Friday, September 28, 2012

The Matrix 4th Density:Introduction









Fasal ini dalam menyatakan mukaddimah alam-alam ciptaan The Programmer atau yang disebut 'Matriks'.Di dalam mukaddimah ini akan diperjelaskan akan maksud ruang dan masa dan bagaimana kedua-duanya hanyalah ilusi atau imaginasi semata-mata.



Peringatan

Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yang mursyid dalasaam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh seperti Tanwirul Qulub, Minhajul Abidin,Futuhatul Ariffin,Sirus Salikin dan Hikam,atau lebih bagus sebagai permulaan kitab Imam Al-Ghazali, Ihya 'Ulumuddin.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cuba untuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.

Petikan dari filem adalah sekadar trivia dan selingan untuk melegakan adrenalin.Ia tidak bermaksud sebagai sumber penerangan.



Ini adalah pembukaan kepada siri The Matrix 4th Density.Mengandungi pengenalan kepada pemahaman awal kepada konsep ruang dalam pengajian The Matrix.Ia juga merupakan ulangkaji kepada pemahaman asas The Matrix dalam 3 siri sebelumnya.

Ruang adalah 'bekas' atau 'kandungan' yang menempatkan pelbagai entiti dan skrip ciptaan The Programmer.Dalam ertikata kehidupan manusia,ruang adalah tempat di mana para makhluk berdiam.Tanpa ruang,para entiti dan skrip tidak terbina.Ini adalah kerana entiti dan skrip program berhajat kepada ruang untuk berhidup.Ruang tidak konkrit;ia adalah bersifat seperti Matrix:apa yang anda percaya.





PENGENALAN KEPADA RUANG-ILUSI









-Then you'll see that it is not the spoon that bends, it is only yourself.








Apakah Matriks?Matriks secara asasnya ialah ruang.Ia juga boleh diistilahkan sebagai 'bekas' atau 'kandungan' yang digunakan untuk mengandungi sesuatu.Namun bukan sepenuhnya Matriks itu dikatakan sebagai ruang.Dalam ertikata lain,ruang adalah Matriks,namun Matriks tidak sepenuhnya ruang.

Di dalam Matriks terdapat dimensi.Dimensi adalah ruang terukur.Ruang-ruang yang dapat dijelaskan kedudukan dan sifatnya oleh pancaindera manusia.Ini bermakna bukan semua ruang mampu diukur oleh pancaindera manusia.Jadi kita boleh membuat kesimpulan bahawa semua dimensi adalah ruang,namun ruang bukan sepenuhnya dimensi.

Pemikiran manusia pada amnya mampu mengesan ruang tiga dimensi (3D).Di sana terdapat ruang 1 dimensi hingga berjuta dimensi.Lihat,betapa lemahnya manusia berbanding penciptaan sang Pencipta,The Programmer.Jika anda memahami perbicaraan ruang dan dimensi setakat ini,anda mungkin telahpun sedar bahawa ruang-ruang itu sebenarnya terlampau banyak,dan terdiri dari kejuruteraan dimensi yang kompleks.

Bagaimana ini terjadi?

Inilah dia sebahagian rahsia di dalam pengajian The Matrix.

Ruang yang dimana entiti berhidup adalah terdiri dari pelbagai ragam kejuruteraan dimensi,yang hanya boleh diserap keberadaannya oleh pemikiran tahap demi tahap.Pemikiran manusia hanya boleh menyerap bentuk-ruang dari 1 dimensi hingga 3 dimensi.Selebihnya pemikiran manusia tidak mampu mencerna sifat dan tabiatnya;dalam istilah matematik-panjang,tinggi atau lebar.Manusia berhajat kepada dimensi untuk menafsir ruang.Jika tiada dimensi maka tiada ruang dalam kamus pemahaman manusia.Dengan perantaraan dimensi,manusia mampu merasa keberadaan ruang dan 'merasa' berhidup di dalam ruang.Kita akan bincangkan fasal ini dalam bab yang pertama:Matriks di dalam Matriks dan bab ketiga:Pengetahuan tentang Matriks nanti.

Ini menunjukkan manusia sebenarnya tidak mampu 'melihat' ruang tanpa konsep dimensi.Sejauh mana manusia mampu menangani ruang,ialah bergantung kepada sejauh mana dia menangani pemahamannya kepada konsep dimensi.Dimensi adalah asbab ruang terwujud dalam kotak fikiran manusia.Manusia yang tidak mampu memahami dimensi,sukar memahami ruang.Sebagai contoh,pesakit mental (baca:orang gila) seperti skizofrenia tahap berat tidak mampu melihat ruang sama seperti orang normal yang lain kerana konsep dimensinya yang mengalami pincangtugas.

Jika anda memahami setakat ini,anda akan sedar bahawa sebenarnya mata manusia bukan hakikat penglihatan kepada ruang.Kuasa melihat yang sebenar berada pada minda manusia.Mata hanya sebagai pengesan/sensor cahaya.Cahaya pula adalah asbab kepada dimensi.


Ruang--->dimensi--->cahaya--->mata--->minda


Cahaya adalah pergerakan terbukanya hijab kepada dimensi.Hijab ini dalam penafsiran manusia adalah kegelapan.Dalam istilah Matriks,cahaya adalah skrip masa-nyata yang bertugas membaca coding ruang dan membawanya ke sensor minda iaitu mata.Minda akan membuat pengecaman dan 'melihat'.Jadi cahaya adalah paket-paket data yang bertugas membawa ruang kepada minda.Apabila cahaya adalah medium yang 'berjasad',dimensi adalah konsep yang merupakan natijah dari cahaya dan minda.Dengan kata lain dimensi wujud dengan penapisan dari cahaya.Cahaya yang membentuk dimensi dan menghantarnya ke minda,melalui sensor mata.Tanpa cahaya,tiada dimensi.Maka tiada ruang yang mampu difahami manusia.Apakah maksud semua ini?

RUANG YANG DIFAHAMI MANUSIA SEBENARNYA ADALAH TINDAKBALAS CAHAYA.

Cahaya terdiri dari dua keadaan.Terang dan gelap.Dalam minda manusia,ia mengenalnya dalam kod warna.Hitam dan putih.Jika dua keadaan ini membentuk cahaya maka kegelapan sebenarnya ialah satu bentuk cahaya.Ini yang membentuk konsep DARK MATTER.Sebagaimana 'dark matter' (jisim gelap) yang dikatakan membentuk 70% alam semesta ini,maka kegelapan juga membentuk majoriti ruang.


JIKA BEGITU APA KAITANNYA DENGAN MATRIKS?


Kita maklum bahawa Matriks adalah ruang.Namun untuk membezakan antara Matriks dan ruang,kita harus mengetahui Hukum Pertama Matriks iaitu:


"Bagi entiti yang wujud di dalam Matriks,ia berjumlah infiniti;tidak terkira banyaknya.Di luar Matriks,tiada Matriks"


Dalam konteks ini,di dalam Matriks terdapat banyak ruang,namun di luar Matriks tiada ruang.


Matriks,jika anda belum memahaminya setakat ini,merupakan asbab untuk ruang 'berhidup.Ruang berhajat kepada Matriks untuk mengekalkan kewujudannya.Tanpa Matriks,ruang tidak mampu dicerna kewujudannya oleh makhluk yang berfikir.Ruang menjadi tidak berasa,berwarna atau berbau.

Bagaimana makhluk mengenal ruang?

