan menyatukan mereka.Sejarah akan memotivasikan mereka.



* * * * * * * * *



Nama saya Srikandi.Bangsa saya ialah Melayu.Asal bangsa saya ialah Nabi Adam a.s,manusia pertama.Agama saya ialah Islam.Rumah kaum kerabat saya ialah dari Pasifik,merentasi Asia Tenggara hingga Madagaskar,pantai timur Afrika.Saya pribumi Asia Tenggara.Saya bukan berasal dari Yunnan,Taiwan,India atau dari mana-mana.Asal-usul saya di sini,Asia Tenggara.

Telahku semahkan darah pada batu bersurat,telahku perahkan limau pada keris wasiat.Sampai masa aku bangkit untuk berjuang.Ku pertahankan bangsa atas nama agama.Sebab wujud bangsaku kerna membela agama.Bukan sebab bangga aku membela bangsa.Bukan sebab dunia aku membela bangsa.Sebab hakikat kebenaran yang diminta.Sebab kasihkan agama.

Catatan SriKandi 8






Catatan Srikandi VIII





"A guy from Kementerian"







Saya tersenyum sendirian di bilik belajar saya."Setuju Sejarah Di tafsir Semula",tajuk satu artikel di dalam sebuah akhbar tempatan.Saya menghentikan lagu "Little One".Bunyi shredding dari Karl memeningkan saya,walaupun lagu itu banyak memberikan kenangan pada saya.Di akhir lagu,distortion pada riff yang diselang-seli nada rendah yang mendayu-dayu sedikit sebanyak membantutkan emosi saya ketika itu.Sekarang bukan masa untuk bersedih.

Saya terasa mahu ketawa sahaja melihat foto Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.Ulasan dari Profesor Datuk Dr Ramlah Adam tiba-tiba terasa menggeletek buah pinggang kanan saya.Saya terbayangkan mereka dan orang-orang di Jabatan Sejarah seperti sekumpulan badut sarkas yang sedang terkinja-kinja.Kemudian salah seorang dari mereka berkata,"It's float!..."

Saya tak faham apa yang mereka buat dalam pejabat mereka.Mereka seolah-olah sekadar 'clown of politics'.Bila ada isu politik yang timbul baru nak bersuara.Jadi selama ini apa yang mereka buat?Saya paling anti orang karang buku sejarah sekolah menengah.Sepatutnya buku teks sejarah bukannya dikarang oleh cikgu-cikgi sekolah yang perasan bagus.BUKU TEKS SEJARAH SEPATUTNYA DISUSUN OLEH AHLI SEJARAH YANG KOMPETEN.Cikgu-cikgi sekolah yang mengarang buku teks sekolah pada hari ini sepatutnya dipenjara 3 bulan atau didenda beratus-ratus pound sterling kerana membingungkan ramai di kalangan kita dan membiakkan generasi buta sejarah termasuk sebilangan ahli politik yang dungu.

Generasi buta sejarah ini ibarat 'maggots of ignorance'.Mereka ini sama ada jadi lembik dan akan diperkotak-katik atau membiak menjadi rasis yang tak bertempat.Saya merenung gambar 'pakar-pakar sejarah negara' ini sambil ketawa di dalam hati.

Baru sekarang nak berkokok selepas apa yang saya perjuangkan selama ini.Saya pernah berdebat dengan profesor saya yang mengajar satu subjek sosio-politik tentang hubungan Nazi dan imigran Yahudi di Poland.Rata-rata mereka yang kononnya 'pakar sejarah' ini sama bertindak macam kontraktor kelas F yang pandai membodek dan menjaga kantung sendiri.Saya benar-benar berharap sejarahwan Malaysia sedar dari tidur yang panjang di dalam bilik aircond.

Apa pun sebenarnya saya tidaklah menghentam professor berdua tu,sebab mereka dahulu pernah saya jadikan inspirasi untuk berjaya.Cuma tindakan mereka yang agak lewat tu yang membuatkan saya 'gelihati'.

