Thursday, February 10, 2011

Alter Terahsia Bangsa Melayu : Bhg 6

info srikandi -riwayat melayu





Mengapakah wajah Melayu mengalami variasi yang kompleks?Jika kita melihat kepada bangsa Cina,kita tahu 'trademark' wajah mereka,begitu juga dengan orang India.Tetapi wajah Melayu adalah yang paling 'international'.Apakah maksud 'Nusantara'?Jika kita terbalikkan perkataan ini kepada 'antara nusa',apakah yang dapat kita fikirkan.Mungkin yang tercetus adalah perkataan 'antarabangsa'.Pernahkah anda mendengar istilah 'nusa bangsa'?Bangsa Mala adalah satu bangsa yang mengandungi beratus-ratus etnik dan juga bahasa daerah.Tinggal di SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DUNIA menjadikan interaksi antarabangsa bangsa Mala dengan empayar-empayar purba seperti Judea (Kerajaan Nabi Sulaiman dan Nabi Daud),Assyria,Mesir Kuno,Chaldea,Parsi,Babilon,Dinasti China,Kerajaan-kerajaan India,Rom dan Yunani tidak dapat dielakkan.Adalah satu kekeliruan jika bangsa pelaut dan kepulauan tidak bertemu dengan tamadun-tamadun lain.

Sebab itu seorang saintis Jerman,Johann Friedrich Blumenbach telah menambah satu lagi 'race' dalam kajian antropologinya pada tahun 1795 menjadikan bangsa-bangsa utama dunia menurut teorinya ialah,Caucasian (kulit putih), Ethiopian (kulit gelap), Native American (kulit kemerahan),Mongolian (kulit kuning) dan yang terakhir Malay di mana penerangannya tentang warna kulitnya ialah:

"...a brown color, from olive and a clear mahogany to the darkest clove or chestnut brown."

Apakah rahsia bangsa Melayu 2500 tahun dahulu?Apakah yang ditemui oleh rombongan kerajaan Nabi Sulaiman di Nusantara?Apakah perjanjian rahsia para Firaun di The Land of The Gods?



Kunci Rahsia Para Firaun dan Emperor Babilon







Sebelum kita meneruskan perbincangan,mari perhatikan beberapa katakunci yang kita kumpulkan setakat ini berkaitan bangsa misteri:


Gunung 

Laut
 

Pantai
 

Pulau
 

Bunga
 

Wangi-wangian
 

Nusantara
Pelbagai bangsa
Nabi Ibrahim 

Budaya Vedic



Lihat,dari kata kunci di atas kita boleh menerbitkan petunjuk-petunjuk lain.Kita ambil katakunci 'Laut'.Ini akan membawa kepada kemahiran dan profesion bangsa misteri dalam bidang Oceanography (kelautan).Kemahiran membina kapal,ilmu perbintangan dan arah mata angin adalah ciri bangsa misteri.Jika kita ambil katakunci 'Vedic' ini akan membawa kita menjelajah epik bangsa misteri ketika bersama-sama bangsa Aryan lain membina kerajaan-kerajaan di Asia Tengah hingga ke Benua India.'Gunung' akan membawa kita kepada rahsia banjaran Himalaya yang digelar 'Bumbung Dunia' di mana banjarannya boleh dikesan sehingga Indochina bersisa sampai ke Segenting Kera dan bersambung dengan banjaran Titiwangsa.Katakunci ini akan menerbitkan katakunci lain seperti 'Malai',Phnom','Funan' dan 'Sailendra'.Perhatikan suffix 'nung' dan 'nom' dan 'nam'.Kesemua kata ini bermaksud gunung atau bukit.Perhatikan dari mana mitos Gunung Mahameru diambil dalam budaya Vedic Hindu.'Wangsa' adalah gaya purba bahasa Melayu Kuno yang kini huruf 'w' digantikan dengan huruf 'b' dalam bahasa Melayu Moden.Contoh yang lain ialah 'wulan' dan 'bulan'.Perkataan 'titiwangsa' bermaksud 'hubungan antara bangsa'.Apakah kaitan antara Himalaya dan Titiwangsa?Kedua-dua banjaran ini mempunyai hubungan dan sejarah terahsia zaman-berzaman.Jadi,dapatkah anda lihat perkaitan 'Nusantara' dengan 'Titiwangsa'?