Makhluk mengenal ruang melalui tindakbalas cahaya yang disebabkan oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.




BIT-BIT BERKELAJUAN SUPERCAHAYA



The Programmer telah mencipta pelbagai entiti dan skrip program dengan setiap satunya mengandungi bahan asas iaitu coding yang dipacu oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Bit-bit berkelajuan supercahaya ini setiap saat patuh kepada arahan dan pengaturcaraan The Programmer.Tiada sedetik pun masa yang tercicir untuk melanggar arahan The Programmer dan tiada secuit pun pergerakan yang terlepas untuk mengkhianati pengaturcaraan The Programmer.Bit-bit berkelajuan cahaya ini adalah juzuk paling setia dan patuh kepada setiap aturcara The Programmer,ini kerana ia telah dicipta khas untuk taat dan patuh tanpa apa-apa bangkangan.

Di dalam ruang-ruang yang digelar 'Matriks',bit-bit berkelajuan supercahaya ini adalah kunci utama kepada segala bentuk imaginasi yang dipanggil 'pergerakan','daya' atau 'tenaga'.Pemindahan atau pergerakan sesuatu jasad dari satu titik ke satu titik adalah disebabkan tugas yang digalas oleh bit-bit berkelajuan supercahaya ini.Dari pergerakan sehelai daun yang gugur pada sebuah pohon hinggalah pergerakan pasir di dasar laut,semuanya digerakkan oleh bit-bit berkelajuan supercahaya yang memacu coding yang statik.

Bit-bit berkelajuan supercahaya ini boleh berubah bentuk;dengan kata lain bersifat 'shapeshifting' sama seperti skrip program yang membina entiti jin dan syaitan.Bit-bit berkelajuan supercahaya ini boleh membesar beribu kali ganda,menyerupai apa sahaja bentuk program yang dikehendaki oleh The Programmer.Dengan kata lain bit-bit berkelajuan supercahaya ini bersifat:

1-Fleksibel
2-Mudahalih
3-Lasak

Bit-bit berkelajuan supercahaya ini adalah kontras kepada coding atau skrip,di mana coding dan skrip adalah statik.



Matriks yang berhidup



Ruang dibawa ke minda melalui perantaraan bit-bit berkelajuan supercahaya.Tiada daun yang gugur melainkan dibawa oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Tiada pasir yang bergerak di dasar laut melainkan digerakkan oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Tiada manusia yang berdiri melainkan disokong oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Tiada angin yang bertiup melainkan digalas pergerakan oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Setiap titis hujan dari zaman Nabi Adam a.s hingga hari kiamat dibawa turun oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Setiap elektron yang bergerak dipacu oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.

Semua juzuk di dalam Matriks dipacu oleh bit-bit berkelajuan supercahaya atas arahan dan kehendak-Nya.

Jika anda memahami setakat ini,anda akan sedar bahawa ruang sebenarnya tidak statik.IA BERGERAK,DIBAWA KE MINDA ANDA.Apa yang sebenarnya yang berlaku ialah ALAM SEMESTA INI TIDAK PEGUN DITEMPATNYA.IA BERGERAK DIBAWA KE MINDA ANDA.

Dalam konsep Fizik Teori ia digelar 'The Holographic Universe'.

Ini adalah topik terhangat dunia Fizik Teori selepas penemuan Fizik Kuantum dan String Theory.

Dalam penjelasan ini,alam semesta seolah-olah seperti sebuah projektori.Alam semesta dipancarkan ke layar dari sebuah alat projektor dan minda melihatnya.Lebih mengerikan,seorang ahli Fizik dari University of London,David Bohm mendapati bahawa alam semesta ini walaupun terlihat konkrit dan padat,namun sebenarnya ia bertindak seperti HOLOGRAM RAKSASA.

Ini berdasarkan penyelidikan terkini dalam Fizik Partikel dimana mereka mendapati bahawa dalam keadaan tertentu partikel subatomik,seperti elektron,mampu berkomunikasi dengan seketika satu sama lain tanpa tergantung pada jarak yang memisahkan mereka.Dalam kata lain jarak antara partikel adalah ilusi.Tidak peduli apakah mereka hanya terpisah 10 kaki atau 10 juta kilometer.Sebagai contoh,satu elektron di dalam kabel di sebuah kampung di Banting,Selangor mampu berkomunikasi dengan satu elektron di medan magnet di bintang Proxima Centauri,4 tahun cahaya dari bumi!

Bagaimana setiap partikel-partikel ini mampu mengetahui apa yang dilakukan partikel lainnya?

David Bohm menerangkan lagi bahawa realiti objektif sesungguhnya tidak ada,bahkan ALAM SEMESTA INI ADALAH KHAYALANberdasarkan fakta-fakta dalam Fizik Partikel.Micheal Talbot,penulis buku The Holographic Universe menambah bahawa alam semesta ini adalah kesan khas dari projektor raksasa dari SUMBER YANG TIDAK DIKETAHUI.

Adakah anda pernah mendengar tentang ini dari 'dongeng-dongeng' agama sebelum ini?




SELAMAT DATANG KE DUNIA HOLOGRAM ANDA.

PERSEMBAHAN HOLOGRAM INI DIBAWAKAN KHAS KEPADA ANDA DARI 'THE SOURCE'













This, this isn't real?


What is real. How do you define real?


You've been living in a dream world, Neo.

 
........

Wednesday, September 26, 2012

Kuasa Pertama The Wizard of History




Bagaimana?Sudah tentu anda semua ternanti-nanti apakah 'kuasa sakti' saya yang pertama.Untuk menjadi seorang ahli sejarah yang radikal,memiliki 'kuasa sakti' ini adalah satu keperluan atau 'prerequisite' kepada kemampuan keempat yang nanti saya akan dedahkan.Kemampuan ke-4 itu adalah termasuk Deria Keenam yang tidak semua orang mampu memilikinya,tetapi ia tidak mustahil boleh dilatih.Kuasa sakti pertama saya ini membolehkan saya dan pakar sejarah yang lain mengetahui apakah yang tersirat di dalam manuskrip-manuskrip atau jurnal-jurnal sejarah,walaupun membaca sebaris ayat.Kuasa sakti ini ini boleh menarik seberapa banyak kesimpulan,deduksi,rumusan atau analisis dari kandungan bahan bertulis.

Kuasa sakti saya yang pertama ialah...








"READ BETWEEN THE LINES"





I knew you were here. I could smell your fear. 

-Blackheart,Ghost Rider





Seorang ahli sejarah yang profesional mempunyai pelbagai taktik untuk menyelesaikan sesuatu kes sejarah.Ya,dalam hal ini profesion ahli sejarah sama seperti seorang ahli forensik jenayah atau pun seorang 'troubleshooter' dalam industri kejuruteraan.Ini terkandung dalam histeriografi.Terdapat dua keadaan di mana seseorang pakar sejarah memerlukan kajian ke atas sesuatu subjek.Pertama kajian ke atas bukti intelek.Kedua ke atas bukti fizikal.Bukti intelek ialah bahan yang boleh dibaca atau didengar.Ia termasuklah karya,manuskrip,prasasti atau riwayat.Bukti fizikal memerlukan pakar sejarah turun padang,atau 'turun site',untuk memerhatikan 'karya' sejarah dalam bentuk bangunan,runtuhan,tapak arkeologi dan sebagainya.