Sejarah adalah senjata politik yang berbisa.Tidak percaya?Zionis Antarabangsa melobi PBB untuk hak ke atas Palestin melalui sentimen 'Promised Land'.Satu epik sejarah yang terkandung dalam kitab-kitab agama.Lihat melalui kisah sejarah Nabi Musa a.s dan 40 tahun Bani Israel sesat di Padang Sinai,Theodor Herzl boleh mempengaruhi dunia untuk merelakan perampasan hak ke atas penduduk Palestin.Kenapa Jepun berdegil untuk tidak memasukkan kisah 'comfort woman' dalam buku teks sejarah mereka?Kisah beratus-ratus atau beribu wanita dijadikan hamba seks untuk tentera Jepun terutamanya wanita Korea dan China telah menjadi igauan ngeri bagi kerajaan Jepun untuk memikul 'dosa silam' kerajaan yang terdahulu.Kes-kes seperti Rape of Nanking menjadi senjata untuk mengawal Jepun.Tentera Jepun masih dikawal jumlahnya dalam satu perjanjian ketika akhir Perang Dunia Kedua.

Saya cadangkan untuk pemilihan pemimpin negara,senator atau Ahli Dewan,mereka mesti ada ijazah dalam sejarah.Namun jika disogokkan dengan harta dan wanita pun,pakar sejarah pun akan tumbang.Jika pemimpin negara kita kuat agama dan berpengetahuan dalam sejarah,kita telah berjumpa Mr.Right.

Melihatkan perkembangan semenjak dua menjak ini,saya teringatkan seorang jejaka dari Kementerian yang pernah menelefon saya untuk berjumpa.Nampaknya kata-katanya betul.Saya tersenyum.Bagaimana seorang pelajar sejarah boleh merubah sedikit sebanyak iklim politik Malaysia.It's cool.Ada orang yang sangka dirinya hebat sebab fikir blognya boleh menggoyangkan dunia MLM.Ada orang yang perasan cantik fikir blognya boleh memikat penjaga gol kebangsaan.Tetapi ada seorang 'budak perempuan' yang bakal menggoncang dunia.

"........(nama sebenar saya)?"

"Ya,saya.Siapa tu?"

"Saya dari kementerian.Saya nak buat appointment dengan cik.Saya telah maklumkan kepada HEA tentang appointment ini.Mereka telah luluskan cuti pada hari itu.Cik boleh berjumpa saya pada.........."

"Nak cakap pasal apa ni?"

"Glasnost & Prestroika"

"??...."

"Jangan beritahu sesiapa tentang ini..."


Saya tidak tahu bagaimana lelaki itu mendapat nombor telefon saya.Anehnya nombor telefonnya tidak tertera di paparan telefon bimbit saya.Saya memikirkan mungkin panggilan itu palsu atau ada orang berniat tidak baik dengan saya.Untungnya,saya bukan perempuan bodoh.Saya telah berpakat dengan seorang kawan saya (lelaki) untuk mengekori saya dan bertindak jika ada apa-apa perkara tidak baik terjadi kepada saya.Kawan saya itu bekas punkster yang mempunyai ramai 'kenalan' yang boleh dipanggil turun bila-bila masa.

Saya memandu skuter saya dengan perasaan agak gugup.Saya memandang cermin sisi,memastikan kawan saya masih mengekori saya.Sampai ditempat yang dituju,saya melihat ada sebuah kereta Maserati Merak SS menanti.Seorang lelaki tampan keluar dari kereta dan menuju ke arah saya.Usianya mungkin sekitar awal 30-an.

"Cik boleh parking skuter cik di sini.Kita pergi dengan kereta saya"

Saya berasa amat curiga dengan lelaki itu.Dia tidak memperkenalkan diri atau bertanyakan apa-apa kepada saya;untuk memastikan adakah saya yang dia cari?
Dia kelihatan berkeyakinan tinggi.

"Bukan di sini?"

"Tidak,di sini tidak ada privacy.Ada tempat khas untuk kita berbincang"

"Saya tidak kenal encik dan sudah tentu berasa curiga dengannya," saya mengangkat kening sambil melemparkan senyuman.

