- Bahtera wawasan -
Inilah pesan sebagai renungan dari aku yg meniti perjalanan,perjalanan yg penuh dengan penipuan baik ke kiri mahupun ke kanan tetapi hidup ini akan ku teruskan,semoga menjadi peringatan bagi mereka yg mahu memikirkan...
setiap hari yg dilalui dipenuhi dengan kepalsuan,seandainya tidak berhati-hati terjerumuslah ke lembah penghinaan,bukankah tuhan telah berfirman,dunia ini hanyalah mainan tetapi mengapakah maseh lagi ianya menjadi rebutan hinggakan tiada lagi perikemanusiaan,apakah ini di namakan suratan atau hanya sekadar kebetulan...
aku yg mencari aku yg memerhati,dunia yg hakiki tak bisa ditemui,seandainya aku tidak peduli akan nasehat-menasehati.Inilah lumrah duniawi seandainya pentingkan diri sendiri jadilah manusia yg tidak berbudi.Belajarlah dari mereka yg mengenali,menyusuli jalan mengabdi,pada mereka hendaklah di dekati semoga mengenal akan diri yg tajalli...
berpegang pada adat budaya,turunan bangsa kita,bangsa bukan sebarang bangsa,bangsa berpegang pada sunnah baginda.Pesan Baginda pada kita,hormati yg tua jangan dilupa,bersama anak-anak kita bergembira,pada wanita kita mulia,kaseh mengasihi sesama kita.Kita mengharap keredhoan yg esa,janganlah sampai menjadi derhaka,sentiasalah berpesan sesama kita,agar kita tak selalu lupa.
asalnya kita di tempat yg mulia,kerana leka kita ke dunia,bukanlah dihantar utk bersuka ria,tersilap langkah kita terseksa.Pada awalnya kita dicipta tiadalah kita akan berakhirnya,menjadi hamba kekal selamanya,mengharap kekal di dalam syurga...
Dalam usaha mengenal diri banyaklah halangan di lalui,ku tekadkan niat ku teruskan hajat,akan ku pastikan bara kan menjadi abu, demi matlamat yg di tuju, semoga kekal hingga ke akhir hayat ku...
Sebagai pesan ambillah ini dalam pencarian,sebagai ingatan ambillah ia memikirkan pertandaan, sebagai bekalan mantapkan diri dalam peribadatan,
agar semua ini akan tercapai impian dan harapan...
inilah iblis yg empunya angkara, menjadikan jin dan syaitan pesuruhnya, agar dajjal mengumpulkan bala tenteranya, yahudi dan nasrani pula mengikut telunjuknya...
maksiat berleluasa di merata-rata, tidak takot lagi akan tuhan murka, bencana yang datang tak kira masa, musibah berlaku setiap masa...
wahai sekalian bernama manusia, dunia ini hanyalah sementara, hidup di dunia yg penuh tipu daya, fikirkan akhirat yg kekal selamanya...
dunia yg fana akan binasa, bila tiba akan masanya, tidak sempat nak kata apa,
dunia dilipat hancur segalanya...
sampailah masa ke alam baqa, permulaan alam menuju ke sana, jadilah manusia yg bijaksana, merana di dunia tetapi bahagia di sana....
Dunia yg penuh tipu daya yg sentiasa memperdaya apakah kita akan terus terpedaya...
Kita di perhatikan, kita diperlakonkan oleh arus dunia mainan cendekiawan, kita mempermainkan dan kita dipermainkan, kita menggunakan dan kita dipergunakan, samaada kita menyadari atau tidak sadari kita telah melakonkannya...
Di lembah yg hina ini kita di jerumuskan kepada suatu yg mengecewakan, kemudian kita diselamatkan, apakah ini yg kita carikan. Kita disogokkan dengan pemikiran baru yg kononnya hidup bertuhan adalah kolot, kita mengejar sesuatu yg tidak di pandang tuhan, manusia bermati-matian mengejar kenikmatan yg hanya membawa kepada kehancuran...
Di tanah pusaka ini telah berpesanlah akan kekaseh mulia, kelak akan lahirlah ramai para pewarisnya, tetapi kini ia hilang ntah kemana, apakah kita menantinya atau kita sepatut yg mencarinya....
Kita dicipta dengan maksud, Kita dicipta untuk hidup, Maksud mengenal akan dirinya, Hidup untuk mengabdikan padaNya...
Kasih Tuhan pada kita,
Kasih Tuhan yang Maha Esa,
Kasih Tuhan yang Maha Berkuasa,
Kasih bahagia selamanya...
Beringatlah kita sentiasa,
Kita adalah hambanya,
Jangan lupa siapa kita
Kelak akan kembali kepadaNya...
Marilah bersama menilik iman apakah sudah ada,
adakah titik permulaan sudah menjelma,
detik ujian untuk kita semua,
bangkitlah dan janganlah leka lagi...
Ambillah fikir hidup yang satu lagi, lihatlah apakah maksud hidup ini,
seriklah kita dengan dunia ini dan carilah segala yg dibuat nabi...

No comments:
Post a Comment