Adakalanya seseorang ahli sejarah tidak mempunyai sumber bukti fizikal,namun memiliki bukti intelek sebagai contoh,hanya memiliki beberapa manuskrip untuk dibuat kajian.Daripada manuskrip atau bukti bertulis ini,ahli sejarah akan membaca atau jika perlu,membuat terjemahan,selepas itu memuat rumusan dari bacaan.Namun,semua ini ada kekangan,jika manuskrip tersebut hanya merupakan sebarisan ayat sahaja,atau terlalu ringkas atau kandungan yang boleh dibaca atau ditafsirkan terlalu minimum,atau kandungannya merupakan kata-kata tersirat.Jadi bagaimanakah seorang ahli sejarah mahu menggunakan semaksimum mungkin bahan intelek yang ada padanya,bagi menyelesaikan sesuatu kes?

Ya,dia memerlukan kemahiran menafsir secara 'READ BETWEEN THE LINES'.

Apakah itu?Bagaimana?

'Read between the lines' bermaksud kita membuat penafsiran secara tersirat daripada sesuatu ayat.Jadi ia juga bermaksud 'BACA SECARA TERSIRAT'.Sebagai contoh,

Jack tidak gemarkan gula.Dia selalu minum air kosong.


Orang yang berfikiran satu lapisan akan melihat ini ayat ini satu pernyataan yang 'straight to forward'.Namun jika dia membaca secara 'read between the lines' dia akan membuat pelbagai tafsiran,contohnya,

Jack seorang penghidap kencing manis.

Dua ayat ini tidak ada kena mengena jika dilihat dari sudut pernyataan.Kita boleh menganalis dengan menggantikan nama 'Jack' pada ayat kedua dengan nama lain,

Jim seorang penghidap kencing manis.

Apabila kita letakkan kedua-dua ayat ini secara berdekatan,adakah orang yang berfikiran satu lapisan akan mengesan sesuatu?

Jack tidak gemarkan gula.Dia selalu minum air kosong.

Jim seorang penghidap kencing manis.


Orang yang berfikiran satu lapisan akan melihat dua pernyataan ini sebagai dua pernyataan berbeza.Namun jika dia membaca secara READ BETWEEN THE LINES,dia akan mendapati...

Jack seorang penghidap kencing manis

Tetapi jika anda lebih 'expert' dalam menafsir secara READ BETWEEN THE LINES seperti saya (dengan maaf) anda akan mampu mengeluarkan lebih 'kuasa sakti' dari hanya dua ayat ini.Bagaimana?Lihat,saya akan menafsirkan begini,

Jim juga tidak gemarkan gula.Jim juga selalu minum air kosong.

Aha,nampak.Adakah ia berhenti setakat itu sahaja?Tidak,anda perlu membuat RUMUSAN untuk MENGIKAT pernyataan tadi,sebagai pengukuhan:

Jack dan Jim penghidap kencing manis.

Jack dan Jim tidak gemarkan gula,Jack dan Jim selalu minum air kosong.


Nampak?Ini adalah deduksi dari kemahiran READ BETWEEN THE LINES.Subjek ini memiliki ciri-ciri penakulan mantik,namun ia lebih 'advance'.Saya tanya anda,adakah ia berhenti setakat itu sahaja?

TIDAK.

Mari saya tunjukkan.Dari kes di atas saya akan membuat lebih banyak READ BETWEEN THE LINES.

Jack dan Jim cepat merasa penat.

Bagaimana saya tahu?Sebab saya tahu.Saya tahu penghidap kencing manis cepat merasa penat.Mengapa?Kerana kekurangan insulin untuk memproses gula dan kegagalan hati mengubah glukosa kepada tenaga yang diperlukan.Jadi anda makan banyak gula dan karbohidrat tapi tidak dapat tenaga.You understand?

Bagaimana saya tahu?Sebab saya ada THE POWER OF KNOWLEDGE.Jadi kriteria yang wajib ada untuk pergi jauh dalam 'menggunakan' kuasa READ BETWEEN THE LINES ialah ilmu pengetahuan yang luas.Dalam konteks penyiasat jenayah profesional,mereka mempunyai pengetahuan dalam banyak perkara.Mereka mengetahui psikologi manusia,emosi,budaya,sains dan teknologi,bahasa,sosial,politik dan ini...SEJARAH.Anda pernah baca cerita-cerita penyiasatan,atau sekurang-kurangnya meminati komik-komik detektif sebagai contoh Detektif Conan?Ya,di sana banyak contoh kemahiran asas READ BETWEEN THE LINES digunakan untuk menyelesaikan kes-kes jenayah.

Anda fikir ia berhenti di sini?Tidak,ia akan berterusan sekiranya anda lebih bijak menggunakan peluang dalam membaca secara READ BETWEEN THE LINES.Mari saya tunjukkan,

Jack dan Jim perlukan gula ringkas.


Apa itu gula ringkas?Nama saintifiknya glukosa.Oleh kerana mereka kekurangan insulin atau mengalami komplikasi hati,gula yang dimakan oleh mereka tidak dapat diproses ke bentuk lebih ringkas untuk mudah digunakan sebagai TENAGA.Dengan kata lain nak dapat tenaga dari gula,kena tukar gula jadi glukosa dulu.Dari glukosa baru dapat tenaga.

Jadi Jack dan Jim perlukan gula ringkas.Adakah anda berasa lebih bijak dari saya?Mari kita lihat.

Jack dan Jim berpotensi membeli produk Glucotim saya!! (contoh)

Jika saya penjual gula khas untuk penghidap kencing manis,pernyataan tentang Jack dan Jim adalah lubuk duit buat saya.Sebab itu,orang yang terlibat dalam pemasaran (marketing) juga menggunakan teknik ini untuk membaca keuntungan masa hadapan.Eh,macam pernah dengar je.Yup,spekulator pasaran saham untuk konotasi lebih 'advance'.Sebab itu ada konsep pasaran hadapan.Orang membeli dan menjual untuk satu premis,pasaran atau komoditi yang tak wujud lagi atau akan wujud.

Ok,akhirnya kita tahu bahawa orang akan READ BETWEEN THE LINES berdasarkan tujuan selepas berdasarkan pengetahuan.

Apa kaitan dengan saya?Oh,banyak kaitannya.Sebagai pengkaji sejarah yang bergerak online dan offline,saya memerlukan teknik khas ini untuk membantu saya menafsir beratus-ratus manuskrip dan prasasti.Mengikut pengalaman saya,cara orang berhubung melalui karya mereka berbeza dengan hari ini berdasarkan perubahan sistem sosial dan teknologi.Pada masa dahulu,cara berhubung mereka jika kita tafsirkan pada hari ini sangat berkias-kias,memiliki nilai sastera tinggi dan bersifat klasik.Jadi pengetahuan diperlukan untuk menyesuaikan cara orang dahulu berhubung dengan rumusan kita yang hidup pada hari ini.Dalam disiplin sejarah,teknik ini lebih kepada sistesis dan kritis.Saya akan beri kajian kes.

