Friday, September 28, 2012

The Matrix 4th Density:Introduction









Fasal ini dalam menyatakan mukaddimah alam-alam ciptaan The Programmer atau yang disebut 'Matriks'.Di dalam mukaddimah ini akan diperjelaskan akan maksud ruang dan masa dan bagaimana kedua-duanya hanyalah ilusi atau imaginasi semata-mata.



Peringatan

Artikel-artikel di dalam siri The Matrix kebanyakan di luar kotak pemikiran biasa.Ada yang menyentuh ilmu-ilmu kerohanian tertentu terutamanya Ilmu Tasawuf (Sufism).Sekiranya ada di antara artikel di dalam siri ini telah mengganggu ketenteraman anda,anda tidaklah digalak meneruskan pembacaan.Sekiranya anda merasa keliru atau sangsi setelah membaca isi kandungannya,terutama mengenai ajaran kerohanian,sila rujuk guru-guru agama yang mursyid dalasaam bidang Tasawuf.Sekiranya perlu sila rujuk AlQuran dan AlHadis serta kitab-kitab Tasawuf yang muktabar,sekadar menyebutkan contoh seperti Tanwirul Qulub, Minhajul Abidin,Futuhatul Ariffin,Sirus Salikin dan Hikam,atau lebih bagus sebagai permulaan kitab Imam Al-Ghazali, Ihya 'Ulumuddin.The Matrix adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata terkini,di mana tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri.Dalam hal ini MistisFiles cuba untuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam.

Petikan dari filem adalah sekadar trivia dan selingan untuk melegakan adrenalin.Ia tidak bermaksud sebagai sumber penerangan.



Ini adalah pembukaan kepada siri The Matrix 4th Density.Mengandungi pengenalan kepada pemahaman awal kepada konsep ruang dalam pengajian The Matrix.Ia juga merupakan ulangkaji kepada pemahaman asas The Matrix dalam 3 siri sebelumnya.

Ruang adalah 'bekas' atau 'kandungan' yang menempatkan pelbagai entiti dan skrip ciptaan The Programmer.Dalam ertikata kehidupan manusia,ruang adalah tempat di mana para makhluk berdiam.Tanpa ruang,para entiti dan skrip tidak terbina.Ini adalah kerana entiti dan skrip program berhajat kepada ruang untuk berhidup.Ruang tidak konkrit;ia adalah bersifat seperti Matrix:apa yang anda percaya.





PENGENALAN KEPADA RUANG-ILUSI









-Then you'll see that it is not the spoon that bends, it is only yourself.








Apakah Matriks?Matriks secara asasnya ialah ruang.Ia juga boleh diistilahkan sebagai 'bekas' atau 'kandungan' yang digunakan untuk mengandungi sesuatu.Namun bukan sepenuhnya Matriks itu dikatakan sebagai ruang.Dalam ertikata lain,ruang adalah Matriks,namun Matriks tidak sepenuhnya ruang.

Di dalam Matriks terdapat dimensi.Dimensi adalah ruang terukur.Ruang-ruang yang dapat dijelaskan kedudukan dan sifatnya oleh pancaindera manusia.Ini bermakna bukan semua ruang mampu diukur oleh pancaindera manusia.Jadi kita boleh membuat kesimpulan bahawa semua dimensi adalah ruang,namun ruang bukan sepenuhnya dimensi.

Pemikiran manusia pada amnya mampu mengesan ruang tiga dimensi (3D).Di sana terdapat ruang 1 dimensi hingga berjuta dimensi.Lihat,betapa lemahnya manusia berbanding penciptaan sang Pencipta,The Programmer.Jika anda memahami perbicaraan ruang dan dimensi setakat ini,anda mungkin telahpun sedar bahawa ruang-ruang itu sebenarnya terlampau banyak,dan terdiri dari kejuruteraan dimensi yang kompleks.

Bagaimana ini terjadi?

Inilah dia sebahagian rahsia di dalam pengajian The Matrix.

Ruang yang dimana entiti berhidup adalah terdiri dari pelbagai ragam kejuruteraan dimensi,yang hanya boleh diserap keberadaannya oleh pemikiran tahap demi tahap.Pemikiran manusia hanya boleh menyerap bentuk-ruang dari 1 dimensi hingga 3 dimensi.Selebihnya pemikiran manusia tidak mampu mencerna sifat dan tabiatnya;dalam istilah matematik-panjang,tinggi atau lebar.Manusia berhajat kepada dimensi untuk menafsir ruang.Jika tiada dimensi maka tiada ruang dalam kamus pemahaman manusia.Dengan perantaraan dimensi,manusia mampu merasa keberadaan ruang dan 'merasa' berhidup di dalam ruang.Kita akan bincangkan fasal ini dalam bab yang pertama:Matriks di dalam Matriks dan bab ketiga:Pengetahuan tentang Matriks nanti.

