Saturday, April 20, 2013

Khayalan Mutakhir Kronologi Akhir Zaman




1.         Sebelum pembaca membaca penulisan,adalah diingatkan bahawa penulisan ini adalah tidak disandarkan kepada mana-mana fakta. Ia cuma sebagai satu corak pemikiran yang mengajak semua pembaca memikir dan menilai daripada perspektif lain setelah disogokkan dengan pelbagai input pembacaan. Anda berhak melagukan penulisan saya. Jika pada awalnya anda memandang sinis, maka sinislah hasilnya dari awal ke akhirnya.Jika anda memandang ia pada khayalan, maka anda berkhayal hingga hujungnya.Namun jika anda betulkan niat supaya minda anda terbuka, maka Insyaallah Allah akan membuka pengetahuan anda selaras apa yang anda niatkan.

2.         Ia juga bukanlah perkara baru bahkan ia adalah situasi yang sudah berjalan untuk sekian lama. Jangan sesekali pembaca menerima secara total bahkan anda berhak untuk tidak menerimanya.Janganlah cuba untuk mengutuk dan memaki penulisan ini kerana tanpa pengetahuan anda, sebagai pembaca juga hanya terlebih bersangka-sangka sepertimana saya.Janganlah cuba-cuba menjadi penilai jika anda tidak mengetahui situasi sebenar.
.
.
.
.
.
.
.
Bismillahirrahmanirrahim ..
.
.
.
.
.
.
.


3.         Saban hari kita dikejutkan oleh konflik pencerobohahan di Lahad Datu. Namun atas usaha gigih dan bijaksana pemerintah serta kepintaran strategi pihak ATM dan PDRM. Pencerobohan ini ditangani dengan jayanya. Namun saya bukanlah hendak berbicara tentang konflik di LD, apa yang ingin saya sampaikan adalah berkaitan tentang apa yang kita perlu tahu sebagai seorang Islam menangani fitnah-fitnah di akhir zaman.

4.         Jadi penulisan ini akan menyentuh tentang beberapa pihak secara umum dan beberapa penerangan yang juga secara umum. Yang selebihnya pembaca semua nilaikan sendiri dengan cara yang paling berhikmah.

5.         Sebelum pencerobohan di LD berlaku,terdapat satu latihan ketenteraan di antara US dengan Korea Selatan. Adakah latihan yang dibuat itu sebagai suka-suka sahaja atau ada agenda di sebaliknya? Latihan ketenteraan akan melibatkan satu pergerakan aset yang besar. Tanpa latihan, pergerakan sesuatu aset itu akan dilihat sebagai tidak relevan, bahkan ia mampu menjejaskan hubungan diplomatik antara negara-negara tertentu.



 
6.         Kita pula sekali lagi disogokkan dengan insiden kapal US yang karam di perairan Filipina yang juga sangat hampir dengan sempadan wilayah kita. Adakah ia juga satu kebetulan atau ia dirancang?




7.         Seperti yang kita ketahui China merupakan sebuah negara yang pesat membangun. Cuba anda bayangkan apa produk yang tidak dimport dari China. Semua ada bermula daripada permainan kanak-kanak, gadget hingga kepada pasaran automatif sekalipun. Pendek kata,China sudah mengorak langkah menguasai ekonomi dunia sebagaimana yang dibuat US dalam sejarahnya.

8.         Peningkatan China yang mendadak ini mungkin mendatangkan kesan yang baik kepada kita kerana kita mungkin mendapat barang-barang dengan harga yang murah. Bagi pesaing global, ia merupakan ancaman kepada kelestarian ekonomi yang didominasi sekian lama. Jika kedudukan yang terancam ini diletakkan pada anda, adakah anda akan membiarkan ia begitu sahaja dan menunggu tempoh kejatuhan anda?







9.         Seperti yang kita ketahui,China juga menuntut hak mereka dilokasi-lokasi tertentu di utara perairan Sabah yang mana menjadi pertindihan tuntutan dengan beberapa negara lain seperti Filipina, Taiwan, Malaysia dsb. China dengan tegas mengatakan bahawa jika sebarang tekanan diletakkan dalam situasi tersebut, mereka tidak teragak-agak untuk menggunakan kuasa ketenteraan.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



 10.      Menyentuh berkenaan struktur bumi. Nabi Muhammad saw telah mengatakan bahawa penduduk Mekah berada di Ummul Qura. Ia di tengah-tengah bumi yang dihamparkan di antara Barat dan Timur. Penduduk Mekah juga berada dipertengahan langit yang mana Kaabah itu setentang dengan Baitul Makmur di langit ke tujuh. Jika terjatuh batu dari Baitul Makmur itu nescaya terjatuh di atas Kaabah dibumi.