Pada tahun 1842,seorang pegawai konsulat Perancis di Mosul,Paul-Emile Botta telah memulakan penggalian di Sungai Tigris setelah membaca di dalam Injil tentang kewujudan kota purba Nineveh (Arab menyebutnya Nainuwa sementara dalam bahasa Akkadia,Ninwa) seperti di dalam Genesis 10:11:

"Out of that land went forth Ashur,and builded Nineveh, and the city Rehoboth, and Calah,"

Kota ini juga disebut dalam kisah Jonah (Nabi Yunus) yang diperintahkan untuk berdakwah kepada satu penduduk kota.Botta percaya terdapat sesuatu di sebalik kata-kata itu dan mengkaji bahawa Ashur adalah bukan nama orang tetapi satu bangsa purba,Asssyria (bangsa Asyur) yang pernah menjadi kuasa besar di lembah Furat dan Tigris bersama-sama Babilon.Botta telah menghabiskan masa enam minggu menggali di Kuyunjik,namun segalanya sia-sia,hanya ketulan batu-bata dan benda-benda kecil yang tidak berkaitan.Namun satu hari,Botta didatangi seorang dari sebuah kampung bernama Khorsabad di Iraq dan orang itu telah mempersoalkan 'hobi'nya mengumpul benda-benda yang tidak berfaedah.Namun seorang pewarna kain telah mendengar perbualan Botta dan orang Khorsabad itu telah mengajak Botta menggali di sana kerana mereka juga selalu menjumpai batu-bata yang sama ketika menggali di Khorsabad.Akhirnya pada 20 Mac 1843,selepas 3 hari menggali,mereka menjumpai bahagian atas satu tembok dengan sebahagiannya diukir dengan ukiran bas-relief.Beberapa minggu kemudian,Botta telah menemui ruangan besar,sejumlah besar koridor dan ukiran-ukiran pada tembok yang menggambarkan raja-raja dan dewa-dewa,peperangan dan ritual keagamaan.Pada masa itu Botta memikirkan dia telah menemui Nineveh,namun penemuannya ketika itu adalah istana Sargon II,raja Assyria.



Namun penemuannya telah membuka jalan kepada para pengkaji selepas itu seperti Sir Austen Henry Layard yang telah menemui istana Sennacherib pada tahun 1849 yang mempunyai 71 bilik dan Perpustakaan Ashurbanipal yang mengandungi 22,000 tablet tanah liat berisi tulisan Cuneiform.Akhirnya pada tahun 1927,di bawah Campbell Thompson,mereka telah menemui sebahagian tembok kota yang digelar 'Nabi Yunus',yang merupakan tembok pertahanan luar Nineveh.

Ini adalah contoh bagaimana,para pengkaji melakukan penerokaan sejarah hanya berdasarkan tafsiran dari satu-satu manuskrip.Bagaimana mereka menemui petunjuk dalam manuskrip dan bertindak mengikut pengetahuan mereka berdasarkan sejarah.

Satu lagi kajian kes yang terkenal ialah penemuan Borobudur.Orang yang memerintahkan pencarian Borobudur,Stamford Raffles telah membaca ayat-ayat yang menceritakan tentang kewujudan candi purba dalam sebuah manuskrip Jawa Kuno.Para penyelidik mempercayai manuskrip itu adalah Kakawin Nagarakratagama,yang ditulis oleh Prapanca pada tahun 1365 Masehi menceritakan kerajaan Majapahit dan kerajaan-kerajaan Jawa sekitarnya.Dalam perenggan/pupuh ke 77:

len teka budur wwirun i wunkulur mwan i manangun i watu kura, bajrasana mwan i pajambayan / ri samalanten i simapura, tambak laleyan i pilangu poh aji ri wankali mwan i beru, lmbah dalinan i panadwan adi nika ri pacaccan apagoh.

maksud:

Sebaliknya Budur,Wirun,Wungkulur dan Mananggung,Watu Kura,Bajrasana dan Pajambayan,Samalanten,Simapura,Tambak Laleyan,Pilanggu,Poh Aji,Wang Kali dan Beru, Lembah,Dalinan,Pangadwan adalah yang pertama-tama di dalam daftar itu telah ditetapkan.

Kepercayaan Raffles tentang satu binaan besar yang hilang di Jawa semakin menyemarak apabila berada di Semarang pada tahun 1814 apabila diberitahu oleh orang tempatan tentang satu binaan raksasa yang diseliputi rimba di tengah Jawa.Binaan itu menjadi mitos di kalangan orang kampung di sekitarnya,mengaitkannya dengan nasib malang dan malapetaka.Selepas itu bersama H.c Cornelius dan 200 orang-orangnya telah membersihkan Borobudur selepas menjalankan 2 bulan penyiasatan.Mereka akhirnya benar-benar menemui 'Borobudur' iaitu nama yang ditulis oleh Raffles di dalam bukunya The History of Java.Tidak ada tempat bernama Budur di Jawa,hanya nama tempat itu ditemui dalam Kakawin Nagarakratagama.

Satu lagi kes ialah kisah Raimy Che Ross,seorang pengkaji bebas dan tutor di Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri & Perdagangan,Pelatih Siswazah di National Gallery of Australia dan Sarjana Pelawat dengan Pusat Pengajian Komanwel Malaysia di Trinity College,Cambridge.Beliau diceritakan telah membaca satu perenggan dalam satu manuskrip Melayu Kuno yang pernah dimiliki oleh Stamford Raffles di Perpustakaan London,tentang kewujudan Kota Gelanggi.Beliau juga menemui petunjuk tentang kota ini ketika berada di Perpustakaan New South Wales State dari manuskrip purba Melayu dan surat-surat berbahasa Jawa.Beliau akhirnya telah menghabiskan masa lebih kurang 12 tahun mengkaji lokasi kota purba yang hilang itu.Nama kota itu ada disebutkan juga di dalam Sulalatus Salatin versi A. Samad Ahmad:

"Hatta berapa lamanya berjalan itu datanglah ke negeri Langgiu; dahulu
negeri itu negeri besar, kotanya daripada batu hitam, sekarang lagi
ada kota itu di hulu Sungai Johor. Adapun nama asal Langgiu itu dengan
bahasa Siam ertinya per¬bendaharaan permata, maka adalah nama rajanya
Chulan; akan baginda itu raja besar, segala raja-raja yang di bawah
angin dalam hukumannya."


Tetapi kita kena ingat Sulalatus Salatin ada banyak versi,lebih kurang 30 versi!Ini disebabkan ramai pegawai British di zaman penjajahan juga campur tangan
dalam terjemahan mereka (mereka pandai berbahasa Melayu dan membaca
tulisan Jawi).Bayangkan jika versi terawal menyatakan lokasi ditempat
sekian-sekian,maka bayangkan jika pegawai tadi ubah tempat lain,atau kesilapan menterjemah.Versi Barat yang
terkenal ialah Shallabear dan Winstedt.

Malangnya dari cerita yang saya dengar,mengatakan bahawa usaha 12 tahun Raimy Che Ross telah 'diblock' oleh kerajaan Malaysia atas sebab-sebab yang pelik.Ada informer saya yang beritahu ini ada kaitan dengan lokasi PUB kepunyaan kerajaan Singapura yang dikawal ketat tentera.Bayangkan jika kesan-kesan kota ini berada di dasar empangan itu!Usaha dari sekumpulan pengkaji dari satu unversiti tempatan juga telah dihalang oleh pihak atasan.What the hell of these?Saya tidak faham dengan sesetengah polisi butasejarah pihak kerajaan.

Tetapi,saya ada pandangan sendiri tentang lokasi Gelanggi.Berdasarkan riwayat Sri Dharmaraja dan beberapa jurnal dari Kemboja,saya mengagak lokasi sebenarnya .Namun buat masa ini saya tidak boleh mendedahkan kerana ia masih hipotesis,dan jika ada pihak yang menyalahgunakan idea saya,mereka mungkin akan merosakkan kawasan bersejarah kita sama ada merompak artifak dan barang berharga (baca:harta karun) atau atas tujuan politik kotor.

