Tuesday, December 17, 2013

SIRI 3: KHAYALAN MUTAKHIR KRONOLOGI AKHIR ZAMAN : TOTAL MUSLIM NATION

Bismillahirrahmanirrahim

1.       Memandangkan mood membina kerajaan masih panas, penulisan kali ini adalah khayalan saya kepada bagaimana dan apa yang patut ada dalam membentuk sebuah Total Muslim Nation. Saya tidak pernah menuntut untuk pembaca percaya kepada manifestasi yang saya tunjukkan. Saya cuma ingin membawa minda saudara-saudara saya baik yang muslim mahupun belum muslim berfikir dan berimaginasi bagaimana tertegak sebuah negara muslim suatu dahulu dalam konteks masa kini. Banyak lagi boleh dikhayalkan tetapi takut tersasar jauh, ambil yang penting-penting sahaja.


2.       Jika anda tidak percaya bagus juga kerana saya tidak pernah menuntut anda percaya! Khayalan bukan? Saya cuma ingin membawa pembaca menerobos sempadan logik di minda melalui khayalan. Penulisan saya sentiasa tidak akan mengikut flow laras penulisan kerana minda kita tidak berinovasi jikalau ia menurut turutan. Jadi di setiap nombor perenggan sentiasa mempunyai perkaitan silang satu sama lain antara nyata atau tersembunyi.

3.       Sekarang doalah dalam hati.... Ya Allah, dengan sifat-sifat ketinggian dan kemuliaan Mu, dengan asma’ Mu Ya ‘Alim, bukakan lah diriku dengan kefahaman para nabi, ingatan para rasul, ilham-ilham dari malaikat yang hampir dengan Mu. Perkenankan padaku Ya Allah.... Semoga khayalan menjadi ilham :)

4.       Lebih separuh isi Al Quran adalah “sejarah”. Pengajaran umat-umat terdahulu,tamadun-tamadun hebat terdahulu. Kenapa ia diwahyukan? Sekadar cerita? Walhal akhirnya semua tamadun agung dalam Al Quran dilenyapkan.

5.       Banyak lagi tamadun-tamadun dunia yang kita belajar seawal tingkatan 4 bagi yang mengikuti acuan KBSM...when i was! Ingat siapa Asoka? Siapa Nebuchadnezar? Siapa Napoleon? Siapa Salahudin? Siapa Muhammad Al Fateh? Ia semua sejarah...Hakikatnya ia telah berlalu dan kita pulalah yang sekarang yang sedang membina hakikat baru.


6.       Demokrasi diasaskan di Athen dalam selang masa yang tidak jauh berbeza dengan Islam. Walaupun ia tidak pernah terbukti keberkesanan pada mana-mana corak pemerintahan tamadun agung di dalam lipatan sejarah, namun hebatnya ia telah diterima pakai seantero dunia ketika ini.

7.       Sistem Khalifah diperkenalkan pada era Nabi Muhammad saw. Dalam jangka masa yang singkat, Islam berjaya menakluk 2/3 dunia. Tetapi sedihnya ia runtuh dan tidak pernah dipakai di mana-mana negara ketika ini.

8.       Orang kafir berperang untuk hidup dan mengurangkan kasualti. Orang Islam berperang untuk mati syahid. Bilangan bukan menjadi ukuran, senjata bukan menjadi tandingan, saiz apatah lagi bila pejuang berjuang mencintai mati. Itu adalah fakta sejarah satu ketika dulu.

9.       Ramai yang marah dan mengeluh bahawa demokrasi di Malaysia makin pincang ketika ini. Saya cukup marah dan kecewa mendengar kenyataan ini. Sistem demokrasi sebenarnya tidak pernah PINCANG kerana sejak dari awal ia tidak pernah SEMPURNA. Ia umpama puzzle, semua sudah ada namun sudah berkecamuk dan perlu disusun semula.
10.     Di Malaysia sistemnya cukup unik. Kita mengamalkan Demokrasi Berparlimen dengan Raja Berpelembagaan. Satu-satunya yang paling unik dalam dunia namun masih atas acuan demokrasi. Kuasa dibahagikan kepada 3 iaitu kehakiman, perundangan dan eksekutif. Kedua-dua dewan berada di dalam eksekutif.

11.     Saya dah bosan melalut dan saya percaya saudara-saudari pembaca juga lagi bosan. Ilmu di luar sana cukup banyak. Terpulang pada kita bagaimana kita mahu mencarinya. Saya nak teruskan kepada menerbitkan ciri negara khayalan saya dengan memasukkan beberapa injection minda.

12.     Semua orang tahu perlembagaan Malaysia adalah undang-undang tertinggi. Mana-mana undang-undang lain sama ada peringkat federal atau state yang bertentangan dengan perlembagaan persekutuan akan terbatal setakat mana pertentangan ia.