11.       Allah mengukuhkan bumi dengan menjadikan bukit-bukit dan gunung-gunung sebagai pasak. Pasak inilah yang akan mengukuhkan bumi ini sehingga ia berterbangan apabila sangkakala ditiup. Bukit-bukit ini bukan sahaja ada di darat bahkan di dalam laut jua.



12.       Apa pentingnya perkaitan bumi dengan semua yang saya ceritakan? Tidak ada langsung bukan? Sabar...jangan baca separuh-separuh dan terus nilai. Baca sampai habis dan pahamilah semua terlebih dahulu. Jika setakat ini, anda sudah merasa bosan. Maka tinggalkanlah. Janganlah membazir masa anda untuk perkara yang anda rasakan tidak bermanfaat.

13.       Di hujung timur dan barat, masing-masing terdapat banyak gunung dan pulau-pulau. Sektor ini perlu diikat dengan lebih kuat jika tidak ia akan terjatuh. Kedengaran lawak kan? Di tengah-tengah bumi iaitu Kaabah, janganlah anda khuatiri, ia tidak akan jatuh dan runtuh melainkan dengan keruntuhan Kaabah. Bumi akan menuju kehancuran sejurus selepas Kaabah diruntuhkan.

14.       Di hujung Timur terletaknya Kepulauan Nusantara yang terdiri dengan ribuan pulau, bukit serta gunung-ganang. Begitulah juga dengan hujung sebelah barat iaitu Amerika. Dipadang pasir tidak ada binaan alam seperti ini. Bahkan manusia pula terpaksa mendirikan piramid untuk untuk mengganti struktur alam semulajdi tersebut.
15.       Semua sedia maklum bahawa kebangkitan Islam akhir zaman akan bermula dari arah timur. Di mana arah timur? Arah timur dari Mekah adalah sangatlah luas. Pelbagai negara akan terlibat.

16.       Saya juga ingin mengajak pembaca mengetahui bahawa Kaabah itu bentuknya 4 segi tepat (bukan 4 segi sama). Kedudukannya juga janganlah kita sangka bahawa bucunya menghadap ke arah empat penjuru alam,
Utara, Selatan, Timur dan Barat. Ketahuilah bahawa ia agak condong ke kiri lebih kurang 23 darjah.


17.       Jadi, beruntunglah anda sekalian pembaca yang berada di Nusantara bahawa anda sebenarnya tanpa anda sedar dan tanpa anda ketahui, bahawa hakikatnya anda sedang menghadap ke arah Hajarul Aswad, objek dari angkasa. Batu yang menjadi idaman untuk dipeluk dan dicium bagi yang berkesempatan untuk ke Mekah.



18.       Muhammad saw Junjungan Besar Yang Mulia pernah mengatakan bahawa kebangkitan ini datang dari arah timur.Kita mungkin merasa bangga, syok sendiri dan sibuk menulis serta membicarakan hal ini sudah sekian lama. Ada yang claim bahawa kebangkitan ini bermula dari Bani Jawi. Allahualam





.
.
.
.
.
.
.
.







19.       Tidak ada satu pun pengamalan ajaran junjungan kita yang tidak dipesongkan oleh Iblis dan Dajjal. Siri perpecahan demi perpecahan berlaku kerana masing-masing mempercayai dan meyakini bahawa pegangan mereka adalah yang betul dan mengikut seperti mana perlakuan Rasulullah saw.


Revolusi Syiah Iran


Ritual2 Syiah

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

20.       Episod kebangkitan ini bukannya disenangi oleh kelompok musuh Islam. Kebangkitan Islam bermakna kejatuhan dan kehancuran mereka. Adakah mereka akan membiarkan ia berlaku sebegitu sahaja? Tidak!