Banyak lagi contoh-contoh popular,tetapi antara paling saya kagumi ialah Goerge Coedes,penyelidik Perancis yang telah menemui nama satu empayar maritim paling disegani Asia Tenggara hanya berdasarkan deduksi kepada rekod-rekod purba Imperial China tentang duta-duta yang dihantar oleh empayar itu.Apabila Prasasti Kedukan Bukit ditemui yang jelas menyebutkan nama 'Srivijaya',maka pendapat George Coedes tentang perkataan 'San Fo Qi' atau 'Shi Li Fo Shi' juga 'Sri Boja' adalah kerajaan yang sama.Coedes pertama kali menyatakan kewujudan Srivijaya pada tahun 1918,manakala Prasasti Kedukan Bukit ditemui pada tahun 1920. 

Jadi bagaimana?Sudah tahu rahsia kuasa sakti saya selama ini?

Ok,sekarang saya beri 3 contoh ayat untuk anda baca secara READ BETWEEN THE LINES.

Premis 1:
"Tanah Melayu adalah istilah yang tercipta dizaman bahasa jawa banyak diguna pakai terutama zaman Majapahit berkuasa, Kerajaan Melaka, dan Kerajaan Demak. Keseluruhan pemerintahnya adalah ramai dari raja jawa berbahasa jawa. Bahasa melayu dijadikan bahasa istana pada mulanya dahulu. Bahasa jawa atau jawi serta tulisan jawinya yang mengandungi huruf tambahan dari koleksi hijaiyahnya iaitu 'ga' dan 'nga' kerana bahasa jawa dan akhirnya dimelayukan ini terpaksa menambah dua huruf tersebut untuk disesuaikan dengan lahjah jawa yang banyak perkataan sengau dari yang lain. Ini hanya sangkaan saya, setelah saya dapatkan sedikit sebanyak petunjuknya dari perkhabaran alam ghaib"

Premis 2:
"Once again our government wiped out any references to a famous Melaka prince as being Hindu and belonging to the powerful Hindu empire Sri Vijaya.So all of a sudden our museums, school text-books etc. all refer to Parameswara as a Malay prince"

Premis 3:
"SUDAH TERANG LAGI BERSULUH GAMBAR RAJA SIAM KEDAH SYBURI MERONG MAHA WANGSA DI DALAM PETA PERANCIS 1754 M JELAS TERPAMPANG MEMAKAI SERBAN, BERJUBAH DAN BERJANGGUT" 

Bolehkah anda membaca secara READ BETWEEN THE LINES tiga ayat di atas?Saya?Adakah anda lebih bijak dari saya?Ini jawapan READ BETWEEN THE LINES saya:


















It's holy crap!



:D








Jadi anda telah mempelajari sesuatu hari ini bukan?Jika anda melatih diri anda membaca secara READ BETWEEN THE LINES anda juga melatih diri anda sama seperti pakar forensik,detektif sehingga kepada juruteknik elektrik berfikiran secara 'troubleshoot'.Jadi...




READ BETWEEN THE LINES


//It's okay if you disagree with me.I can't force you to be right.

7 Kuasa Sihir 'Wizard of History',4 daripadanya didedahkan!






Salam sayang dari saya,Srikandi.

Tuan-tuan dan puan-puan,kakak-kakak abang-abang semua...once upon a time...orang yang berkuasa adalah mereka yang memiliki tubuh badan yang kuat.Mereka yang boleh mengangkat batu-batu besar,atau menamatkan riwayat orang lain dengan hanya satu pukulan,dia mendapat kuasa untuk mempengaruhi orang lain bertindak sesuai apa yang diinginkan.Semua orang takut denganKUASA dimilikinya dan tidak punya pilihan lain,melakukan sahaja apa-apa tindakan seperti yang diarahkan.

Kemudian,tidak berapa lama selepas itu,raja adalah orang yang amat berkuasa.Siapa yang menjadi raja,maka dia boleh mengarahkan orang lain melakukan sesuatu untuknya.Tiada orang lain yang boleh menyamai kuasa raja.Jika tidak menjadi raja sekalipun,jika anda isteri raja atau anak raja atau kerabat diraja,maka anda juga mendapat pengaruh jika tidak banyak,sedikit pasti ada untuk melakukan sesuatu mirip seperti raja.Jika anda bukan kerabat diraja sekalipun,jika anda menteri,bangsawan atau orang suruhan raja,anda juga mendapat 'kuasa yang diwarisi' dari raja.Pendek kata,raja danORANG YANG BERHAMPIRAN raja mendapat satu kuasa untuk bertindak dan mempengaruhi.Raja adalah satu komoditi yang perlu ada pada zaman dahulu untuk bertindak LEBIH DARI ORANG BIASA.

Kemudian,apabila masa berubah,tuan-tuan tanah adalah mereka yang berkuasa untuk mengarahkan orang lain bertindak.Jika anda punya banyak tanah pada masa dahulu,anda juga boleh mendapat 'kuasa' untuk mempengaruhi orang lain bertindak seperti yang anda inginkan.Landlord-landlord ini apabila mencapai satu tahap,beraksi seakan-akan raja dan membina 'kerajaan di dalam kerajaan'.Mereka mempunyai ramai hamba;seperti raja-raja.Hamba-hamba ini dibenarkan tinggal di tanah-tanah mereka dan melakukan tindakan sesuai seperti yang diarahkan tuan mereka.Jadi tuan tanah juga tetap mendapat KUASA untuk melakukan lebih dari apa yang orang biasa boleh lakukan.

Kemudian masa berganti masa,ketika revolusi perindustrian,pemodal adalah adalah 'raja yang berkuasa'.Siapa yang punya modal lebih banyak,bermakna dia mendapat KUASA lebih banyak.Seperti raja dan tuan tanah,pemodal juga mampu mengarahkan orang lain berbuat seperti apa yang dikehendakinya.Malah bukan begitu sahaja,pemodal juga boleh memiliki faktor kuasa orang lain,sebagai contoh kuasa raja dan tuan tanah.Pemodal boleh merasuah raja dan membeli tanah-tanah,sekaligus dapat menggandakan 'kuasa-kuasa' yang dimilikinya.

Perubahan zaman telah banyak merubah faktor kuasa.Hari ini siapa yang menguasai maklumat,maka dia adalah 'raja yang berkuasa'.Dalam dunia maklumat hari ini,siapa yang memegang kunci kepada teknologi maklumat,maka dia mempunyai takhta kepada wang,pengaruh dan wanita.Dahulu,siapa yang tubuh badan yang kuat dia MEMILIKI KUASA,siapa yang lahir sebagai kerabat raja atau bangsawan,dia bakal MEWARISI KUASA,siapa punya tanah dan modal,maka dia mendapat PELUANG untuk BERKUASA.Namun,hari ini,siapa lebih banyak maklumat,maka dia MENGAKSES lebih banyakKUASA.Maklumat ibarat komoditi raja-raja.Tanyalah tuan punya Facebook atau Microsoft berapa besar KUASA mampu dicapai hasil dari dunia maklumat.

Terdapat perbezaan antara menjadi raja,dengan menjadi RAJA YANG BERKUASA.Raja yang berkuasa tidak bersandar kepada gelaran untuk berjaya,dia bersandar kepada KUASA YANG DIMILIKINYA.