13.     Sebagai rakyat Malaysia, saya menyokong perlembagaan yang menyatukan kita di bawah satu payung. Namun sebagai orang Islam, saya merasa ia tidak cukup dan jauh tersasar dari misi besar tugas kita sebagai mukmin. Mungkin ramai akan marah dengan kenyataan ini. Namun wahai pembaca yang saya kasihi... baca sampai habis penulisan ini mengapa saya berkata demikian.

14.     Anda boleh download perlembagaan dalam bentuk pdf online dan baca, anda juga boleh membeli buku untuk membaca, namun anda juga boleh google perlembagaan lengkap dalam wiki.

15.     Setelah anda membaca keseluruhan perkara dalam perlembagaan...jika masih belum membaca janganlah sesekali cuba komen semberono. Bukan calang-calang orang yang membuat perlembagaan. Ia cukup cantik dan tersembunyi yang akan menaikkan sistem khalifah satu ketika nanti. Satu kenyataan yang mungkin anda tidak jumpa dimana-mana. Sabar...baca perenggan seterusnya...

16.     Saya sentiasa mengimpikan agar 2 perkara berikut ditambah di dalam perlembagaan. Jika khayalan dan mimpi ini menjadi kenyataan, sebagai seorang yang mengucap 2 kalimah syahadah, saya akan mengalir air mata gembira, sujud syukur pada tuhan yang maha tinggi tetapi lebih dekat dari urat leher saya.

17.     Bagaimana jika perkara 1 dimasukkan ayat berikut ?

AL QURAN DAN SUNNAH ADALAH UNDANG-UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN. MANA-MANA UNDANG-UNDANG YANG BERTENTANGAN DENGAN AL-QURAN DAN SUNNAH AKAN TERBATAL SETAKAT MANA PERTENTANGAN IA.

18.     Kemudian pada Perkara 2 dimasukkan ayat berikut ?
PERKARA 1 ADALAH TIDAK DAPAT DICABAR SAMA SEKALI. SEBARANG PERTENTANGAN PADA PERKARA-PERKARA SELEPAS PERKARA 1 DAN 2 HENDAKLAH KEMBALI KEPADA PERKARA 1.

19.     Seronokkan...? Kalau khayalan menjadi kenyataan. Namun sekalian dari kita akan menganggap ia adalah mustahil. Jika sebagai seorang muslim kita tidak mengimpikannya, bahkan mencemuh dan menolak lagi!!! Apakah saudara-saudara kita yang masih BELUM MUSLIM akan menerima dengan hati terbuka?

20.     Dalam negara demokrasi, hendak melaksanakan sesuatu haruslah mendapat kelulusan dewan, termasuklah hendak melaksanakan walau satu ayat Al Quran walaupun telah dinyatakan dalam An Nur:1. Bagi yang menolak dan memberi alasan, bahawa ia tidak dapat dilaksanakan, bahawa perlembagaan harus dipinda dengan majoriti 2/3dewan, dan bermacam-macam-macam alasan, anda cari lah hint dalam Siri 1. Disana telah saya injectkan pada minda anda bagaimana perenggan 17 dan 18 boleh terlaksana.

 21.    Cuba bayangkan sekalipun di ambil kesemua air di lautan menjadi tinta, masih belum tertulis kesemua ilmu Allah. Betapa luasnya ilmu tersebut.

22.     Hari ini kita bangga mempunyai PHD dalam bidang matematik, PHD IT, Undang-undang, Sains, astronomi, perubatan dan pelbagai lagi PHD. Ketahui wahai sekalian minda bahawa sehelai PHD yang diperolehi itu cuma satu pecahan kecil dari satu ilmu hayat. Semua ilmu yang kita pelajari melalui sistem pendidikan yang kita amalkan pada masa kini hanya membawa kita master dalam 1 ilmu sahaja. Jikalau kita ada 5 master dan 3 PHD sekalipun kita masih berada dalam satu cabang.

23.     Apa jua ilmu yang anda lintaskan pada minda anda ketika ini, hanya cebisan dari satu bahagian sahaja samada sains, perubatan, statistik, linguistik, aerospace,meteorologi, navigasi, sejarah dan atau apa jua bidang ilmu yang anda sebutkan...

24.     Bangsa-bangsa terdahulu lebih maju dari bangsa kita, lebih maju!!! Cuba bayangkan sebuah bahtera seperti yang dibina Nuh a.s mampu mengisi 80 manusia dan sepasang haiwan dari setiap spesis. Bahtera kategori apa? Teknologi apa yang diguna? Minda kita tidak mampu bayangkan kerana ia belum ada dalam rekod logik server minda keseluruhan minda-minda yang ada dibumi ketika ini. Bagaimana kita harus mencapainya? Untuk itu kita kena kembali kepada tujuan asal penciptaan.