21.       Perancangan yang rapi, berkurun-kurun lamanya telah diadun dan disebatikan ke dalam setiap jiwa umat Muhammad supaya kebangkitan Islam itu sendiri akan ditentang sendiri oleh pencinta dan perindu Nabi Muhammad dengan alasan ajaran yang dibawa itu sesat lagi menyesatkan. Musuh bertepuk tangan dan kadangkala menyulam jarum beracun.
22.       Harapan untuk kebangkitan Islam ini hanya bermula dari dari timur ini, tanah ini. Adakah mungkin anda sebagai pembaca mengharapkan detonator kebangkitan Islam tercetus dari Eropah? Tidak bukan?






23.       Melaka adalah sebuah negeri di Selat Melaka. Satu ketika dulu pernah terkenal sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang menjadi tumpuan seantero dunia. Melaka pernah menguasai jajahan yang begitu luas dengan penguasaan darat dan maritim yang begitu hebat. Walhal pada dan ketika itu bukannya ada teknologi satelit, radar, dan peralatan yang canggih-manggih. Sayang, percaturan Allah mengatasi segala-galanya.


24.         Seperti yang saya katakan di atas. China ketika ini sedang mengorak langkah menjadi kuasa ekonomi yang dominan. Jika anda sebagai seteru, bagaimanakah anda hendak recounter perkembangan ini?

25.       Jawapannya mudah, menubuhkan “Melaka Baru”. Kelakar bukan? Baca dulu!!! Ia bukan sekadar teori...Jika saya menguasai “Melaka Baru” ini maka saya akan mengawal seluruh Asia Tenggara hingga ke Pasifik. Semua perdagangan akan tertumpu ke sini. Jika tidak pun sebarang pergerakan laluan perdangan perlu mendapat izin “Melaka Baru”. Saya akan tinggalkan kisah “Melaka Baru” di sini dan anda sendiri link kan idea penulisan saya kepada penerangan-penerangan seterusnya.



26.       Jika kita bermain catur, lazimnya kita akan menolak Pawn/Bidak terlebih dahulu. Pergerakan bidak ini akan menentukan opening sama ada berunsurkan defensif atau offensif. Setiap pemain akan menganalisis ancaman dan langkah-langkah seterusnya. Pada ketika itu, aset-aset utama seperti Knight, Bishop, Castle dan Queen sentiasa bersedia dalam posisi masing-masing sementara menunggu ruang dan peluang.
27.       Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa pencerohohan di LD hanyalah gerakan Pawn. Gerakan asas kepada gerakan yang jauh lebih rumit dan komplikated. Gerakan pawn itu hanya untuk menentukan bagaimana lawan mengendalikan situasi dan mengumpul maklumat kekuatan,strategi, tindakan dan seumpamanya.  Alhamdulillah kita berjaya menangani dengan bijaksana. Gerakan pawn telah dineutralise ketika ini.

28.       Sabah....apa yang anda tahu berkenaan Sabah? Sabah sebuah negeri dalam Malaysia yang mempunyai tanah yang luas serta aset galian petroleum dalam tanah yang sangat bernilai. Berbelas kali ganda dibandingkan dengan Filipina. Sabah adalah sebuah tanah besar yang kuat dan dikelilingi oleh pulau-pulau pasak bumi di sekelilingnya. Ada sumber petroleum lagi!
29.       Seperti yang kita ketahui bahawa US mempunyai pangkalan tentera yang besar di Singapore, Filipina dan Jepun. Anda lihatlah dalam atlas, di mana lokasi Sabah dalam 3 penjuru penempatan US ini? Ia seolah-olah berada di tengah-tengah sebuah segi tiga. Adakah ia kebetulan?
30.       Jikalau anda membaca buku yang bertajuk “Startup Nation”. Anda boleh lihat bagaimana Israel membangunkan negaranya dari sebuah wilayah sempit lagi terhimpit kepada sebuah negara yang yang digeruni.Di dalam buku tersebut juga digarapkan bahawa Singapore juga membangun dengan mastermind yang berasal dari Israel. Dalam bahasa mudah, Singapore adalah cerminan Israel di sebelah Timur.