Lelaki itu tersenyum.Dia mengeluarkan satu kad kuasa yang amat jarang dan unik.

"Puas hati?" 

"Saya tidak mahu naik kereta,biar saya naik skuter sahaja," saya bertegas.Saya bukan gadis murahan yang boleh dibawa ke hulu ke hilir.

Lelaki itu agak bengang dengan jawapan saya.Dia memujuk saya.Saya masih berdegil untuk mengikutnya.Saya pernah menampar rakan lelaki sekelas dengan saya yang memaksa saya naik keretanya.Dia boleh membawa seberapa banyak bohsia yang dia mahu tetapi bukan saya.

"Baiklah,kalau begitu cik ikut dari belakang," lelaki itu mengalah dengan kedegilan saya.

Kami sampai ke sebuah bistro mewah.Lelaki itu rupanya telah menempah satu bilik VVIP bercermin gelap.Saya memberi isyarat mata kepada kawan saya supaya menunggu di luar.Saya telah setkan nombor telefon kawan saya,jadi jika ada apa-apa yang berlaku saya akan membuat 'missed call' dengan menggunakan 'fast dial'.Lelaki itu menjemput saya duduk.Saya pun duduk sambil tangan saya menyeluk ke dalam poket 'sweater' saya;bersedia untuk membuat 'fast dial' bila-bila masa.

"Cik Siti boleh panggil saya Jeffri.Saya berbesar hati dapat bertemu dengan pelajar pintar seperti kamu.Kami di kementerian memang ada memantau pelajar-pelajar yang berpotensi dan mampu mengubah paradigma masa depan negara..." lelaki itu berkata.Saya merasa pelik.Kenapa pula saya?

Encik Jeffri memulakan perbualan secara santai,kemudian mula kepada topik yang lebih berat,bertanyakan kursus yang saya ambil dan sejauh mana pemahaman saya dalam satu-satu topik.Kemudian dia masuk ke topik yang paling saya minati;sejarah Melayu.

"Apa yang kamu tahu pasal Malay city-states?"

"Ia sudah ada sebelum era Srivijaya,malah Srivijaya berdiri di atas persekutuan Malay city states ini," saya menjawab.

"Boleh anda namakan beberapa Malay city-states?

"Gangga Negara,Grahi,Kerajaan Melayu di Sumatera dan di Segenting Kra,Beruas dan Tanah Merah (Chih Tu)..."

"Langkasuka?"

"Ia lebih kepada persekutuan kerana bergabung dengan Kedah Tua dan beberapa city-states lain di Segenting Kra"

Encik Jeffry tersenyum.Kemudian dia membulatkan matanya.

"Kamu tahu,kebanyakan Malay city states ini terletak di mana?"

"Maksud encik Jeffry?Pada wilayah negara pada hari ini atau bagaimana?" saya musykil.

"Kedudukan geografinya"

Saya faham apa yang dikehendakinya,"Owh...sudah tentu majoritinya dibina di pesisiran pantai,untuk mudah akses ke laluan perdagangan laut"

"Jika saya katakan ada Malay city states yang dibina jauh ke pedalaman?"

Saya tiba-tiba merasa satu kejutan.Satu perasaan misteri terpaut di hati saya.Kemudian saya teringatkan Diari Lodgekeeper.

"Taman Bunga-bungaan di tengah hutan rimba...." (The Weird Flowers from The Mystic Mountain,m/s 355)

Encik Jeffry mengeluarkan satu foto hitam putih yang diambil menggunakan kamera Ordinary Kodak 1891.Gambar menunjukkan beberapa pegawai British berdiri di hadapan sebuah kota purba yang luas.Juga tiga orang lelaki Orang Asli yang berdiri di belakang mereka.Ukiran pintu bangunan seperti yang saya kenal pada Banteay Srei atau Chau Say Tevoda.

"Ini kuil di Kemboja...apa kaitannya?" saya merenung foto itu.