Ini menunjukkan manusia sebenarnya tidak mampu 'melihat' ruang tanpa konsep dimensi.Sejauh mana manusia mampu menangani ruang,ialah bergantung kepada sejauh mana dia menangani pemahamannya kepada konsep dimensi.Dimensi adalah asbab ruang terwujud dalam kotak fikiran manusia.Manusia yang tidak mampu memahami dimensi,sukar memahami ruang.Sebagai contoh,pesakit mental (baca:orang gila) seperti skizofrenia tahap berat tidak mampu melihat ruang sama seperti orang normal yang lain kerana konsep dimensinya yang mengalami pincangtugas.

Jika anda memahami setakat ini,anda akan sedar bahawa sebenarnya mata manusia bukan hakikat penglihatan kepada ruang.Kuasa melihat yang sebenar berada pada minda manusia.Mata hanya sebagai pengesan/sensor cahaya.Cahaya pula adalah asbab kepada dimensi.


Ruang--->dimensi--->cahaya--->mata--->minda


Cahaya adalah pergerakan terbukanya hijab kepada dimensi.Hijab ini dalam penafsiran manusia adalah kegelapan.Dalam istilah Matriks,cahaya adalah skrip masa-nyata yang bertugas membaca coding ruang dan membawanya ke sensor minda iaitu mata.Minda akan membuat pengecaman dan 'melihat'.Jadi cahaya adalah paket-paket data yang bertugas membawa ruang kepada minda.Apabila cahaya adalah medium yang 'berjasad',dimensi adalah konsep yang merupakan natijah dari cahaya dan minda.Dengan kata lain dimensi wujud dengan penapisan dari cahaya.Cahaya yang membentuk dimensi dan menghantarnya ke minda,melalui sensor mata.Tanpa cahaya,tiada dimensi.Maka tiada ruang yang mampu difahami manusia.Apakah maksud semua ini?

RUANG YANG DIFAHAMI MANUSIA SEBENARNYA ADALAH TINDAKBALAS CAHAYA.

Cahaya terdiri dari dua keadaan.Terang dan gelap.Dalam minda manusia,ia mengenalnya dalam kod warna.Hitam dan putih.Jika dua keadaan ini membentuk cahaya maka kegelapan sebenarnya ialah satu bentuk cahaya.Ini yang membentuk konsep DARK MATTER.Sebagaimana 'dark matter' (jisim gelap) yang dikatakan membentuk 70% alam semesta ini,maka kegelapan juga membentuk majoriti ruang.


JIKA BEGITU APA KAITANNYA DENGAN MATRIKS?


Kita maklum bahawa Matriks adalah ruang.Namun untuk membezakan antara Matriks dan ruang,kita harus mengetahui Hukum Pertama Matriks iaitu:


"Bagi entiti yang wujud di dalam Matriks,ia berjumlah infiniti;tidak terkira banyaknya.Di luar Matriks,tiada Matriks"


Dalam konteks ini,di dalam Matriks terdapat banyak ruang,namun di luar Matriks tiada ruang.


Matriks,jika anda belum memahaminya setakat ini,merupakan asbab untuk ruang 'berhidup.Ruang berhajat kepada Matriks untuk mengekalkan kewujudannya.Tanpa Matriks,ruang tidak mampu dicerna kewujudannya oleh makhluk yang berfikir.Ruang menjadi tidak berasa,berwarna atau berbau.

Bagaimana makhluk mengenal ruang?

Makhluk mengenal ruang melalui tindakbalas cahaya yang disebabkan oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.




BIT-BIT BERKELAJUAN SUPERCAHAYA



The Programmer telah mencipta pelbagai entiti dan skrip program dengan setiap satunya mengandungi bahan asas iaitu coding yang dipacu oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Bit-bit berkelajuan supercahaya ini setiap saat patuh kepada arahan dan pengaturcaraan The Programmer.Tiada sedetik pun masa yang tercicir untuk melanggar arahan The Programmer dan tiada secuit pun pergerakan yang terlepas untuk mengkhianati pengaturcaraan The Programmer.Bit-bit berkelajuan cahaya ini adalah juzuk paling setia dan patuh kepada setiap aturcara The Programmer,ini kerana ia telah dicipta khas untuk taat dan patuh tanpa apa-apa bangkangan.