31.       Saya injectkan satu idea untuk konstruksi minda. Bagaimana jika ditakdirkan bahawa Sabah terlepas ke tangan US? Apa jua sebab, kita tunggu dulu... Implikasinya adalah tertubuhnya sebuah wilayah yang saya namakan sebagai “Melaka Baru” seperti di atas. Dengan sumber galian yang ada, adalah sangat mencukupi untuk saya sustain hingga 100 tahun lamanya dan dengan kecanggihan teknologi yang saya miliki, saya mampu menguasai Laut China Selatan hingga ke Pasifik. Nah!!! Ini zaman baru, teknologi baru.
32.       Saya akan menguasai dan mengekang China secara tidak langsung kerana semua perjalanan merentasi Laut China Selatan haruslah dengan keizinan saya. Semua penerbangan sama ada military atau komersial haruslah mendapat izin saya. Tak bagitau pun x apa...saya akan tahu juga tatkala anda start enjin aircraft.
33.       Selama ini US hanya menempatkan aset ketenteraan dengan negara yang berasaskan kepulauan (Philipine, Singapore & Japan). Dari segi strategik, ia bukanlah sebuah lokasi yang sesuai untuk penempatan dan atur gerak ketumbukan ketenteraan yang besar. Semuanya tidak mempunyai aset galian yang besar, bahkan tidak ada pun. Apa yang lebih penting,ia bukanlah sebuah negara muslim yang boleh diperkotak katikan sesuka hati mereka.
34.       Adakah anda menyangka US adalah sebuah negara Kristian? Jawab pada hati anda sendiri? Jika mereka negara kristian mengapa paderi-paderi mereka memakai penutup kepala seperti kopiah Yahudi? Apakah anda mengetahui sejarah yang tertulis di dalam Al Quran bahawa, Kristian dan Yahudi tidak pernah berbaik. Hubungan baik yang dijalin berabad lamanya iniadakah sesuatu perbuatan yang suka sama suka? Islam? Adakah keduanya meredhai kebangkitan Islam? Tidak!


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

35.       Kebangkitan Islam jika bermula dari tanah ini perlu dikawal sepenuhnya. Langkah pencegahan perlu dibuat lebih awal.Penempatan satu ketumbukan yang besar ditanah yang strategik dan boleh dipertahankan akan menjadi deterent action kepada kebangkitan Islam. Paling tidak pun mendapat maklumat untuk pengawalan.
36.       Perlu diingat, mereka mengkaji Islam dan Al Quran melebihi dari kita memahaminya. Mereka lebih bersedia kerana grand mission mereka adalah menyesatkan sebanyak mungkin anak Adam. “Menyesatkan sebanyak mungkin anak Adam”.
          Dalam kes LD atau kes-kes lain yang mungkin akan timbul, amat mudah untuk dunia menyalahkan Malaysia jika taktik sebagaimana ke atas Syria dibuat. Menyekat akses internet dan membiarkan hanya agensi berita mereka memainkan peranan.Semua akan memandang serong kepada sebuah negara Islam. Hanya yang minoriti mengecam dengan sekeras-kerasnya. Hanya sekadar kecaman. Kecaman sekeras kerasnya dan tidak lebih dari kecaman.
37.       Jika manipulasi berita seluruh dunia menyalahkan Malaysia ke atas sesuatu krisis dengan mengambil kes LD contohnya tanpa memberi ruang untuk Malaysia membela diri, natijahnya dengan beberapa deklarasi PBB, tanah-air Malaysia yang kita cintai halal diserang. Adakah keterlaluan khayalan saya? Jikalau tak Malaysia, Sabah pun jadilah....
38.       Ramai pihak ketika ini meyakini bahawa kebangkitan Islam akhir zaman ini akan bermula dari tanah ini.  Sejauh mana kebenarannya, sama sama kita nantikan. Namun sebagai santapan minda sebagaimana saya nyatakan di atas untuk membawa pembaca berfikir dalam perspektif yang lain, saya cuba sajikan beberapa hipotesis.

.
.
.
.

39.       Kebangkitan Islam bermakna naiknya kembali Sistem Pemerintahan Khalifah setelah genap 100 tahun (tahun ini) ia jatuh. Bagaimanakah Islam akan naik kembali? Adakah anda merasakan bahawa Islam akan naik melalui ketenteraan, ekonomi, penguasaan angkasa lepas, sejarah atau sebagainya? Anda boleh kemukakan pnadangan anda sendiri.


40.       Jika kita menyelusuri sejarah tamadun-tamadun lama di dalam Al Quran, kenaikan sesuatu bangsa lazimnya bermula selepas episod bencana yang membawa keinsafan sehingga setiap insan kembali kepada Rabb. Seterusnya setiap tamadun bangsa berevolusi sesuai dengan intelektual masing-masing sehingga akhirnya dikatakan kononnya begitu canggih,moden dan bertamadun. Walhal kembali kepada satu tahap menghampiri nafsu kebinatangan. Tidak ada yang terbaik pada umat yang akhir itu melainkan yang terbaik pada umat yang awal itu.