"Salah,ini di ambil di negara kita sekitar 1800-an.Pegawai British yang tengah tu berkhidmat dengan Frank Athelstane Swettenham.Mereka ketika ini telah menjumpai satu ibukota sebuah city-statesMelayu sezaman dengan Dvaravati dan Chih Tu" Encik Jeffry memandang wajah saya dengan serius.

Saya bagaikan tak terkata melihat sebuah foto hitam putih yang begitu mendebarkan.Wajah para pegawai British yang berdiri berderetan itu tiba-tiba menyeramkan saya.Di belakang mereka adalah sebuah kota purba yang penuh misteri.

"Ada keluar dalam mana-mana jurnal?"

"Ada,dalam Journal of the Royal Asiatic Society...saya tidak ingat bilangannya,dan beberapa jurnal berbahasa Belanda.Dalam catatan yang diberitahu kepada saya,terdapat pelbagai artifak seperti kraftangan Mon dan ukiran teko seperti yang dijumpai di Pahang...."

Saya menduga,"Mengapa encik katakan ia sebuah kota dari city states Melayu?Jika saya katakan ia adalah kota Mon purba sebagaimana Haripunjaya atau Dvaravati,atau kuil Khmer bagaimana?"

Encik Jeffry tersenyum memandang wajah saya yang serius."Cik Siti,saya telah lama mengikuti tulisan kamu.Yup,saya adalah die-hard-fan senyap kamu.Tulisan kamu penuh dengan nasionalisme Melayu yang kental,bukan?Cik Srikandi,saya hairan dengan kata-kata sebegini,atau ada kesaninferiority complex?"

"Emm...saya bukan nasionalis.Saya pejuang sejarah.Tidak ada istilah inferority complex dalam kamus hidup saya.Tahniah kerana menjadi mangsa tulisan saya," saya membalas.

Encik Jeffry berpura-pura bertepuk tangan."Hmm...jarang saya lihat remaja yang berani seperti kamu.Remaja hari ini lebih suka berfacebook dan pergi ke gig"

"I'm not that type"

Encik Jeffry masih tersenyum."Baiklah,kamu nampak tak bucu yang sedikit di belakang orang Sakai ni?"

Saya merenung foto kembali.Ada sedikit bucu seperti puncak menara.Tetapi jaraknya kurang jelas,adakah benar-benar di belakang orang Sakai itu.

"So,what?"

"Itu adalah puncak sebuah piramid"

Saya mengerutkan dahi."Di belakang mereka?"

"Tidak,ia terletak jauh berpuluh meter ke belakang,dan cukup besar.Saya tidak dapat menganggarkannya tetapi memang cukup besar"

"Macam mana encik tahu?Saya fikir jika melihat kepada foto ini rasanya amat sukar untuk menganggak jaraknya"

Encik Jeffry menaikkan bahunya.Sengaja membuatkan saya begitu teruja ingin tahu.

"Ada foto lain?"

Encik Jeffry mengangguk,sambil tersenyum lembut.

"Boleh beri saya tengok?"

Encik Jeffry masih tersenyum,sambil merenung saya.Saya mula merasa curiga."Iya...boleh tapi kalau Cik Siti benarkan saya keluar date dengan Cik Siti," Encik Jeffry seakan mahu ketawa.

Saya menggenggam telefon bimbit.Jantan gatal,bisik hati saya.Namun saya berpura-pura senyum."Kalau kedekut,tak payahlah...saya nak baliklah"

"Eh,jangan macam tu.Foto ini pun punya insuran yang tinggi untuk saya membawanya.Sekurang-kurangnya perlu 4 atau 5 pegawai yang ada latarbelakang latihan polis untuk mengiringi saya membawa foto ini"

Saya mengerutkan dahi."Maknanya ada orang lain?"

Encik Jeffry seakan mahu ketawa,"Di luar...semua pelanggan kedai ini adalah SB (Special Branch)"

Saya tiba-tiba berasa takut.Terasa mahu menangis pun ada.Saya mahu keluar dari situ dengan segera.Tetapi kata-kata Encik Jeffry seterusnya menggamit minat saya.