Kita ambil katakunci ke-7 iaitu 'Nusantara'.'Nusa' adalah sama ertinya dengan 'bangsa'.Nusantara bermaksud 'antarabangsa' jika kita ingin memahaminya dalam konteks dunia hari ini.Sebab itu Patih Gajah Mada menyebut seluruh Alam Melayu ini dengan Nusantara,kerana betapa banyaknya bahasa dan etnik yang berbilang di dalamnya.Walaupun berbilang kaum dan bahasa namun bahasa Melayu (Melayu Kuno) telah menjadi lingua franca dalam pentadbiran dan perdagangan di Alam Melayu.Raja-raja Melayu dan Jawa dalam empayar-empayar mereka menggunakan bahasa Melayu Kuno sebagai bahasa perantaraan dan kesusasteraan,ditemui buktinya pada prasti-prasasti dan batu bersurat.Bahasa Melayu Kuno adalah bahasa yang bercampuraduk antara bahasa Sanskrit dan bahasa-bahasa etnik Mala tempatan.Mengapa Sanskrit?Jika kita faham siapakah yang sebenarnya memiliki bahasa purba ini,kita akan faham mengapa kerajaan-kerajaan Melayu Purba beragama Hindu dan menggunakan bahasa Sanskrit.Semua rahsia terdapat dalam peti berlabel 'Vedic'.Kita akan menjelajah lebih dalam segala misteri ini dan kelak kita akan tahu mengapa raja-raja Khmer dan Angkor mencedok budaya Kejawaan Sailendra,Jawa dan Bali dalam kostum dan kesenian mereka,mengapa mereka tidak menggunakan bahasa Sanskrit (majoriti teks agama dalam bahasa Pali dan selebihnya Khmer Kuno) dan mengapa etnik Tai beragama Buddha ( manakala kerajaan-kerajaan Melayu dan Jawa (bangsa Mala) beragama Hindu (khasnya di IndoChina) dan menggunakan Sanskrit.



Empayar dan Negarakota Bangsa Mala



Jika kita perhalusi segala misteri ini dan mengkaji dengan mendalam,mengapakah bangsa Melayu (tidak kira Melayu Jawa atau Melayu Kelantan) amat suka menubuhkan kerajaan dan melantik raja-raja?Bangsa Melayu adalah bangsa yang amat degil mempertahankan sistem beraja.Mereka suka menubuhkan kerajaan dan empayar di sana-sini tanpa bersatu padu.Kaum Tai misalnya juga mempunyai raja dan bersatu setelah juga menghadapi perpecahan sebelum itu.Tetapi ini dapat diterima kerana kaum Tai yang berasal dari Shan di wilayah China tidaklah sebesar dan serumit bangsa Mala.Jika kita ingin melihat dari sudut lain,misalnya dari segi bangsa-bangsa Kecinaan,kita juga menemui masalah yang sama.Pertelingkahan antara mereka juga sama dengan bangsa Mala.Sebab itu kaum-kaum di wilayah-wilayah selatan China terpaksa mengalah dan berundur ke IndoChina dan lebih ke selatan untuk mengelakkan bala tentera etnik China yang menang perang antara etnik-etnik keCinaan yang lain.Trend di Tanah Besar China ialah,etnik yang menang perang,merekalah yang berhak menabalkan maharaja dan memulakan dinasti pemerintahan.Sama seperti bangsa Monggol yang menang perang dengan bangsa Cina,mereka menubuhkan Empayar Monggol Yuan di Tanah Besar China.Perlu diingat,bahawa sebelum ini,kaum-kaum selatan China ini tidaklah mempunyai kerajaan dan raja sebelum ini dalam ertikata sebenarnya.Kehidupan yang mencabar setelah diasak oleh etnik-etnik Cina dari wilayah tengah,menyebabkan mereka terpaksa menjadi pelarian dan kaum gasar di tengah-tengah kerajaan-kerajaan purba bangsa Mala di IndoChina.Ketika itu,bangsa Mala telah lama menubuhkan kerajaan-kerajaan mereka sendiri.