41.       Tamadun bangsa ini mula melupakan sejarah dan mula melupakan ajaran yang dibawa Pesuruh kepada Sang Pencipta. Akhirnya segala kecanggihan dan kehebatan Allah tarik kembali dengan bermacam-macam jenis bencana di darat dan di laut. Itu adalah kisah umat-umat terdahulu yang direkodkan sebagai ulangan.

42.       Segala “kecanggihan” era umat Muhammad ini tercetus selepas revolusi di Eropah, kita kononnya menghampiri satu tahap kemodenan yang tidak dapat dibayangkan. Lantas pada masa yang sama,sebahagian yang sangat-sangat besar dari kita mula melupai ajaran yang dibawa Pesuruh Allah Muhammad Rahmatan Lil Alamin. Mujurlah kita umat kekasih Allah,jika tidak sudah tentu untung nasib kita seperti mana umat-umat terdahulu.
43.       Daripada Tanah, Air, Api dan Angin, Allah mengurniakan kita segala rezeki dan daripada keempat-empat unsur tersebut jugalah Allah datangkan malapetaka atas sebab kerosakan yang kita sendiri jana. Jangan terkejut jika satu hari nanti ditakdirkan bahawa unsur-unsur ini akan menyerbu kita untuk memperingati kita supaya kita bersatu dan bangkit kembali.Itu adalah kitaran alam atas sebab kita sendiri. Ini injection idea yang baru untuk kita fikirkan.


44.       Jadi, bagaimanakah sistem Khalifah akan bangkit? Bagi yang masih tidak terjawab, saya suntikkan lagi beberapa senario.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

45.       Negara kita akan menghadapi PRU tidaklama lagi. Sebagai rakyat Malaysia, yang hidup dalam kerajaan Sistem Beraja Demokrasi Berparlimen kita “berhak” menjalankan tanggungjawab masing-masing. Namun apakah keputusan yang dimenangi akan memuaskan hati pihak lawan? Benarkah menggariskan hukum dan undang-undang adalah hak kita?

46.       Baik yang menang itu kerajaan sedia ada,yang kalah akan tetap tidak berpuas hati dan menjalankan pelbagai agenda untuk menunjukkan rasa tidak puas hati. Jika yang menang itu pembangkang yang ada ketika ini, adakah kerajaan sedia ada rela berundur. Ia mungkin akan mencatat sejarah yang paling unik. Kita nantikan!
47.       Anda tahu bahawa rujukan undang-undang negara yang utama adalah Perlembagaan Malaysia. Kerajaan demokrasi pula terdiri dari 3 badan iaitu Eksekutif, Legislatif dan Judicial. Semua perkara haruslah melalui 2 dewan iaitu Dewan rakyat dan Dewan Negara.
48.       Sebagai satu injection minda untuk lebih konstruktif, katakan selepas pilihan raya berlakunya beberapa ketidak senangan yang mencetuskan huru hara. Dan di atas dari peta kita berlakunya konflik nuklear yang tidak dapat dibendung antara Korea Utara vs US+Korea Selatan. Korea utara dijadikan kambing hitam! Ditakdirkan Allah pula berlakunya beberapa bencana alam di sekitar. Bagaimana pola pergerakan angin monsun dilautan ketika itu? Semua jenis kerosakan didarat dan dilaut Allah telah nyatakan dalam Al Quran bahawa ia berpunca dari kita manusia sendiri.
 49.      Apa pilihan yang ada pada kerajaan ketika itu? Apa pilihan? Maka darurat terpaksa diisytiharkan sebagaimana yang terjadi di pinggiran US apabila terkena taufan. Itu US tanah yang luas. Kita tanah pulau dan semenajung yang memanjang? Mungkin satu negara akan terlibat. Mungkin.....
50.       Apakah implikasi sekiranya darurat diisytiharkan? Anda mungkin boleh mengambil contoh MAGERAN di Kelantan tahun 1978 sebagai contoh. Itu sahaja contoh yang ada sebagai pilihan. Jika dalam konteks negara, sudah tentu pemerintahan akan ditadbir oleh Tentera dengan Kuasa SPB YDP Agung.