25.     Kejadian khalifah untuk mentadbir bumi telah dispekulasi dengan hebat satu ketika dahulu sehingga iblis menjadi makhluk yang dilaknat. Tetapi Allah lagi mengetahui.Tiada ciptaan yang lebih hebat selain dari kita...

26.     Tugas kita di dunia ada 2 sahaja, 1 khalifah dan 1 lagi ibadat. Apa jua yang kita buat dari pagi ini hingga petang, pagi ini hingga esok, esok hingga lusa, bulan ini hingga bulan depan, tahun ini hingga tahun-tahun mendatang, dari kecil hinggalah kembali kepada tuhan, tugas kita tetap 2.

27.     Rahsia syurga hanya cinta... cinta lah yang membawa ke sana. Mudah bukan..tetapi tidak semudah itu untuk melaksanakan. Kita cuma perlu menjaga hubungan sesama makhluk dan menjaga hubungan dengan tuhan. Dengan niat yang betul kita akan menjadi khalifah yang agung dan ahli ibadat yang hebat.

28.     Saya injectkan begini, hari ini kita tumis sedap-sedap, kononnya nak masakkan siakap 3 rasa untuk suami dan anak-anak. Angin yang bertiup melewati pintu dapur kita membawa bau-bauan lalu terbang melewati tingkap rumah jiran sebelah, menyentuh hidungnya dan mula membangkitkan selera...hurmmm...siakap 3 rasa!!!

29.     Dimana kita hendak meletakkan diri kita dalam situasi ini...Tidak beriman kamu selagi kamu tidak mengasihi saudara-saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri? Itu adalah injection yang paling ringkas.

30.     Setiap dari kita adalah khalifah, kita sudah menjadi khalifah pada setiap level instititusi kepimpinan kita. Si ibu menjadi khalifah kepada anak-anak, si ayah menjadi khalifah kepada isteri dan anak-anak, si guru menjadi khalifah kepada murid-murid disekolah, YB menjadi khalifah kepada Parlimen/DUN mereka, MB khalifah kepada negeri, PM khalifah kepada negara. Persoalannya, setakat mana kita menjalankan tugas dan tanggungjawab kita sesuai dengan ujian amanah yang dipertanggung jawabkan?

31.     Didalam konteks negara, setiap dari kita mendambakan sistem pemerintahan khalifah selepas genap 100 tahun ia jatuh tahun ini. Namun bagaimana kita ingin menaikkannya kembali. Apakah sumbangan kita? Sebab itulah di atas saya ceritakan demokrasi terlebih dahulu kemudian saya bawa pembaca menyelamikecintaan kepada diri dan tanggungjawab setiap diri.

32.     Dalam siri-siri terdahulu saya menyebut 4 unsur alam, saya menyentuh bencana, saya menyentuh agenda iblis dan kafir, saya menyentuh tamadun-tamdun bangsa. Banyak yang disentuh dan di-inject sebenarnya. Setiap satu mempunyai perkaitan silang. Saya bukan berteka teki dan berpsikologi, tetapi minda kita perlu dicetuskan bukan dimasukkan input seperti mencurah air.

33.     Lalu saya bertanya kepada pembaca bagaimana akan naiknya sistem khalifah? Saya tinggalkan demokrasi dan menjurus kepada khalifah, bagaimana ia akan naik?

34.     Di dalam perenggan di atas saya menyebut dewan. Kekangan dalam demokrasi adalah dewan. Dewanlah yang membolehkan 2 perkara pada perenggan 17 dan 18 dilaksanakan. Bagaimanakah pula dewan ini akan hilang? Bagaimana pula perenggan 17 dan 18 dilaksanakan? Janganlah sesekali pula anda menyangka bahawa saya menyeru anda ke jalanraya untuk mengguling kerajaan. Saya tegas Tidak Sama Sekali!!! Biar ia berlaku dalam khayalan sahaja dahulu.

35.     Pada Siri 1 Perenggan 50-52 saya telah berikan satu injection. Pada Siri 2 Perenggan 21-23 saya juga berikan injection. Semua itu untuk kita janakan minda supaya sentiasa berfikir. Pada siri ini saya berikan satu lagi injection. Ia ada dimana-mana perenggan dan anda carilah.


36.     Pelindung penduduk langit adalah bintang-bintang, pelindung penduduk bumi adalah ahlubhait. Ini adalah fakta! Bukan khayalan. Sebab itu raja-raja ditanah Melayu tidak dibunuh dalam episod penjajahan mereka. Pembunuhan Raja-raja Melayu akan membawa kegagalan Grand Mission mereka.