"Di depan piramid itu diberitakan terdapat sebuah batu bersurat.Terdapat 5 jenis tulisan.Tiga tulisan tidak mampu dicam walaupun satu tulisan itu cenderung kepada skrip Brahmi atau Pallava yang diubahsuai.Mujurlah terdapat dua tulisan yang dapat dicam.Cik Siti nak tahu tulisan apa?"

"Tulisan apa?"

Encik Jeffry menarik nafas,"Tulisan Greek Kuno dan Phoenicia"

Saya tidak hairan dengan tulisan Greek sebab dahulu pelabuhan-pelabuhan negarakota Melayu purba memang berdagang dengan Empayar Rom.Tetapi apa pula kena-mengenanya dengan Phoenicia?

"Sudah didekod?"

"Ya,dan apa yang saya dengar amat mengejutkan tentang masa lalu Malay city-states ini.Completely different of what we know today"

"Apa katanya?" saya agak terburu-buru bertanya.

Encik Jeffry seakan mendapat jerat baru."Mungkin di pertemuan lain,Cik Siti,tetapi saya harap tidak begitu formal seperti ini"

Saya tiba-tiba begitu menyampah dengan 'a guy from kementerian ini'.Terdesak cari calon isterikah?Saya menekan butang 'fast dial'.Apa nak jadi jadilah.Saya dah tak tahan duduk dengan lelaki gatal ni.Biar budak-budak punk di luar tu berentap dengan SB.Saya tahu SB sudah tentu tak akan bertindak lebih,sebab ini misi top secret.Foto di depan saya adalah tebusan paling mahal untuk SB-SB itu buat kecoh.

Encik Jeffry seakan mahu ketawa."Cik Siti jangan dok kalut.Bilik ini kalis-RF.Kata orang kampung,tak dapat line"

Saya pura-pura bersikap tenang,"Kalau tiada apa-apa,izinkan saya minta diri dulu"

Untungnya lelaki kementerian itu mengikut kehendak saya.Sebelum saya beredar,saya bertanya satu soalan yang begitu ingin saya tanyakan sejak saya memandu skuter ke bistro itu lagi.

"Err....saya nak tanya,macam mana encik Jeffry tahu tentang saya?"

"Lonecryer"

Saya sedikit terkejut."Kenal ke?"

Saya tak menjawab soalan bersahaja dari Encik Jeffry,sebaliknya bertanya,"Siapa Lonecryer sebenarnya?Dia kerja dengan siapa?"

"Dia macam kamu juga dahulu,dan pernah bekerja dengan kerajaan...ok itu sahaja"


Saya ingin ingatkan kepada pembaca saya bahawa nama-nama di atas bukanlah nama sebenar.Saya ada etika untuk melindungi rahsia 'a guy from kementerian' mahupun Lonecryer.Saya hanya penyumbang dalam laman MF ini dan tidak lebih dari itu.

'A guy from kementerian' inilah yang menyarankan saya tidak memberitahu lebih tentang 'Matahari'.Dan dia pernah berkata pada 2 tahun lepas tentang kemungkinan kerajaan ingin merombak subjek sejarah.Dan kisah selepas itu benar-benar memotivasikan.Banyak cadangan saya menjadi realiti pada hari ini.Saya fikir lelaki itu adalah psy-ops dalam kerajaan.

...........

Saya benar-benar kagum kerana bertemu dengan lelaki yang banyak pengetahuan sejarah.Ah,mungkin dia mencedok dari tulisan saya.Maklumlah mengaku senyap-senyap membaca semua catatan saya di blog.