Di antara semua orang di atas,terdapat satu kelompok yang amat BERKUASA.KUASA yang dimilikinya mampu memanipulasi kuasa-kuasa orang yang bertenaga tadi sama ada faktor kuasanya adalah tenaga fizikal,pengaruh keturunan,hartanah yang luas,wang yang banyak...atau mendominasi rangkaian maklumat.Siapa mereka?

Mereka adalah PAKAR DALAM MANIPULASI SEJARAH.

Bertuahnya,saya adalah salah seorang dari mereka!

Berita baiknya,saya begitu baik hati mendedahkan sedikit KUASA yang ada pada saya!!




..............

Orang-orang dalam kelompok ini adalah RAJA.Mereka bukan sekadar raja hanya pada nama,dan bukan semata-mata RAJA YANG BERKUASA.Tetapi mereka adalah RAJA YANG MEMANIPULASI KUASA ORANG LAIN!

Bagaimana?Seperti mana masih ada orang yang tidak memahami bagaimana Google buat duit berjuta-juta dengan memberi servis percuma,emel percuma,carian percuma dan sebagainya,memahami sejarah dan menggunakannya bagi tujuan tertentu adalah satu seni yang amat kompleks.

Adakah saya mengarut atau membuang masa anda?Ya,saya memang membuang masa anda (jika anda fikir begitu) tetapi saya tidak mengarut.Di dalam Perjumpaan Bilderberg sahaja kita boleh lihat mereka boleh mengumpulkan dari kerabat diraja,usahawan super,konglomerat besar,tokoh seni,pakar ekonomi,pemimpin politik sehingga peneraju teknologi.Semua orang-orang tadi yang kita anggap 'kaya','berkuasa' atau 'hebat',berkumpul di bawah arahan penganjur.Dan penganjur ini LEBIH BERKUASA dari mereka semua.

Kenapa pertubuhan yang kita gelar dia 'Freemason' dianggotai oleh orang-orang yang 'berkuasa dan kaya'.Apa yang mereka mahukan lagi?Jika mereka sudah cukup segala-galanya,tidak perlu mereka memaksa diri mengikuti segala ritual dalam pertubuhan itu.Mereka buat begitu sebab mereka inginkan lebih 'KUASA DAN KEKAYAAN' dariORANG YANG LEBIH BERKUASA dari mereka.Right?

Mereka menggunakan KUASA.Ada beza antara raja yang berkuasa dengan MENGGUNAKAN KUASA.

Bahasa jahatnya,MENGEKSPLOITASI KUASA.

Sempena kempen The Origin of The Sea Dragon,saya akan dedahkan beberapa 'kuasa sakti' saya sebagai artikel-artikel pengiring.

Saya akan mendedahkan 4 jenis kuasa sebagai 'Wizard of History' dan dengannya saya mampu bertindak luarbiasa dari sejarahwan pemalas yang cukup bulan kerjanya cucuk duit di ATM dikala orang ramai yang buta sejarah sibuk bercakaran mahu tukar bendera,bergaduh pasal siapa pendatang atau berebut lemang dan rendang.

Dua kuasa menggunakan IQ,dan dua lagi menggunakan EQ.

Kuasa sakti saya yang pertama ialah...




~Srikandi
The History of Thy Beloved

Tuesday, September 25, 2012

Pembuka bicara dari Srikandi














di atas nisan sejarah

ku tuliskan riwayat silamku

dengan darah peperangan

ku tuliskan riwayat silamku

dengan nanah dan tangisan

 

biar hanyirnya membau perjuangan

biar badinya mengasap kebangkitan






Kepada para pengkaji ilmu,para pencinta sejarah,anak-anak bangsa,para pendidik,negarawan-negarawan,kerabat diraja dan warisan Srivijaya...Dari gerbang para Dapunta dan Bentara,saya...Srikandi membuka bicara dengan seribu syahmura santun nan susila.

Tidak dinafikan bahawa Hang Tuah,seorang komander,negarawan,perancang militari terunggul,laksamana,ketua tentera dan pemikir...dalam manuskrip-manuskrip lama Melayu,menyatakan bahawa 'Tidak Hilang Melayu Di Dunia'.Ramai akan mencebik dengan kata-kata ini daripada editor majalah lawak,mat-mat kilang,teknokrat sehinggalah Tun Dr. Mahathir Mohamad (dengan maaf) sendiri punya 'inferior' terhadap kata-kata ini.Tidak hilang Melayu di dunia,adalah satu ayat yang amat misteri dan apabila ia jatuh ke tangan saya,'The Wizard of History'...saya dengan kuasa sihir 'channeling' saya,melihat sehingga 1300 tahun Sebelum Masehi sebuah tamadun satu bangsa yang tidak pupus sehingga ke hari ini sementelah bangsa-bangsa hebat seperti Mesir Purba,Akkadia,Assyria,Media,Phoenicia dan sebagainya pupus sebagai satu 'state-nation'.

Sargon of Akkadia,Nebuchadnezzar II yang menakluk Judah dan Jerusalem,Nimrod of Mesopotamia yang sezaman dengan Nabi Ibrahim dan Ashurbanipal King of Nineveh adalah mereka yang menyaksikan rahsia di sebalik ayat-ayat Hang Tuah.Ada yang menganggap Hang Tuah adalah fiksyen,namun di mana saya mahu mencampakkan kata-kata ini,"

“Malacca is such importance and profit, that is has no equal in the world. It is a city state made for merchandise, fitter than any other in the world.."


Ini bukan kata-kata Hang Tuah atau Hang Buah...jika kita rasa ia fiksyen,tetapi ini adalah kata-kata Tom Pires,pengembara dan penulis Portugis yang berasal dari Lisbon yang hidup pada abad-16.Begitu juga kata-kata ini,

“Malacca is the richest seaport with the greatest number of wholesale merchants and abundance of shipping that can be found in the whole world..” 

dari penulis dan pedagang Portugis,Duarte Barbosa.Jika seorang pedagang yang pakar menyatakan saiz pasaran dan bisnes kepada anda,adakah anda menafikan?Jika saya pergi ke Guangzhou dan menyatakan kepada anda saiz pasaran borong di sana,adakah anda percaya?Pergi tanyalah para 'pedagang' di Chow Kit atau Plaza TAR.Jika kita percaya kepada kewujudan Melaka sebagai "greatest number of wholesale merchants and abundance of shipping" dari pedagang luar negara,mengapa tidak kita percaya kepada personaliti Hang Tuah?Pelabuhan perdagangan yang mampu menjalankan bisnes maritim yang berskala besar mengatasi peranan Venice di Itali tidak mungkin wujud tanpa orang-orang yang bersifat negarawan dan bijak dalam siasah perniagaan.

Dahulu orang mencebik tentang kisah Hang Tuah pergi ke Jepun dalam Hikayat Hang Tuah,namun apabila ditemui rekod-rekod hubungan Kerajaan Ryukyu dengan Melaka seperti Maharaja Sho Tako telah mengirimkan utusan dan hadiah kepada Sultan Mansur Shah berupa 2,000 buah mangkuk, 5 buah kipas,20 buah tembikar,5 bilah pedang dan 25 kotak kain sutera,barulah mereka sedar bahawa ada 'something' dalam hikayat Melayu lama itu.Tanyalah para pengkaji Jepun tentang rekod-rekod kerajaan Ryukyu dengan Aceh,Siam dan Jawa.

Jika Hang Tuah tidak wujud,Melaka juga tidak wujud.

Jika Melayu hilang di dunia,maka dunia ini juga akan hilang.