Dari katakunci 'Vedic',kita tahu siapa yang membawa budaya Avestan yang mempengaruhi bahasa Sanskrit di India.Kaum misteri Kambojas adalah antara sub bangsa Aryan yang diiktiraf memang pakar dalam budaya Sanskrit Veda-Avestan.Deutro Mala yang berasal dari keturunan Keturah dan Abraham bersama-sama bangsa Aryan yang lain (Medes,Parsi) menyerang Benua India dan memaksa kaum-kaum asli India (lebih dikenali sebagai etnik-etnik Dravidia) bergerak lebih selatan.Sebab itu kita dapati bahasa Hindi/Urdu (etnik-etnik Hindustan mendiami utara India) bercampur antara Arab,Parsi dan Sanskrit.Kita boleh tahu jika kita adalah penggemar filem-filem Bollywood.'Mohabbatein' sebuah filem Hindustan Bollywood yang diarahkan oleh Aditya Chopra,lakonan Shah Rukh Khan dan Aishwariya Rai adalah kata Hindi-Urdu yang bermaksud 'Kisah Cinta' berasal dari kata Arab 'Mahabbah' iaitu 'cinta'.Kaum India yang dibawa British ke Tanah Melayu bukanlah dari etnik Hindustan tetapi majoritinya dari etnik Tamil atau etnik Dravidia (Malayalam,Telugu) yang berkasta rendah dalam agama Hindu;tepatnya diistilahkan sebagai Vaisya,Sudra dan Paraiyar/Pariah atau Adi-Dravida (sistem ini memang kejam dan melanggar hak asasi manusia). Etnik Hindustan adalah etnik yang dihormati,tinggi budayanya dan berkasta tinggi.Jika kita membicarakan tentang filem-filem Bollywood,bermakna kita sedang membicarakan filem-filem yang berbahasa Hindi-Urdu.Bahasa Hindi-Urdu digunakan di wilayah sebelah utara India dan di Pakistan manakala di sebelah selatan India,penduduknya menggunakan bahasa Dravidian seperti Tamil.Kita boleh lihat pola artis Hindustan (budaya Hindustan adalah budaya Bollywood dan sememangnya mereka yang mendominasi industri Bollywood) dengan artis Tamil misalnya.Orang Hindustan biasanya berkulit cerah,berhidung mancung,lelakinya tampan-tampan dan wanitanya jelita,secantik Preity Zinta atau Madhuri Dixit.



Mereka biasanya berkasta Brahmin,ini tidak menghairankan jika etnik-etnik di sebelah utara India ini yang tinggal di kawasan pergunungan yang indah dan berlatar belakangkan Himalaya yang bersalji adalah berasal dari etnik-etnik Aryan yang membawa budaya Vedic dan bahasa Sanskrit beribu tahun dahulu.Agama Hindu berasal dari agama purba;agama Ibrahim yang menyembah Tuhan yang satu,dibawa oleh bangsa misteri sebagai wasiat Nabi mulia itu.Keturunan Nabi Ibrahim yang lain seperti dari Siti Sarah (menurunkan bangsa Yahudi) tidak pernah mengembara beramai-ramai sampai ke India.Juga dari Siti Hajar (menurunkan bangsa Arab) juga lebih selesa menetap di Tanah Arab,bermain-main dengan unta padang pasir dan memetik buah kurma.Tetapi keturunan Keturahlah yang diberi tanggungjawab dan amanah berat berpindah ke Timur Jauh,The Land of The East untuk membawa agama Ibrahim dan mencari tanah nenek moyang mereka dari sebelah ibu,iaitu gadis misteri wangi-wangian,Siti Keturah.


