Tuesday, December 17, 2013

SIRI 2: KHAYALAN MUTAKHIR KRONOLOGI AKHIR ZAMAN – TANAH SYAM (SYRIA)



Bismillahirahmanirahim

1.         Seperti biasa saya mulakan dengan peringatan untuk semua pembaca bahawa penulisan yang digarap ini bukanlah satu ramalan, bukanlah juga satu analisis yang bersandarkan kepada rujukan khusus. Sesuailah dengan tajuk di atas ‘khayalan’. Ia hanyalah sebagai injection minda setelah sekian lama kita disajikan dengan pelbagai cerita dan ceriti.

2.         Tidaklah bermakna saya tidak bersandar langsung kepada rujukan, namun dengan sengaja tidak saya nyatakan di sini. Sebagai pembaca anda lebih berhak melagukan skrip bacaan penulisan ini. Jikalau anda mengganggap ia sebagai kosong....maka kosonglah hingga ke akhirnya. Jikalau kita mengharapkan kefahaman dari Allah swt, mungkin satu perkataan sudah cukup untuk menghurai seribu ayat.

3.         Tanah Syam (Syria) merupakan satu tempat yang memiliki sejarah, merakamkan pelbagai memori dan terus akan menjadi lokasi terciptanya lebih banyak sejarah.

4.         Dalam peristiwa mikraj, tatkala Nabi Muhammad berada di langit ke 7, baginda melihat 4 batang sungai. 2 yang tersamar adalah dari syurga dan 2 yang jelas di bumi. 4 batang sungai itu mengalir dari sebatang pokok. 2 yang jelas itu adalah Nil dan Furat. 2 yang samar adalah Salsabila dan Zanjabila. Sehelai daun dari pokok tersebut cukup untuk menutup seluruh makhluk hidup.

[[Rujuk balik pada atlas dunia...]]

5.         Sungai Furat yang kita kenali adalah pertembungan 2 sungai besar  iaitu Sungai Furat dan Sungai Tigris. Sungai Furatini mengalir di atas tanah beberapa negara yang kita kenali sebagai Turki,Syria, Iraq, Iran, Arab Saudi dan Kuwait.

6.         Sungai ini akhirnya tiba ke Teluk Parsi (Persian Gulf). Teluk Parsi ini merangkumi negara Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, Qatar, UAE dan Oman.

7.         Sungai Nil sebagai sungai terpanjang yang direkodkan manusia di atas atlas bumi merangkumi banyak negara antaranya Kenya, Zaire, Tanzania, Rwanda, Burundi,Congo, Eritria, Ethiopia, Sudan dan Mesir. Sungai Nil akhirnya tiba di laut Mediterrenean. 

8.         Laut Mediterrenean berhadapan dengan negara Algeria, Mesir, Tunisia, Cyprus, Israel,Palestine, Greece, Jordan, Syria, Lubnan dan Turki.

9.         Sungai Furat mengalir dari Utara ke Selatan manakala Sungai Nil mengalir dari Selatan ke Utara.

10.       Sehingga no ke 9, agak membosankan bukan? Anda boleh berhenti dan jangan membazirkan masa jika anda rasa ia sia-sia. Ini adalah pengetahuan sedia ada tetapi tidak kita miliki.

11.       Di dalam siri sebelum ini saya pernah kisahkan bahawa Kaabah adalah pusat bumi. Tahukah anda bahawa lokasi Kaabah berada di antara kedua-dua sungai ini iaitu Sungai Nil dan Sungai Furat. Tahukah anda bahawa Lokasi Kaabah juga berada di antara kedua-dua laut iaitu Laut Mediterranean dan Laut Parsi, juga Laut Merah? Tahukah anda bahawa “gunung” yang paling kukuh dibumi adalah Kaabah?

12.       Di dalam perenggan 5 hingga 9, saya menyebut beberapa negara. Di dalam banyak-banyak negara di atas negara manakah yang menjadi penakluk dan negara manakah yang pernah atau sedang dijajah? Negara manakah yang disebut di dalam Al Quran? Saya tinggalkan sementara untuk hati anda berbicara...

13.       Tamadun-tamadun dunia di dalam lipatan sejarah semuanya bangun dan jatuh berhampiran sungai. Ada juga yang lenyap menjadi lautan. Penguasaan sungai bermakna anda menguasai salah satu dari 4 unsur. Manusia selalu ingat tanah dan air sehingga diabadikan menjadi ungkapan tanahair, namun manusia selalu melupai api dan angin.