Di dalam ruang-ruang yang digelar 'Matriks',bit-bit berkelajuan supercahaya ini adalah kunci utama kepada segala bentuk imaginasi yang dipanggil 'pergerakan','daya' atau 'tenaga'.Pemindahan atau pergerakan sesuatu jasad dari satu titik ke satu titik adalah disebabkan tugas yang digalas oleh bit-bit berkelajuan supercahaya ini.Dari pergerakan sehelai daun yang gugur pada sebuah pohon hinggalah pergerakan pasir di dasar laut,semuanya digerakkan oleh bit-bit berkelajuan supercahaya yang memacu coding yang statik.

Bit-bit berkelajuan supercahaya ini boleh berubah bentuk;dengan kata lain bersifat 'shapeshifting' sama seperti skrip program yang membina entiti jin dan syaitan.Bit-bit berkelajuan supercahaya ini boleh membesar beribu kali ganda,menyerupai apa sahaja bentuk program yang dikehendaki oleh The Programmer.Dengan kata lain bit-bit berkelajuan supercahaya ini bersifat:

1-Fleksibel
2-Mudahalih
3-Lasak

Bit-bit berkelajuan supercahaya ini adalah kontras kepada coding atau skrip,di mana coding dan skrip adalah statik.



Matriks yang berhidup



Ruang dibawa ke minda melalui perantaraan bit-bit berkelajuan supercahaya.Tiada daun yang gugur melainkan dibawa oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Tiada pasir yang bergerak di dasar laut melainkan digerakkan oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Tiada manusia yang berdiri melainkan disokong oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Tiada angin yang bertiup melainkan digalas pergerakan oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Setiap titis hujan dari zaman Nabi Adam a.s hingga hari kiamat dibawa turun oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.Setiap elektron yang bergerak dipacu oleh bit-bit berkelajuan supercahaya.

Semua juzuk di dalam Matriks dipacu oleh bit-bit berkelajuan supercahaya atas arahan dan kehendak-Nya.

Jika anda memahami setakat ini,anda akan sedar bahawa ruang sebenarnya tidak statik.IA BERGERAK,DIBAWA KE MINDA ANDA.Apa yang sebenarnya yang berlaku ialah ALAM SEMESTA INI TIDAK PEGUN DITEMPATNYA.IA BERGERAK DIBAWA KE MINDA ANDA.

Dalam konsep Fizik Teori ia digelar 'The Holographic Universe'.

Ini adalah topik terhangat dunia Fizik Teori selepas penemuan Fizik Kuantum dan String Theory.

Dalam penjelasan ini,alam semesta seolah-olah seperti sebuah projektori.Alam semesta dipancarkan ke layar dari sebuah alat projektor dan minda melihatnya.Lebih mengerikan,seorang ahli Fizik dari University of London,David Bohm mendapati bahawa alam semesta ini walaupun terlihat konkrit dan padat,namun sebenarnya ia bertindak seperti HOLOGRAM RAKSASA.

Ini berdasarkan penyelidikan terkini dalam Fizik Partikel dimana mereka mendapati bahawa dalam keadaan tertentu partikel subatomik,seperti elektron,mampu berkomunikasi dengan seketika satu sama lain tanpa tergantung pada jarak yang memisahkan mereka.Dalam kata lain jarak antara partikel adalah ilusi.Tidak peduli apakah mereka hanya terpisah 10 kaki atau 10 juta kilometer.Sebagai contoh,satu elektron di dalam kabel di sebuah kampung di Banting,Selangor mampu berkomunikasi dengan satu elektron di medan magnet di bintang Proxima Centauri,4 tahun cahaya dari bumi!

Bagaimana setiap partikel-partikel ini mampu mengetahui apa yang dilakukan partikel lainnya?

David Bohm menerangkan lagi bahawa realiti objektif sesungguhnya tidak ada,bahkan ALAM SEMESTA INI ADALAH KHAYALANberdasarkan fakta-fakta dalam Fizik Partikel.Micheal Talbot,penulis buku The Holographic Universe menambah bahawa alam semesta ini adalah kesan khas dari projektor raksasa dari SUMBER YANG TIDAK DIKETAHUI.

Adakah anda pernah mendengar tentang ini dari 'dongeng-dongeng' agama sebelum ini?




SELAMAT DATANG KE DUNIA HOLOGRAM ANDA.

PERSEMBAHAN HOLOGRAM INI DIBAWAKAN KHAS KEPADA ANDA DARI 'THE SOURCE'













This, this isn't real?


What is real. How do you define real?


You've been living in a dream world, Neo.

 
........

No comments:

Post a Comment