51.       Adakah selamanya tentera akan memerintah? Tidak, ia cuma untuk tempoh yang sementara sahaja. Pada masa itu tiada lagi Dewan, tiada lagi menteri dan tiada lagi badan-badan kehakiman serta undang-undang. Yang tinggal hanya undang-undang ketika darurat.
52.       Selepas MAGERAN diisytiharkan. Seorang pemimpin baru harus diberi mandat untuk mentadbir negara secara sementara.Siapakah calon yang difikirkan sesuai ketika itu? Rakyat tidak akan peduli siapa asalkan ia adalah pemimpin yang mampu menjaga kebajikan rakyat. Pada masa itu rakyat sibuk menyelamatkan diri dari konfliks negara, bencana alam serta konflik antarabangsa.
53.       Jika ini terjadi, terpulang pada Agung untuk melantiknya, mungkin bekas Perdana Menteri sebelum darurat diisytiharkan,mungkin juga karakter lain dan banyak mungkin lagi. Inikan injection khayalan untuk konstruksi minda.
54.       Namun sebagai orang Islam, alangkah bahagianya jika pemerintah yang dilantik itu benar-benar seorang khalifah yang akan menyatukan semua orang Islam dan juga bukan Islam di bawah naungannya.

55.       Mungkin khalifah yang dilantik untuk memegang mandat akan melantik ahli-ahli majlis syura mengikut sistem khalifah.Tidak ada lagi pilihan raya untuk memilih ahli majlis. Apakah anda menyangka ini bertentangan dengan perlembagaan??? Orang yang diberi mandat mentadbir negara oleh Agung berhak memilih ahli kabinet pilihannya. Pentadbiran untuk tempoh mandat akan mengikut acuannya. 
56.       Pada ketika itu dengan pelbagai injection yang saya berikan di atas adakah rakyat jelata sekalian mempunyai masa untuk mempertikaikan sistem pemerintahan dan calon-calon yang dilantik? Anda semua sudah tidak mempedulikan hal negara ketika itu kerana masing-masing sibuk menjaga keselamatan diri masing-masing. Bahkan sistem Islam yang naik itu juga berkebajikan untuk menjaga warganegaranya yang bukan Islam. Mereka juga cukup yakin dengan sistem Islam yang pada awalnya ditentang dari segala segi oleh orang Islam sendiri. Adakah selepas mandat berkahir, seluruh warganegara ingin berpaling kembali kepada demokrasi? Fikirkan! Janji-janji Allah dalam jadual akhir zaman tetap akan berlaku.
57.       Selepas naiknya sistem khalifah di Malaysia, apa respons ketua negara-negara Islam yang lain? Apa pula respon dari negara-negara bukan Islam. Musuh-musuh Islam sudah memasang pasak lebih awal dan mereka ada terlalu hampir. Namun unsur alam adalah di luar kawalan mereka. Percaturan Allah lebih bijaksana.
58.       Kenaikan kembali sistem khalifah yang dipelopori di Malaysia mula mengejutkan dunia. Berbondong-bondong orang Islam seluruh dunia menumpukan fokus kepada Nusantara. Pada masa itu,akan adakah lagi wilayah? Jika anda menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Cukuplah sekadar menggunakan passport “Lailaha Ilallah”. Ramai yang datang berbaiah.Namun siapakah yang dibaiah?


59.       Orang yang dilantik atas takdir Allah itu juga tidak pernah berkehendakan jawatan dan pangkat. Jika dia benar-benar tulus hati dia akan menolak, namun atas desakan semua, dia dititah dan terpaksa menerima.
60.       Ditakdirkan bahawa segala usahanya dipermudahkan. Kekayaan datang melimpah ruah. Doa iringan dari seluruh umat Islam di seantero dunia menggegarkan arsy. Dia tidak pernah kalah dalam usahanya.
61.       Siapakah beliau sebenarnya? Mungkin orang menyangka dia adalah Pemuda Bani Tamim, mungkin orang menyangka dia adalah Al Mahdi yang ditunggu-tunggu. Di dalam kesibukan menjaga urusan peribadi ketika itu, seluruh Nusantara dan dunia mula berteori siapakah dia. Dia bukanlah sesiapa, namun dialah penyedia tapak awal kepada orang lain. Dan dialah yang mempelopori bendera hitam baru atas kalimah Lailaha Ilallah.