Hang Tuah tidak bercakap soal budaya atau identiti.Ya...kita tahu orang Melayu di Singapura semakin terhakis identiti mereka kerana asakan budaya material di sana.Anak-anak Melayu sudah biasa bercakap bahasa Inggeris di rumah.Di utara,anak-anak Melayu tidak kenal bahasa mereka dan bangga berbahasa Thai.Bangsa juga ditukar menjadi 'Thai Muslim'.Jika saya melihat dari aspek ini,saya akan percaya bahawa Hang Tuah membuang masa saya dan merepek-repek.Tetapi sebenarnya beliau TIDAK MEREPEK.

Hang Tuah bercakap mengenai soal SURVIVAL.Melayu tetap Melayu walaupun diasak berbagai-bagai bencana.Cara mereka bertahan amat unik,menggunakan diplomasi dan tolak ansur.Dengan cara yang aneh ini,mereka bertahan dan tetap wujud walaupun bangsa-bangsa purba sezaman dengan mereka musnah dan pupus tidak bersisa.Hang Tuah tahu,apabila beliau dilantik menjadi ketua angkatan laut Melaka,pada masa yang sama beliau telah menjadi duta dan mendapat tiket untuk mengembara ke seluruh dunia.Dari kerajaan-kerajaan yang dilawatinya,Hang Tuah telah menyedari bahawa kerajaan-kerajaan itu mempunyai sejarah dan rekod perdagangan dengan kerajaan-kerajaan Melayu sebelumnya.Saya tidak hairan dengan kisah Hang Tuah pernah melihat piramid ketika pengembaraannya ke Mesir.Idea nenek moyang berdiri megah di tempat orang.

Jika orang Melayu tidak survive,mereka akan mengikut jejak bangsa-bangsa yang hilang.Mengapa orang Melayu sangat membenci Yahudi?Kerana mereka pernah berurusan dengan mereka beribu tahun yang silam dan kenal perwatakan dan cara orang Yahudi berniaga.Mengapa tulisan Rencong mendekati tulisan Phoenicia?Mengapa ada kosakata Ibrani (Old Hebrew) dalam bahasa Melayu?Mengapa ada perkataan Mesir Purba dalam bahasa Melayu?Mengapa ada persamaan kata dalam bahasa Maya dan Melayu?Why..why...and why...dan senarai ini akan berterusan jika kita tidak memahami cerita di sebalik kata-kata Hang Tuah. 

Identiti dan budaya mungkin akan hilang jika kita miskin sejarah.Sejarah adalah benteng terakhir untuk mempertahankan identiti bangsa.Walaupun bahasa dan budaya lenyap sekalipun,jika kita punya jejak sejarah...kita tidak akan pupus.Kaum Inca sudah pupus bahasa dan budaya,namun bukti sejarah masih ada dan dunia masih merakam tamadun mereka.Biar orang Melayu di Thailand dan Singapura pupus budaya dan bahasa namun kita di sini masih punya tanahair.Jika kita masih punya harapan,harapan itu akan menyalakan mimpi-mimpi kita.Jika semua lilin-lilin impian sudah padam,kita hanya perlukan satu sahaja lilin.Satu sahaja.Dengan satu lilin ini,ia akan menyalakan lilin-lilin yang lain.Itulah harapan.Jika anda semua mati dan terpadam di dalam hujan lebat sekalipun,biar saya menjadi harapan yang menyala-nyala.

Bila saya bercakap pasal 'Tidak Melayu Hilang di Dunia',saya bercakap pasal sikap optimistik Hang Tuah.Self-confident.Self-esteem.Hang Tuah bercakap berdasarkan pengalamannya sebagai duta dan komander satu empayar maritim yang hanya dikendalikan dari satu 'seaport'.Jika yang bercakap itu Hang Buah atau Hang Rempit,kita boleh abaikan,tetapi tunggu tuan-tuan dan puan-puan...yang bercakap itu adalah seorang negarawan ulung.Namanya disebut dalam dua manuskrip teragung,Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah.Jika Melaka hanya kampung nelayan yang miskin dan Hang Tuah adalah ketua kampungnya,kita boleh abaikan sahaja tetapi tunggu abang-abang,kakak-kakak...yang berkata itu adalah seorang komander tentera dan pakar sains politik teragung,yang menukar Melaka menjadi Venice Timur Jauh.

"Whoever is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice"

-Tom Pires

Jika Hang Tuah adalah fiksyen.Melaka juga adalah fiksyen.

Tom Pires adalah fiksyen,Venice adalah kota Cinderella.
 

Sebab itu,bila saya bercakap tentang 'Tidak Melayu Hilang di Dunia',saya bercakap tentang bisnes maritim orang-orang Melayu yang menjangkau 1100 tahun Sebelum Masehi.Saya bercakap tentang survival dan dayatahan untuk memperjuangkan kewujudan.Walaupun dijajah beratus tahun,kita akhirnya masih punya tanahair dan masih mengekalkan institusi raja-raja kita,di mana institusi raja-raja kita adalah yang tertua di Asia Tenggara mengatasi Thailand dan Kemboja serta antara tertua di dunia!

Bila bercakap tentang institusi raja-raja yang tertua,saya bercakap tentang dayatahan mengekalkan tradisi kepimpinan dan hegemoni politik.Ketika seluruh dunia diserang demokrasi dan menyerah kalah,kita masih mengekalkan tradisi kepimpinan kita.Apabila tradisi raja kita kekal maka nama 'Srivijaya' juga kekal,sebagaimana yang terpahat dalam prasasti-prasasti,bukan sahaja di tempat kita,malah di India dan China malah sejauh kerajaan Abbasiah dan arkib di Vatican.Jika kerajaan-kerajaan purba di India memahatkan sejarah kita di dalam prasasti mereka,seperti Tanjore dan Nalanda serta dinasti-dinasti imperial China merekodkan nama kita di dalam manuskrip-manuskrip diraja mereka maka bisnes maritim kita adalah 'real'.Pengurusan pelabuhan kita adalah 'real'.Transaksi perdagangan kita adalah 'real'.Perniagaan borong kita adalah 'real'.Urusan tol dan cukai antara Timur dan Barat adalah 'real'.Kawalan trafik perkapalan antara India dan China adalah 'real'.

Bila bisnes maritim kita adalah 'real'.Srivijaya adalah 'real'.Melaka adalah 'real'.

Jika bisnes maritim kita adalah fiksyen,Selat Melaka adalah fiksyen,Singapura adalah fiksyen.Tetapi kita tahu,Singapura hari adalah negara maju hasil bisnes antarabangsa melalui kawalan trafik Selat Melaka.Jika Segenting Kra dijadikan terusan,kita akan lihat siapa yang akan jadi 'cacing di dalam mikrowave'.

Jadi,bila ada orang berkata 'Tidak Melayu Hilang di Dunia',ini bergantung kepada tahap pemikiran anda dan self-esteem anda.Hang Tuah mengeluarkan kata-kata itu ketika dirinya bersemangat melihat status pengurusan pelabuhan dan perdagangan orang Melayu mencapai tahap sehingga orang luar mahu menaklukinya.Di dalam Sulalatus Salatin ada menyebutkan situasi Melaka ketika itu:

“Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai bandar Melaka pada zaman itu. Maka segala orang Arab dinamai Malakat, ertinya perhimpunan segala dagang, kerana banyak jenis dagangan ada di sana…”

Adakah Sulalatus Salatin merepek-repek dan berkhayal?Seperti Hang Tuah berkata 'Tidak Melayu Hilang di Dunia'?Namun apabila Tom Pires yang menulis di dalam bukunya Suma Oriental:

“There is no doubt that the affairs of Malacca are of great impertance, and of much profit and great honour. It is a land that cannot depreciate on account of its position, but must always grow. No trading port as large as Malacca is known, nor any where they deal in such fine and highly-prized merchandise. Goods from all over the East are found here; goods from all over the West are sold here. It is at the end of the monsoons where you find what you want and sometimes more then you are looking for”

Bukankah seperti sama dengan ulasan Sulalatus Salatin?