14.       Ingatkah anda tatkala Allah mengukuh bumi dengan menjadikan gunung-ganang?
Allah mengkhabarkan hebatnya kejadian gunung?
Allah mengkhabarkan hebatnya kejadian hadid (besi)?
Allah mengkhabarkan hebatnya kejadian api?
Allah mengkhabarkan hebatnya kejadian air?
Allah mengkhabarkan hebatnya kejadian angin?
dan Allah mengkhabarkan hebatnya sedekah tangan kanan orang mukmin jikalau tidak diketahui tangan kiri?
Analogi itulah menggambarkan IKHLAS...

15.       Di dalam militari assement, ground analysis merupakan faktor wajib. Sungai adalah salah satu subjek dalam ground analysis. Menguasai sungai (unsur air) bermakna secara taktikalnya anda sudah menguasai unsur api besi dan gunung dalam hirarki kekuatan.

16.       Rujuk perenggan 4 dan jikalau anda berada pada lokasi yang sama seperti di atas....di dalam 2 rantaian sungai di dunia itu, negara manakah yang belum digenggam secara nyata oleh The Hidden Hand? Jawabnya adalah Syam!!!

17.       Peperangan di Syam bukanlah perkara enteng.... ia adalah satu hal serius dalam skrip percaturan. Walau apa jua berita anda tanamkan ke minda anda...(tidak dituntut untuk percaya langsung!!!). Peperangan di Syria melibatkan 3 pihak yang masing-masing tidak mempunyai nilai seperti perkataan terakhir perenggan 14. Kesudahannya, pihak yang menang adalah pihak yang berusaha untuk menguasai kedua-dua sungai itu sekian lama. 

18.       Setelah semua wilayah di mana setiap mata air sungai itu dikuasai, maka lengkaplah salah satu bahagian dari salah satu fasa. 2 batang sungai sudah dikuasai. 2 batang lagi bakal dimiliki oleh hamba-hamba yang ikhlas pada Rabbnya.

19.       Dajjal datang membawa 2 sungai, satu sungai api dan satu sungai air. Kajilah!Janganlah anda menyangka pula Dajjal datang membawa Nil dan Furat. Janganlah pula anda tersalah perasan Dajjal datang membawa Salsabila dan Zanjabila.

20.       Jika anda dipaksa memilih, terjunlah dalam sungai api kerana anda akan tiba jua kesyurga...janganlah tiba-tiba anda terjun dalam sungai Nil dan Furat.... Lemas!!!...hanyut tak bertepi pula :)

21.       Pada perenggan ke 21 dan seterusnya saya akan mula memasukkan beberapa injection demi injection secara nyata atau tersembunyi untuk minda kita sama-sama berkontruksi. Puak yang menang di Syria telah/akan menghantar 2 gerombolan tentera. Satu ke kawasan tanah Arab (Achelon1) dan satu ke Timur (Achelon2).

22.       Jikalau anda melihat cerita/berita dunia disaat ini, di waktu saya sedang menulis ini  banyak darah yang tumpah ke bumi serentak berhampiran sungai-sungai yang saya nyatakan. Google lah...sehari dua lagi mungkin berita itu sampai kepada dunia. Itulah kesan kecil dari gerombolan Ach1. Di kalangan yang gugur itu ada Ahlubhait Rasulullah.

23.       Ach2 menuju ke Timur. Ke mana dan mengapa? Saya sudah injectkan pada Siri 1 Khayalan. Persoalan “mengapa” cukup mudah dihuraikan.... “mengapa” cukuplah sekadar dijawab dengan ungkapan “mengekang kehadiran New Muhamad”. Pewaris darah pekat Ahlulkisa’.

24.       Didalam selawat kita kepada Junjungan Mulia Muhammad Rasulullah saw (AllahumaSolli ala Muhammad Waala Aali Muhammad), beliau juga menyuruh kita turut berselawat kepada Aali Muhamad. Siapa Aali Muhammad?

25.       Aali Muhamaad adalah seluruh Ahlubhaitnya. Seluruh ahlubhait Muhammad berhak menerima selawat dari mukmin seluruh dunia. Tidak hairanlah jikalau mereka tidak berhak menerima sedekah dan zakat, kerana mereka berhak kepada yang lebih utama, hadiah dari kita. Perbanyakkan lah selawat, perbanyakkan hadiah,perbanyakkanlah selawat.

26.       Di alam bumi hamparan sebelah timur, kebanyakan dari mereka tidak sama sekali mengetahui mereka ini adalah Ahlubhait. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan kelompok Yahudi dan Nasrani lebih mengenali dan memahami Ahlulbhait. Ini adalah fitrah di dalam kejadian DNA bangsa sebelah timur yang cepat pelupa... Bahkan kadangkala tidak mengenali sepupu sepapat pun. Bijaksananya Allah swt yang kasih kepada mereka sehingga mereka sendiri lupa asal-usul mereka supaya mereka menjadi Al Insaan yang memakmurkan semula dunia.