62.       Orang-orang yang meletakkan urusan dunia melebihi kepentingan akhirat akan merasa susah hati dan tergugat. Bala bencana bertimpa-timpa tidak disangka. Sehingga akhirnya mereka memutuskan untuk mengangkat senjata secara global dan terang-terangan. Semakin kuat tekanan diberikan, semakin orang Islam bersatu.

63.       Saat kemunculan watak-watak utama akhir zaman sudah begitu hampir. Adakah kita seronok dengan urusan-urusan dunia kita. Adakah kita merasa kita begitu hebat dengan kononnya Quran penuh di dada. Adakah kita merasa amalan kita sudah cukup? Atau adakah kita syok sendiri menerjah Wall FB berbicara perihal agama namun dimasa yang sama kita tidak mengikut apa yang disuruh agama, kita tidak meninggalkan tegahan agama.

64.       Semua yang berlaku diatas dunia ini semuanya sudah dicaturkan dengan begitu rapi. Tidak ada yang sekecil mana sekalipun tidak dirancang. Tidak ada sekecil ajaran Islam pun tidak ada diseleweng. Kesalahan syarak yang besar menjadi biasa, kesalahan yang kecil dilupa begitu sahaja.


65.        6:5 Sesungguhnya mereka telah mendustakan yang haq (Al-Quran) tatkala sampai kepada mereka, maka kelak akan sampai kepada mereka (kenyataan dari) berita-berita yang selalu mereka perolok-olokkan. 

66.        6:6 Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.

67.       Saya bukanlah sesiapa pun. Saya menulis pun ikut suka-suka saya. Menterjemah apa yang ada di minda ke atas kertas cukup-cukup terseksa. Saya injectkan pelbagai senario khayalan, tidak lain dan tidak bukan untuk membawa minda semua pembaca memikirkan sebagai kemungkinan.

68.       Cukup-cukup lah bangsa Islam kita ketinggalan, marilah kita semua menjadi pendahulu grup hadapan. Jangan kita menjadi musuh kepada diri kita sendiri. Janganlah lagi kita menjadi duri dalam daging kepada agama dan bangsa Islam kita.

69.       Anda sebagai pembaca, tahniah kerana membaca sampai habis khayalan dan dongengan saya. Jika anda tidak sengaja skip beberapa nombor bilangan, biarkanlah. Namun janganlah sesekali skip dalam perjuangan Islam. Meruntuhkan agama pada diri bermakna meruntuhkan Islam pada seluruh isinya. Islam tidak berdiri seorang, Islam berdiri pada jemaah.

70.       Saya akhirkan di sini pada Nombor 70. Semuanya saya kembalikan semua urusan pada Allah. Dia yang melancarkan jari jemari dan penulisan dari hati saya. Anggaplah ia sebagai sebuah novel fantasi. Kembalilah kepada Al Quran, Hadis dan Itrah Ahlulbhait. Nescaya kita akan mendapat hasanah di dunia dan di akhirat. Insyaallah.

Dari Allah Kerana Allah 

Info dari.. faqrul hakim

5 comments:

  1. ini semua salah umno...

    ReplyDelete
  2. Ini lah cara orang kafir memberi komen terhadap orang islam. Harap admin berhati2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seoang muslim itu tidak mudah melatah bilamana diusik..apa lagi menghukum..

      Delete
  3. sabar...buka minda..buka hati.... senyum :)

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum,aku pun nak berkhayal juga tentang siapa orgnya yg hebat itu
    1:insan yg bijak pasti ia akan menguasai sumber yg asas kpd msnusia iaitu makanan yg dihasilkan melalui pertanian baik darat mahupun laut
    2:Ia akan manipulate sistem ekonomi yg ada dgn memberikan pinjaman tanpa riba.
    3:Setiap ringgit yg diperolehi dipergunanakannya utk menambah aset berbentuk material dgn pembelian tanah.
    4:Ia sama sekali tidak akan berurusan dgn bank yg sedia ada maksunya ia tidak menyimpan tunai di dlm bank.
    5:ia amat menyantuni fakir miskin & mereka yg teraniaya.
    6:Ia akan menguasai ekonomi yg selama ini dipegang oleh bangsa cina org kata buku bertemu ruas.
    7:Ia adalah insan yg dunia di tapak tangannya,hatinya di akhirat &rasanya
    bersama Allah.
    Ini adalah khayalan sang perindu mlm wassalam

    ReplyDelete