"Abraham left everything he owned to Isaac.But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to THE LAND OF THE EAST" 

(Genesis 25:5-6)



Perihal berhijrah ini bukanlah sesuatu yang baru bagi Nabi Ibrahim kerana sebelum itu baginda juga pernah diwahyukan supaya membawa Siti Hajar dan Nabi Ismail jauh dari Tanah Kanaan iaitu ke Tanah Arab,memisahkan mereka dengan Siti Sarah dan Nabi Ishak (Isaac).


"Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. "

(QS. Ibrahim: 37)


Kini baginda diwahyukan lagi supaya membawa keturunan Siti Keturah jauh dari Tanah Kanaan iaitu ke Timur Jauh.

Para sarjana Barat ada mengkaji tentang bangsa Deutro Mala yang ada kaitan dengan kaum Kambojas,satu kaum berkasta Ksatria yang dikatakan menubuhkan kerajaan Kambujadesa,Champadesa dan Gangga Negara di Nusantara.


"Combination of the colonial Kambujas of Hindu-Buddhism faith, the Indo-Persian royalties and traders as well as traders from southern China and elsewhere along the ancient trade routes, these peoples together with the aborigine Negrito Orang Asli and native seafarers and Proto Malays intermarried each others and thus a new group of peoples was formed and became to be known as the Deutero Malays, today they are commonly known as the Malays".

(Kambojas and Malays)


Perkataan 'colonial Kambujas' dan 'Indo-Persian royalties' adalah katakunci kepada sub bangsa Aryan yang membawa budaya Vedic-Avestan ke India.Mereka berasal dari bangsa Mada-yu dan Mala-yu (Deutro Mala) yang membentuk balatentera Aryan yang menakluk India ketika itu.'along the ancient trade routes' adalah petunjuk kepada katakunci 'bangsa yang mengembara'.DEUTRO MALA IALAH HASIL DARI PERKAHWINAN NABI IBRAHIM A.S DAN SITI KETURAH.Ketika bergerak ke arah timur,keturunan mereka telah berasimilasi dengan kaum-kaum Indo-Iranian dan Indo-European atau secara amnya dikenali sebagai bangsa Aryan.Mereka mengembara mencari 'The Promised Land' dan bertemu dengan saudara mereka dari sebelah ibu,PROTO MALA.Sejarah bangsa Melayu bukanlah seperti sejarah etnik-etnik yang menjadi pelarian diasak oleh bangsa lain yang lebih gagah.SEJARAH MELAYU ADA KAITAN DENGAN SEJARAH NABI-NABI.Bangsa Keturah telah muncul menjadi 'colonial kambujas' menunjukkan ia adalah bangsa penakluk tetapi pada masa yang sama kaya dengan nilai kebudayaan dan seni.Bangsa ini juga menjadi 'Indo-Persian royalties' menunjukkan mereka dari kasta tinggi,bangsawan dan kerabat diraja.'Traders' adalah katakunci menunjukkan budaya berdagang memang wujud pada bangsa misteri.Jika kita mengambilkira pandangan Barat ini tentang Melayu (perlu diingat,pandangan Barat ada dua,pertama pandangan orientalis-imperialis dan kedua,pandangan ilmuan dan sarjana) atau tepatnya Deutro Malay,darah yang mengalir di dalam setiap orang Melayu adalah darah penakluk agung yang tinggi budaya kesusasteraannya,darah bangsawan dan kerabat diraja dan darah pada pedagang dan peniaga.Jika kita faham rahsia ini,kita akan faham rahsia seterusnya iaitu tentang pola empayar-empayar di Nusantara ini.