Masih teringat kata-katanya,"Tapak warisan yang amat berharga seperti ini kebanyakan telah musnah kerana pembangunan.Kesan-kesan sejarah Malay city-states di sepanjang pesisir pantai majoritinya terhapus disebabkan pembinaan pelabuhan baru oleh British atau sultan-sultan terkemudian.Apa yang kita harapkan sekarang ialah kesan kota-kota yang tersembunyi di pedalaman.Catatan Hugh Clifford tentang laporan pegawainya tentang kota misteri di Lembah Bama menunjukkan ada sesuatu rahsia besar yang disembunyikan oleh pihak British.Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah melobi kerajaan untuk lebih peka mencari jejak city-states Melayu ini,dan memuliharanya.Para pengkaji Srivijaya dari Thailand amat cergas menggali kota-kota purba Melayu di Satun dan Ranong.Pakar dari Belanda dan Perancis sudah banyak kali menerbitkan jurnal tentang Tambralinga dan Srivijaya dan berminat untuk mencari kota ke-12 Sri Dharmaraja yang hilang itu,Kota Gelanggi.Srikandi...saya amat tertarik dengan fakta bahawa raja-raja berdarah Melayu pernah memerintah Angkor.Raja-raja ini tentu tahu bagaimana untuk membuatkan hubungan dengan Malay city-states yang bertaburan di sekitar empayar Khmernya..."

Saya teringatkan catatan askar British yang menulis sepucuk surat kepada Gabenor India tentang situasi pihak British yang membedil kota Melaka setelah berjaya mendapatkannya dari Belanda.Mereka meratakan kesan-kesan kota Melaka dengan membedilnya menggunakan meriam.Anehnya,mereka meninggalkan hanya pintu gerbang A Famosa sahaja.

Adakah kota purba itu sudah hilang diganti dengan ladang getah atau kelapa sawit yang ditanam secara besar-besaran?Sungguh di pihak Inggeris,mereka menyimpan banyak rahsia tentang sejarah kita yang lalu.Apa kandungan Perjanjian Bangkok 1909?Raja-raja dinasti Chakri sudah tentu rimas dengan riwayat-riwayat Mon dan Pali yang menceritakan raja-raja dari garis keturunan Maulimalaraja yang pernah mendominasi Indochina pada zaman purba.Siam dan Inggeris berusaha meratakan kesan-kesan kerajaan Langkasuka dan Kedah Tua,tetapi bertuahnya catatan-catatan para duta kerajaan-kerajaan Melayu pada masa silam tersimpan kemas di dalam arkib Maharaja China,pengembara Arab dan Parsi.Itu pentingnya hantar duta.Bukan tanda lemah.Bila orang lain dakwa kita tidak pernah bina kerajaan dan tak bertamadun...tup-tup keluar catatan-catatan dinasti Sui,Song atau Tang misalnya menceritakan kerajaan-kerajaan purba kita yang datang hantar duta.Malahan ada di antara catatan imperial China yang memuji kerajaan purba Melayu sebagai 'maju' dan 'mewah'.Antaranya ialah Chih Tu (Tanah Merah).

Raja-raja Melayu purba bukan sahaja hantar duta malah memahatkan prasasti,untuk merekod kerajaan mereka.Saya akan ceritakan pada anda tentang hubungan para pengembara Melayu dengan pribumi Australia beribu tahun dahulu,nama Melayu yang tertinggal di sana selepas Banjir Besar,kisah kaum Mala yang menjadi elit pemerintah 'Mu' dan ukiran keris pada piramid.

Saya akan keluarkan promo ATBM 4.0 Deluxe "The Origin of The Sea Dragon".Saya akan gali lebih banyak riwayat Mon dan Khmer dan berusaha mendapatkan khazanah Funan dan Champa.Saya akan tampilkan riwayat Imperial China "Èrshísì Shi" (The Twenty-Four Histories) seperti Book of Liang,Book of Song dan catatan atau rekod para pengembara China seperti Chi Tu Gou Ji,Chan Chun,Pei Su dan Chao Ju Kua.

Saya akan bawakan anda ke Sumatera,Brunei,Jawa dan Filipina sehingga ke Maluku dan Australia untuk menjejak garis keturunan 'Mala Kings from Malayu'.

Saya akan bawakan rahsia dari segala prasasti raja-raja,menembusi gerbang Sriwijaya,dan sampai ke peraduan putera dan puteri untuk menggali emas dapunta,para bentara dan maharaja.