37.     Saya ulang sekali lagi bahawa Grand Mission mereka adalah menyesatkan sebanyak mungkin anak cucu Adam a.s supaya 999 dari 1000 menjadi golongan mereka. Supaya 72 dari 73 menjadi golongan mereka. Pembunuhan Raja-Raja Melayu akan membawa kegagalan kepada misi ini. Karut je bunyinya...

38.     Daripada 12 imam, 9 dari keturunan Al Hussin dan 3 dari Al Hassan. Semua sedia tahu bahawa kesultanan Melayu di Nusantara membawa darah-darah ini? Namun adakah dari golongan mereka yang akan menjadi khalifah sebenar?

39.     Sebenarnya banyak lagi golongan tersembunyi, ini adalah khayalan dan anda berhak untuk ragu-ragu. Keturunan kerabat diraja Nusantara ketika ini memegang amanah, mereka juga mengetahui (bukan semua dari mereka mengetahui) bahawa mereka bukanlah pemilik takhta sebenar. Mereka menyimpan amanah yang akan diserahkan kepada orang lain yang lebih berhak satu ketika nanti...  Ada yang marah nampak?! Kan ini khayalan... namun wahai pembaca sekalian, tiada sesuatu pun di dunia milik kita, semua milik Dia.


40.     Saya injectkan sesuatu, nenek moyang sebenar watak-watak akhir zaman mengetahui bahawa mereka membawa DNA mulia dalam sulbi mereka. Dari sulbi mereka akan lahir jiwa-jiwa yang menjadi peledak kebangkitan akhir zaman. Namun atas kemuliaan pekerti dan peribadi mereka, nenek moyang ini diangkat menjadi pemerintah.

41.     Atas sebab tertentu mereka meninggalkan takhta melarikan diri, ada takhta yang ditenggelamkan, mereka membuang gelaran, menjadi rakyat biasa, bertani dan membuka pondok-pondok kecil tatkala undang-undang rimba dan perlanunan agak berleluasa ketika itu. Takhta itu diamanahkan kepada saudara-saudara terdekat mereka dan diwarisi hingga kini.
     
42.     Mereka tahu jikalau benih-benih ini dilahirkan dalam suasana aman dan mewah di atas takhta, benih itu akan rosak dan ada yang dibunuh. Mereka lari dari Allah kerana Allah kepada Allah. Lalu beberapa generasi terus tumbuh tanpa mengenali asal usul mereka. Namun benih yang baik jatuh ke darat menjadi bukit jatuh ke laut menjadi pulau jua.

43.     Keluarga pemegang amanah lama-kelamaan melupakan amanah, keluarga asal pemilik takhta lama-kelamaan menjadi orang biasa. Yang memiliki tidak memberi, yang berhak tidak meminta. Namun takdir jualah segala-galanya. Yang hak tetap hak, yang layak tetap layak. 

44.     Orang yang berhak inilah yang akan menyediakan tapak demokrasi gaya khalifah. Demokrasi + Khalifah. Pelaksanaan khalifah atas platform demokrasi tetapi bukan melalui jalan demokrasi. Ia akan menjadi Total Muslim Nation. Khayalan yang ini agak rumit sebab ia nampak bertentangan dengan perenggan 9. Namun telah dijelaskan dalam siri-siri terdahulu bagi yang faham.
45.     Jadi, kepada siapa tanggungjawab untuk membina Total Muslim Nation ini? Saya mengkhayalkan bahawa semua orang bertanggungjawab. Namun orang yang lebih bertanggungjawab adalah orang yang paling berkuasa dalam sistem kita. Orang yang memiliki punca kepada segala kuasa di dunia pemerintahan kita. Orang yangmenyalurkan kuasa-kuasa itu yang bertanggungjawab menentukan bahawa kuasa sewajibnya disalurkan kembali kepada kepada kuasa baru.

46.     Saya tamatkan penulisan di sini dan Insyaallah saya akan sambung kembali. Penulisan ini adalah khayalan dari minda saya untuk pembaca turut berkhayal. Ampunkan saya kerana saya tidak dapat menulis secara terus dan fakta. Saya menulis secara surface umpama kita terbang melayang. Sekiranya ketika anda terbang anda sempat mencapai beberapa perkara, anda simpan lah. Kerana ia sebenarnya hasil dari fikiran.

47.     Tidak salah sekiranya, anda memberikan komen manisfestasi minda anda ke atas hasil penulisan ini. Kita semua dituntut untuk berubah. Tidak ada sesiapa yang akan mengubah kita melainkan diri kita sendiri. Khayalan sudah masanya menjadi nyata.

Wassalam





info - LINK 

1 comment:

  1. bagaikan madah memanda pantek 'versi' yg anggun gitu..
    (",)

    ReplyDelete