Jika kita kaji pola yang terdapat di antara kerajaan-kerajaan purba di Indochina dan Nusantara misalnya kita akan nampak rahsia kehadiran bangsa Deutro Mala di Nusantara.Kerajaan-kerajaan terkemudian seperti Khmer,Thai,Viet atau Burma adalah penganut Buddha.Manakala kerajaan-kerajaan purba yang lebih awal di Indochina seperti Funan dan Champa adalah kerajaan Hindu.Begitu juga kerajaan Tarumanagara dan Gangga Negara.Agama Hindu terbentuk lebih awal dari agama Buddha dan Gautama Buddha itu sendiri asalnya beragama Hindu.Jadi etnik-etnik kecinaan di Indochina seperti Tai dan Khmer adalah beragama Buddha.Tidak pernah pula Tanah Besar China mengalami zaman Hindu secara besar-besaran.Istilah 'Indochina' merujuk kepada 'Indo' iaitu bangsa Deutro Mala yang menganut agama Hindu dan 'China' iaitu etnik-etnik kecinaan yang menganut Buddha.Kerajaan Angkor-Khmer asalnya adalah kerajaan purba Kambojadesa yang ada benang-benang merah dengan dinasti Sailendra.Sebab itu raja-raja awal Khmer lebih cenderung kepada agama keHinduan sebelum menerima agama Buddha.Orang Khmer boleh dikatakan kaum yang kedua terawal berinteraksi dan berhubungan dengan etnik-etnik Mala di IndoChina selepas orang Mon.Ini mungkin kerana orang Mon dan Khmer serumpun dari segi linguistik bahasa malah bahasa mereka boleh dikategorikan sebagai Mon-Khmer.


*Kostum raja dan ratu Jawa Kuno

Sailendra bermaksud 'Dewa Gunung' dalam bahasa Sanskrit.Raja-raja Khmer sendiri mendakwa mereka dari keturunan pahlawan Kambojas.Terdapat misteri pada sejarah kerajaan Khmer Purba bermula di Kemboja.Jayavarman II yang mengasaskan kerajaan Angkor telah tinggal lama di Jawa tepatnya di dalam istana kerajaan Sailendra di mana Sailendra adalah kerajaan yang mengambil ajaran Buddha sebagai anutan.Ada dua teori tentang Jayavarman ini,pertama beliau seorang putera Jawa yang dihantar ke Kemboja untuk memerintah di sana.Kedua,beliau orang Mon atau Khmer yang datang ke Jawa untuk belajar ilmu pentadbiran dan budaya kerana ketika itu Kemboja di bawah naungan kerajaan Sailendra atau kerajaan Jawa Kuno.Rekod terkini dari prasasti Khmer menceritakan sebelum Jayavarman II menaiki takhtanya,beliau pernah mengunjungi Jawa. SEBAB ITU JIKA KITA LIHAT BUDAYA KHMER PURBA,BUDAYA MEREKA ADALAH SAMA DENGAN BUDAYA SRIVIJAYA,SAILENDRA ATAU YANG TERKINI BALI terutamanya pada 'headgear' mereka.


*Atas adalah ukiran di Angkor Wat,bawah adalah ukiran di Borobudur menggambarkan suasana di dalam istana Sailendra,perhatikan 'headgear' mereka.Juga persamaan kostum mereka.

Kostum,budaya dan seni ukiran mereka adalah dari sumber yang sama.Budaya tarian dan pakaian tradisi kaum Khmer pada hari ini adalah tinggalan dari budaya Jawa Kuno pada masa dahulu.Angkor Wat misalnya masih menimbulkan misteri adakah benar-benar Survarman II yang membinanya.Ada kajian menunjukkan kisah peperangan yang diukir pada salah satu tembok menceritakan peperangan pada zaman Babilon dan kerajaan Judea.