27.       Di dalam perenggan 14 saya nyatakan “ikhlas” dan “sedekah”. Bagaimana hati-hati Ahlulbhait ini digerakkan? Sedekah/hadiah yang ikhlas (bergantung pada niat) ini lebih kuat dari gunung, besi, api, air dan angin. Jika kita sampaikan selawat kepada Aali Muhammad, nescaya ia akan sampai kepada mereka. Mohonlah kepada Allah supaya di kalangan Aali Muhammad ini segera bangkit untuk mengimamkan saf-saf kita. Biar minda mereka turut cair dan tergerak. Biarlah kita menjadi sebahagian dari asbab.

28.       Marilah kita berselawat, selawat yang benar-benar ikhlas. Hadiah yang benar-benar ikhlas. Jikalau kita tidak kenal mereka, mereka sendiri juga tidak kenal asal usul mereka? Namun yang hak tetap hak. Yang layak tetap layak. Itulah selawat.

29.       Untuk membicarakan tentang ikhlas, saya injectkan satu idea yang mana ia akan melibatkan beberapa perenggan seterusnya. Sekiranya seluruh bahagian tanah dan air dari kawasan kedua-dua sungai yang saya nyatakan di atas telah dikuasai oleh puak kafir. Mereka mengisytiharkan ia sebagai zon perang atau zon larangan terbang atas apa jua alasan. Bagaimana reaksi anda?

30.       Apabila kawasan tersebut diisytiharkan sebagai zon larangan terbang, semua pergerakan pesawat komersial tidak dibenarkan melainkan dengan kelulusan Ach1. Alasannya mudah, untuk menjaga keselamatan, kepentingan ekonomi, keselamatan sebahagian bangsa dan sekutu mereka yang menetap di beberapa negara sekitar sungai-sungai tersebut.... Di sinilah iman kita akan teruji dengan dasyatnya. Gunung yang paling kukuh di bumi masih kita hadap tetapi di bawah kekuasaan mereka... jeng jeng jeng...

31.       Saya inject lagi... sebahagian dari kita, mungkin juga ada di kalangan dari ulamak-ulamak kesayangan kita akan berkata “kita masih menghadap kiblat, hanya orang Islam yang berada di sana sahaja harus berjihad!!!” Apa reaksi anda? Tatkala itu saudara-saudara seagama kita seorang demi seorang, sekelompok demi sekelompok gugur. Seluruh dunia ketika itu mengecam...mengecam dengan sekeras kerasnya. Sekadar mengecam?
32.       Kemudian anda sebagai pembaca sendiri mula terkena tempias yang nyata tatkala sudah 10 tahun anda register untuk menunaikan rukun Islam ke 5, baru sahaja di confirmkan untuk menunaikan dalam siri akan datang. Tiba-tiba kuota anda ditarik kerana jumlah penerbangan terpaksa dihadkan akibat dipotong 80% oleh sekutu Ach1.Hanya yang tua-tua sahaja dapat pergi, yang muda-muda kena register semula dan menunggu giliran! Kenapa yang tua-tua sahaja!!!

33.       Anda mungkin sudah sedikit marah sekarang. Saya akan inject lagi beberapa idea untuk kontruksi minda sesuai sangatlah dengan tajuk khayalan. Perkara ini mendatangkan kemarahan jiwa-jiwa mukmin di seluruh dunia sehingga hati mereka tergerak untuk bersatu dalam jemaah-jemaah kecil menanamkan niat untuk menghapuskan episode percaturan itu.

34.       Anda juga hendak pergi berjihad tetapi tidak berupaya. Terasa begitu kerdilnya. Banyak lagi urusan dunia belum selesai kononnya. Hutang belum selesai, badan tidak sihat, perlu menjaga anak isteri, urusan kerja dan sebagainya. Bahkan ada yang tidak segan silu mengatakan itu bukan tanggungjawab mereka. Padanlah muka mereka di sebelah sana menerima balasan Allah kerana perbuatan mereka. "Aku hanya perlu beribadat, jaga diri dan keluarga."

35.       Namun ada sebahagian dari anda ketika itu mula menanamkan “niat” tanpa diketahui oleh sesiapa, iblis mahupun kiraman katibin. Niat yang sebenar-benar ikhlas yang hanya menjadi sirr antara hamba dengan Rabb. Seluruh “niat-niat” ini akhirnya bersatu di dalam rantaian ghaib.