Sebab itu bila beratus tahun sebelum kewujudan Melaka,apabila tertulis nama kerajaan Langkasuka pada manuskrip Hikayat Merong Mahawangsa maka orang-orang Melayu yang perasan mereka berpelajaran mengetawakan kerajaan fiksyen dan dongengan ini.Namun apabila para sarjana antarabangsa menemui nama "Lang-ya-xiu" dalam rekod Dinasti Liang,sarjana Tamil menemui perkataan ""Ilangasoka" terpahat di dalam kuil purba di Tanjore,disebut jelas 'Langkasuka' dalam rekod era Majapahit,Kakawin Negarakratagama,hari ini Langkasuka bukan lagi mimpi penglipurlara.

“When the king goes forth he rides upon an elephant. He is accompanied by banners, fly-whisks, flags and drums and he is shaded with a white parasol. The soldiers of his guard are well-appointed. The inhabitants of the country say that their state was founded more than four hundred years ago..."

-rekod imperial Dinasti Liang 500 Masehi mengenai negara "Lang-ya-xiu".

Apabila seorang sarjana Belanda menemui satu batu bersurat yang mulanya dijadikan mainan oleh para penduduk kampung di Sumatera,beliau merasakan tulisan aneh pada batu itu mempunyai rahsia yang mendalam.Apabila ditemui kata 'Srivijaya,kota yang makmur' pada batu bersurat,ramai orang merasakan ia adalah omong-omongan dan sekadar kata-kata azimat.Namun apabila Goerge Coedes,seorang sarjana yang mengkaji sejarah Asia Tenggara mendedahkan bahawa nama 'Sanfotsi' dalam rekod dinasti Sung,merujuk kepada Srivijaya,sebuah empayar maritim yang hilang,kemudiannya beratus-beratus manuskrip,catatan pengembara dan prasasti muncul dari Parsi,Arab,India,China sehinggalah kepada riwayat-riwayat Mon,Thai,Khmer dan Burma mengungkapkan sebuah hegemoni politik yang memakan masa lebih 1000 tahun.

"Sanfotsi (Srivijaya) is situated between Cambodia and Java. . . . The people are skilled at fighting on land and water. . ."

-rekod imperial Dinasti Sung abad ke-10 Masehi

Srivijaya pada hari ini tidak dapat dinafikan oleh sejarahwan adalah legenda politik dan bisnes maritim Asia Tenggara.

Apabila seorang kenalan menunjukkan kepada saya satu salinan mikrofilem sebuah manuskrip dari koleksi The Institute of Microfilmed Hebrew Manuscripts berdasarkan beberapa projek pemuliharaan manuskrip Ibrani Kuno seperti Mishna dan Piyyut,saya telah nampak maksud dari kata-kata sosok misteri,Laksamana Hang Tuah.

Saya melihat kata 'תּנּין' yang bermaksud 'dragon' setelah menyemak mengikut kamus moden.Namun rakan saya yang mempunyai darah Yahudi di sebelah ibu menyatakan bahawa ia bermaksud raksasa air,atau 'ular besar yang tinggal di laut' (sea monster).

Manuskrip itu amat susah difahami,kerana menggunakan bahasa Ibrani (Old Hebrew) era Biblical sekitar abad ke-6 Masehi.Manuskrip itu majoriti isinya ialah mengenai tatacara atau ritual satu aliran keagamaan tertentu.Terdapat kata 'ophir' di sana sebagai satu kalimah pemujaan.Saya teringatkan panggilan orang Barat terhadap Gunung Ledang sebagai 'Mount Ophir'.Apabila saya ajukan makna 'ophir',rakan saya menjawab 'ring of fire'!

Hebrew:

Malay=Hebrew=English

Api=ophir=ring of fire.

Adat=dawth=law

Surau=sawraw=house,small mosque/fort


Egyptian:

Malay=Egyptian=English

Mata=maat=eye

Perahu=perehu=boat


Phoenicia:

Malay=Phoenicia=English

Rabun=rabun=blindness(Malay),large eye(Phoenicia)

Bala=Baal=disaster(Malay),fertility(Phoenicia)


Bagaimana perkataan-perkataan dari bangsa-bangsa purba boleh ada dalam kosakata Melayu?Bahasa Melayu berhubung dengan bahasa Sanskrit dan Arab melalui faktor agama,Parsi dan Cina melalui perdagangan dan bahasa-bahasa Eropah melalui penjajahan dan globalisasi,tetapi bagaimana dengan Ibrani,Mesir Purba dan Kanaan (Phoenicia)?Kosakata Phoenicia contohnya mempunyai makna yang berlawanan dengan bahasa Melayu dengan kata yang sama.Adakah ini kebetulan?Ini amat aneh dan membingungkan!

Tidak Melayu Hilang di Dunia,membawa erti mendalam bagi saya.Bila saya merenung dalam-dalam kata-kata Laksamana Hang Tuah ini,saya seperti dibawa mengembara ke Sumeria di zaman Sargon II,Nebuchadnezzar ketika menawan Jerusalem,pasar-pasar di kota Petra oleh kaum Arab Purba Nabatean,raja-raja Media (Madyan) dan Parsi,Cyrus The Great dan Cambyses II dan dataran Persepolis juga kota Rom di bawah Hadrian dan Marcus Aurelius.

Kemudian era kejatuhan Empayar Rom,kebangkitan Srivijaya,era Kesultanan Melaka,era penjajahan,kemerdekaan dan saya melihat langit terbuka;teknologi maklumat dan angkasa lepas.Saya melihat satu kuasa yang amat kuat untuk bertahan dari segala kesengsaraan,bukan menggunakan kekerasan,tetapi sikap kesabaran yang tinggi yang melenyapkan dendam dan kesakitan.

Saya akan membawa anda jauh ke hutan rimba di tengah Mexico menjejak dewa naga Quetzalcoatl,menjejak ritual aliran Kabbalah paling rahsia "The Sect of Dragon Lord of The Rings" di runtuhan Babylon di Iraq,menjejak kultus-kultus Naga Suci di Perancis dan Jerman,membawa anda membaca makna-makna paling purba dalam manuskrip Pali di wat-wat usang di Thailand dan Laos,menghayati riwayat-riwayat Mon dan Khmer,tentang legenda raja Naga dan mencari anak gadisnya...'The Naga King's Daughter'.

Saya akan bacakan kepada anda riwayat Seri Gumum,Seri Pahang dan Seri Kemboja,mencari asal-usul moyang emperor-emperor Srivijaya,saya akan menggali untuk anda emas dan permata para Dapunta,Bentara dan Maharaja.



dengan rendah diri,saya persembahkan untuk anda asal-usul nenek moyang,












"The Origin of The Sea Dragon"  
 מקורו של תּנּין הים
Chapter IV





















~Srikandi
"Don't hide my Chronicles behind your lack of consciousness.I'm wizard of history"