*Contoh senibina Srivijaya di Thailand,gambar atas kompleks candi era Srivijaya di Jawa

Empayar Khmer adalah empayar kedua terbesar.Setelah kerajaan Jawa Kuno (pengkaji lebih merujuknya sebagai Sailendra) yang menaunginya semakin lemah setelah kebangkitan kerajaan Melayu-Jawa Sriwijaya,raja-raja Khmer pun memisahkan diri mereka dari pusat pemerintahan di Jawa.Sebelum itu etnik Mala yang keJawaan sudah lama menjalinkan hubungan secara perkahwinan dengan kaum Khmer yang datang dari utara.


*Atas adalah penari Khmer manakala di tengah dan bawah adalah penari Bali.

Etnik Khmer mewarisi kebudayaan Jawa Kuno Sailendra berserta segala kesenian termasuk Angkor Wat itu sendiri.Empayar Melayu Sriwijaya semakin menunjukkan kuasanya setelah menakluk kerajaan-kerajaan Melayu-Jawa di sekeliling mereka.Empayar ini amat luas,merangkumi hampir seluruh Nusantara iaitu seluruh Indonesia hari ini,dan Semenanjung Malaysia sehingga sempadan Empayar Khmer di Indochina menjadikan Empayar Melayu Sriwijaya ini adalah empayar terbesar di Asia Tenggara.





Ketika itu Thailand,Laos dan Kemboja pada hari ini adalah jajahan Khmer Purba.Pada suatu ketika kedua-dua empayar ini bertembung,namun Sriwijaya tetap merupakan empayar terkuat ketika itu dengan segala jajahannya yang amat luas.Sehingga pada kira-kira 851 M,seorang raja Khmer dengan angkuh mengatakan mahu menyantap kepala Emperor Sriwijaya di atas pinggan hidangannya.Berita itu sampai ke pengetahuan Emperor Sriwijaya,dengan perasaan murka baginda memerintahkan balatentera seluruh jajahan berangkat menyerang ibukota Khmer,dan memenggal kepala raja Khmer yang angkuh itu.Semua ini terdapat dalam catatan pelayaran Abu Zaid Hasan,seorang pedagang Arab.



*Atas ialah relief dari Borobudur dan bawah patung dari Angkor Thom

Sebelum kehadiran etnik Tai,Khmer,Burma dan Viet,Indochina telah lama di diami oleh Proto Mala yang terdiri dari etnik-etnik aborigine,etnik kejawaan dan etnik Mon.Orang Mon adalah kaum selatan China pertama yang berinteraksi dan tinggal bersama-sama dengan Proto Mala.Sebab itu jika kita lihat pakaian tradisi mereka berkain sarung dan memakai ikat kepala seperti mahu bertanjak pula berbeza dengan etnik Tai atau Khmer.Mereka telah lama mendirikan kerajaan bersama-sama bangsa Mala seperti Champadesa,Kambujadesa dan Funan.Antara hasil seni orang Mon yang hebat ialah Pagoda Shwemawdaw dan Pagoda Shwe Dagon yang disaluti emas itu.




Antara kerajaan orang Mon ialah Honsawati, Dvaravati dan Hariphunchai.Champadesa atau Champaka Sari didirikan oleh kaum Cham,satu sukukaum Proto Mala yang memiliki kemahiran maritim yang tinggi.Champa beragama Hindu dan antara negarakota-negarakota yang dibina oleh kaum Cham ialah Inderapura,Amaravati,Vijaya,Kauthara dan Panduranga.Kaum Cham mengikut kajian antropologi adalah serumpun dengan orang Aceh.Hari ini di Kemboja masih terdapat penempatan mereka seperti di Kampong Cham yang merupakan wilayah terpadat populasinya di Kemboja.Di Kemboja juga masih terdapat nama-nama tempat yang bermula dengan nama 'Kampong' seperti Kampong Siem. Antara binaan kaum Melayu Cham ini yang terkenal ialah Cham Tower atau menara Cham yang penuh misteri itu.


*Cham Tower,antara senibina Melayu Champa,adakah ketika itu orang Melayu Champa sedang melukis gambar monyet di gua-gua?