36.       Di dalam keributan perang di zon sana (khayalan ni!!!), tiba-tiba ditakdirkan ada seorang jutawan islam di sebelah sini membuat perkhabaran bahawa beliau akan menaja 40 pesawat untuk pemuda-pemuda yang ingin berjihad. Mereka akan dihantar di pinggir zon larangan terbang. Tidak ada sebarang jaminan keselamatan dan seterusnya selepas itu menjadi urusan mereka sendiri. Segala risiko adalah urusan peribadi. Semua pemuda dan pemudi yang berminat harus mendaftar segera ke LCCT berdasarkan konsep “1st come 1st serve”. Penerbangan adalah terhad.

37.       Ada yang terus bergegas dan ada yang bersifat wait and see. Masih lagi was-was seperti mana ketika Allah bertanya kepada mereka satu masa dulu, siapa yangi ngin menjadi manusia? Ada yang perlu menjaga empayar perniagaan, ada yang perlu menjaga kebun, ada yang ingin melangsungkan perkahwinan. Ada yang memberi alasan anak masih kecil. Ada juga yang takut untuk ke luar negara kerana tidak bayar PTPTN....bermacam-macam lagi.

38.       Sebagai injection juga, telah tersurat bahawa rupa-rupanya 40 pesawat itu penuh. Bahkan masih ada kelompok yang besar pemuda dan pemudi masih gagal mendaftar untuk mendapat penerbangan. Kesedihan jelas terbayang diwajah mereka. Menyesali kerana disebabkan sifat ragu-ragulah mereka terlepas satu peluang yang tidak mungkin dapat kembali. Rasa mencintai syahid semakin mendalam dengan ujian yang diterima.

39.       Lalu sekalian dari pemuda dan pemudi ini mula berbincang. Mana mungkin sahabat-sahabat kita berlepas ke sana kita masih menunggu di sini! Lalu mereka memutuskan untuk melalui jalan darat. Apa jua kepayahan dan kesusahan hanya diserahkan pada Allah.

40.       Anda mungkin terlupa bahawa saya ada injectkan Ach2 yang berada di sebelah timur. Apakah mereka akan buat-buat lupa pada usaha anda? Anda ketika itu sudah tentu digelar sebagai extremist. Pada masa yang sama pelbagai perkara berlaku disebelah timur sebagai mana saya injectkan pada Khayalan Siri 1. Anda jangan lupa!

41.       Saya rasa saya ingin tamatkan di sini walaupun agak tergantung sedikit khayalannya kerana perenggan 30-40 hanya menyelesaikan persoalan perenggan 29. Apa jua pun jangan sesekali percaya sesuai lah dengan tajuknya. Selamat menyambut kedatangan bulan REJAB 1434 HIJRAH.

Wassalam










Sekalung doa....

Bismillahirahmanirrahim
Bismillahiwalhamdulillah
Bismillahilazi layadurru ma’asmihisyaiun fil ardh wala fissama wahuasamiul’alim
Bismillahimajreha wamursahawanikmalwakil nikmalmaula wanikman nazir
Allahuma solli ala Muhammad waala AaliMuhammad

Allahuama inna as’alukawaashaduanabika antallah...
Lailahaillallah...Anta ya Allah
Al Ahad, As Shomad, Allazi LamyalidWalamyulad
Walamyakullahu Kufuan Ahad

Ya Allah,
Tuhan Yang Yang Jiwa Kami DitanganMu Ya Allah,

Kami bersyukur padamu atas segala nikmat yang engkau curahkan pada kami. Janganlah engkau palingkan kami setelah engkau beri kami cahaya.
Ampunilah segala dosa-dosa kami wahai Allah Yang Maha Pengampun.
Ampunilah dosa kedua orang tua kami, adik-beradik kami, saudara-saudara kami. Ampunilah dosa sahabat seperjuangan kami dan seluruh muslimin muslimat.

Ya Allah, Ya Qahar, Ya Jabbar, YaZaljalaliwalikram
Jika engkau mentakdirkan kami berjuang demi agamamu ya Allah,
Kuatkanlah kami, lengkapkan lah kami, sempurnakanlah kami.
Bantulah kami menjaga amanah mempertahankan kedaulatan segala isi di atas dan di dalamnya Ya Allah.

Ya Allah,
Tuhan yang bersemayam di arasy yang tinggi,
Tetapi lebih dekat dari urat leher kami Ya Allah.
Dengan segala kemualianMu, kami memohon padaMu Ya Allah,
Engkau kembalikanlah kehebatan umat yang akhir ini sebagaimana engkau mengangkat umat yang awal itu ya Allah.

Jauhkanlah sekalian kami dari api neraka Ya Allah.
Berikanlah kami hasanah dunia danakhirat.

Amin Ya Allah



INFO - LINK

No comments:

Post a Comment