Sebahagian kesenian arkitek bangsa Khmer dan Viet adalah diambil dari seni kaum Cham Purba ini serta orang Mon.Etnik Tai yang pernah berada dibawah pemerintahan Empayar Khmer pula telah mencedok budaya Khmer termasuk tulisan mereka.Raja Tai bernama Ramkhamhaeng telah mengubahsuai tulisan Khmer Purba menjadi tulisan Tai yang ada sekarang ini.Tulisan jenis ini berasal dari tulisan Brahmi.Tulisan Brahmi adalah tulisan yang digunakan oleh bangsa India serta penduduk Asia Tenggara sejak ajaran Hindu diperkenalkan.Tulisan yang digunakan oleh penduduk Asia Tenggara adalah Pallava (subBrahmi) yang juga digunakan oleh kerajaan-kerajaan India Selatan.Sebutan 'Khmer script' dalam istilah Khmer adalah 'aksar' mempunyai kaitan dengan 'aksara' iaitu tulisan Nusantara yang dimodifikasi dari tulisan Brahmi.Dari skrip Pallava,penduduk Nusantara mengubahsuainya menjadi tulisan Kawi dan dari Kawi ini bertebaran tulisan-tulisan lain.Skrip Brahmi adalah berasal dari tulisan Aramaik Purba yang digunakan oleh Empayar Parsi Achaemenid yang diasaskan oleh Cyrus The Great (ingat bangsa Mada-yu?).JADI AKHIRNYA 'PUZZLE' INI KEMBALI KEPADA ISKANDAR ZULKARNAIN JUGA.Bangsa Mala (Old Persian:Malai Assyrian:Malayu) bersama-sama bangsa Aryan Avestan yang lain membawa tulisan Brahmi berserta budaya Vedic dan agama Abraham (Brahmi,Brahman,Abraham) ke Benua India beribu tahun dahulu.




Kerajaan Srivijaya juga menggunakan skrip Pallava dalam penulisan bahasa Melayu Kuno mereka.Ini tercatat dalam Prasasti Kedukan Bukit:

"Swasti, sri. Sakawarsatita 604 ekadasi suklapaksa wulan Waisakha Dapunta Hyang naik di samwau mangalap siddhayatra. Di saptami suklapaksa wulan Jyestha Dapunta Hyang marlapas dari Minangatamwan mamawa yang wala dua laksa dangan kosa dua ratus cara di samwau, dangan jalan sariwu telu ratus sapulu dua wanyaknya, datang di Mukha Upang sukhacitta. Di pancami suklapaksa wulan Asadalaghu mudita datang marwuat wanua ….. Sriwijaya jayasiddhayatra subhiksa"

Maksudnya:

Selamat dan bahagia! Dalam Shaka 605, pada sebelas
hari bulan terang dari bulan Waisyakha Baginda naik
kapal mencari untungnya pada tujuh
hari bulan terang dari bulan Jyestha Baginda berangkat
dari muara Tamvan membawa bala dua laksa dengan
... dua ratus pawang di kapal dengan yang jalan kaki seribu
tiga ratus dua belas banyaknya datang di Matajap
suka cita. Pada lima hari bulan terang dari bulan Asada
belayar mudik, datang membuat benua ...
Srivijaya kota yang berjaya, yang bahagia, dan yang makmur!


Pada tahun 671 seorang pendeta Buddha dari negeri China bernama I Tsing dalam perjalanannya ke India beliau telah singgah ke Srivijaya untuk belajar tatabahasa Sanskrit, memperlihatkan betapa pentingnya Sriwijaya waktu itu.Bayangkan seorang pendeta Cina melanjutkan pelajarannya dalam bidang Tatabahasa Sanskrit di universiti Kerajaan Melayu Sriwijaya.Mengapa tidak belajar di India?Ingat,teks agama Buddha kebanyakannya ditulis dalam bahasa Pali.Bangsa Mala amat tinggi kemahirannya dalam bahasa Sanskrit,yang merupakan bahasa kerabat istana,para Brahmin dan bangsawan,manakala Pali adalah bahasa rakyat atau kebanyakan.

I Tsing juga mencatatkan di Sriwijaya ada lebih dari seribu pendeta. Setelah tinggal selama 6 bulan di Sriwijaya,beliau bertolak ke Nalanda, India untuk belajar di Universiti Buddha mempelajari ajaran Buddha Mahayana, selama 13 tahun di sana. Kemudian pada tahun 685 kembali ke Sriwijaya untuk menterjemahkan teks Budha ke dalam Bahasa China dan menyusun buku memoirnya yang memakan waktu 4 tahun di Sriwijaya. Pada tahun 689 kerana keperluan alat tulis dan pembantu maka I Tsing bertolak ke Kanton dan kembali ke Sriwijaya dengan 4 orang teman untuk menyiapkan memoirnya yang akhirnya diselesaikan pada 692 dan pada 695 beliau kembali ke China.

Pada tahun 1005 seorang raja Sriwijaya membangun sebuah biara di Nagapatam, pantai Timur India, dan Raja Chola, menghadiahkan hasil pajak tahunannya sebuah tempat bagi para saudagar Sriwijaya untuk singgah, tinggal dan menjalankan aktiviti keagamaan. Perkara ini menunjukkan pada waktu itu sudah ada hubungan dagang antara Sriwijaya dengan India. Pada era bersamaan ada sebuah catatan China yang mengatakan bahawa pada masa itu hidup Seorang reformis Agama Budha di Tibet bernama Atisa yang mencatatkan bahawa beliau telah belajar di Sriwijaya dari tahun 1011 sehingga tahun 1023 dengan seorang mahaguru Melayu bernama Dharmakirti,seorang ketua pendeta kuil Buddha di Sumatera.Dalam biografi Atisa disebutkan Sumatera merupakan pusat terbesar agama Budha dan Dharmakirti adalah sarjana terbesar pada masa itu.Bayangkan seorang sami muda dari Tibet sedang tunduk berlutut sambil mencium bumi di hadapan gurunya,seorang pendeta Melayu berkasta tinggi,seorang sarjana terbesar agama Buddha seluruh dunia.Segala rahsia mistik dan 'sufism' agama Buddha adalah dalam kepala pendeta Melayu ini.

JIka kita memahami misteri yang menyelubungi Nusantara setakat ini,kita akan memahami adakah bangsa misteri masih tinggal di dalam gua sambil mengail ikan atau melukis gambar monyet di dinding-dinding.Kita akan tahu mengapa para Firaun mengatakan dunia sebelah sini adalah The Land of The Gods dan asal nenek moyang mereka.Bangsa yang duduk di SISTEM PULAU TERBESAR mustahil tidak memiliki pengetahuan bintang yang tinggi.Ini kerana di tengah-tengah lautan,di waktu malam,bintang-bintang adalah kompas dan peta yang besar.Bangsa yang memiliki ilmu perbintangan pasti sudah biasa dengan buruj Orion.Dan susunan Piramid Giza adalah mengarah sejajar dengan kedudukan bintang-bintang Orion.

Sebelum kita mengakhiri perbincangan kita setakat ini,mari kita hayati catatan seorang ilmuan dari Universiti Skovde iaitu Daniel Kaplan.

"Abraham was 99 when Sarah gave birth to Isaac, from whom descended the Jews and later the Christians. His first son was Ishmael, patriarch of the Moslems, born to his servant Hagar. Some even say that Abraham had other children who went east and became the Brahmins, or the highest caste of Hindus and early priests of Buddhism. All this because God told him to 'Go yourself.' 'Through you', God told Abraham, 'all the people will be blessed.'" 

(Danial Kaplan,Walking With Abraham-I'm Coming Home)

No comments:

Post a Comment